Selebriti Rihana Petra baru-baru ini berkongsi dengan pengikutnya bagaimana dia membesarkan anak lelakinya, Tengku Ismail Leon dengan caranya yang tersendiri, walau tiada kelibat suami di sisi. Menerusi hantaran di Instagramnya, Rihana Petra menjelaskan petua ini diambil dari beberapa buah buku psikologi yang dibacanya.

‘Jangan Sekali Memperolokkan Anak Anda’ Rihana Petra Berkongsi Tip Didik & Besarkan Tengku Ismail Leon

IKLAN

Jelas Rihana, “Dalam membesarkan anak saya, pertama sekali, saya mahukan dia menjadi seorang yang baik dan menjadi lelaki sejati. Namun untuk itu, seperti yang anda tahu nak besarkan dia anda perlu perbetulkan diri terlebih dahulu. Kanak-kanak seperti span, mereka akan menyerap apa yang dilihat.

‘Jangan Sekali Memperolokkan Anak Anda’ Rihana Petra Berkongsi Tip Didik & Besarkan Tengku Ismail Leon

✅ JANGAN SESEKALI MEMPEROLOKAN ANAK ANDA.

Untuk lelaki, ajukan wanita boleh mengakibatkan trauma, namun ejekan ibu boleh memberikan kesan yang sangat mendalam. Tidak kiralah sama ada anda bergurau, mengejeknya memakai seluar ke belakang atau dia melafazkan cintanya kepada seorang gadis.

✅ SENTIASA MENJAWAB SEMUA SOALANNYA.

Tak kira di usia apa pun! Elak sekadar berkata “dah tua nanti kamu tahulah” Jika anda tidak tahu jawapannya, katakan sahaja. Jangan berdolah dalih. Kemudian cuba selidik lebih lanjut – dan kembali menjawab persoalannya.

‘Jangan Sekali Memperolokkan Anak Anda’ Rihana Petra Berkongsi Tip Didik & Besarkan Tengku Ismail Leon

✅ MINTA NASIHAT ANAK ANDA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Kadang kala saya kagum dengan keupayaan kanak-kanak yang mampu menyelesaikan masalah orang “dewasa”. Jangan segan meminta nasihat darinya, kerana inilah cara kanak-kanak belajar untuk menjadi seorang dewasa – untuk menyokong, dan membuat keputusan.

‘Jangan Sekali Memperolokkan Anak Anda’ Rihana Petra Berkongsi Tip Didik & Besarkan Tengku Ismail Leon

✅ ELAK GUNA “KAN IBU DAH KATA!”

IKLAN

Jangan bersaing dan bersemuka dengan anak anda dalam apa-apa jua situasi, dan “Kan ibu / ayah dah cakap” adalah kata-kata persaingan menggambarkan seolah-olah anda gembira “mengalahkan” anak anda.

✅ SENTIASA MEMUJI

Mengagumi dan memuji anak-anak tanpa sebarang “tetapi” walaupun perkara yang kecil. Apabila dia dewasa, dia sendiri akan tahu dan lebih mengerti bahawa ia merupakan pencapaian yang cukup besar masa kecilnya.

✅ SOKONG IMPIANNYA.

IKLAN

“Saya mahu menjadi angkasawan” Hebat, namun jangan duduk  saja! Pergilah beli buku atau apa saja mengenai subjek tersebut. “Saya mahu menjadi seorang bomba”. Sokong saja apa impiannya, tak kira apa pun! 😉

Jika dia menangis, jangan anggap ianya perkara kecil. Ia mungkin kecil untuk anda, tetapi ia besar untuk anak anda! Sebarang masalah adalah permulaan yang dapat memberikan kesan untuk tumbesaran kanak-kanak. Tidak kiralah berapa umur anak anda.

✅ SENTIASA BERADA DI SISINYA.

Bukan hanya dengan kata-kata. Tetapi juga dalam tindakan. Apabila masa berlalu dan anak anda membesar menjadi remaja, dia akan mula mempercayai, dan akan merujuk kepada anda jika mereka mempunyai sebarang sebarang pertanyaan. Ini kerana anda sudah melakukan segala-galanya yang betul pada zaman kanak-kanaknya. ♥️

Untuk rekod, Rihanna Oksana Petra telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V, dan sah bercerai dengan talak 3 pda Julai 2019.

Kredit foto: Instagram @rihanapetra

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI