Siapa yang tak mengenali girl group dari Korea Selatan yang semakin popular dan digilai satu dunia, Blackpink. Dianggotai empat wanita anggun – Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo keempat-empatnya berpengaruh dan punya peminat tersendiri.
Bukan sahaja berbakat, Jisoo BLACKPINK yang juga wajah jenama fesyen terkemuka Dior antara yang cukup disayangi ramai disebabkan keperibadiannya yang cukup merenda diri dan disenangi ramai.
Manakan tidak, khabarnya Jisoo akan mendermakan hasil kutipan penstriman dari saluran Youtubenya peribadinya sendiri, iaitu “Happiness Jisoo 103%” yang kini memiliki 4.54 juta subcribers di mana semua keuntungan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Baru dibuka sekitar Januari lalu, menurut satu temu bual, Jisoo turut berkonsi sebab dia membuat keputusan berkenaan. “Ia adalah saluran yang sangat mudah. Saya tidak tahu sama ada saya bersedia dalam menyediakan kandungan yang berkualiti.
Ads
Tetapi peminat dapat menonton video dengan senang hati selepas tahu yang saya akan mendermakan keuntungan kepada perkara baik, maka penonton dan saya sendiri juga akan menjadi insan yang lebih baik, ” jelasnya.
Ads
Menerusi komuniti dalam talian, netizen memuji keperibadian Ji-soo dengan menulis dan meuji keperibadian Ji-soo yang secantik wajahnya. “Menderma semua keuntungan YouTube awak bukanlah satu keputusan yang mudah. Ji-soo sangat mengagumkan,” tulis seorang peminat.
Sudah menjadi lumrah, apabila memiliki rupa paras yang cantik seiring dengan kehebatan tersendiri pasti akan menjadi tumpuan serta bualan ramai.
Seperti gadis jelita berusia 22 tahun ini. Bukan calang-calang gadis ya, Ana Maria Markovic merupakan pemain bola sepak wanita tercantik di dunia!
Biarpun sering tampil lasak dan lincah di padang, ada juga yang melabelnya sebagai wanita seksi. Namun begitu, Ana Maria Markovic kurang senang dengan gelaran itu sebaliknya dia lebih suka jika digelar wanita tercantik.
Ia dibuktikan oleh media Eropah bahawa penyerang pasukan kebangsaan wanita Croatia ini adalah pemain bola sepak tercantik di dunia.
Ana Maria Markovic juga sering berkongsi gambar-gambarnya di media sosial yang membuatkan para pengikut dan netizen terpegun. Gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkaitan dengan aktiviti bola sepak serta swafotoya sendiri.
Dengan kelebihan bakat serta kecantikan yang dimiliki, Ana Maria Markovic berjaya meraih 1.1 juta pengikut di Instagram (setakat artikel ini ditulis).
“Saya suka artikel yang menggelarkan saya sebagai pemain tercantik kerana saya gembira mendengar saya cantik,” katanya seperti yang dipetik dari BolaSport.com dari Daily Star.
“Bagaimanapun, ada juga artikel yang menggambarkan saya sebagai pemain bola sepak yang seksi. Saya tidak menyukainya,” kata Ana Maria Markovic.
Untuk info, Ana Maria Markovic memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Switzerland FC Zurich pada tahun 2017.
Dia bermain selama dua tahun di sana sebelum berpindah ke Grasshopper.
Persembahan cemerlang di peringkat kelab telah membawa gadis jelita ini ke pasukan kebangsaan Croatia.
Ana Maria Markovic membuat penampilan sulung antarabangsa pada tahun 2021 dan kini telah membuat lima penampilan ditambah satu gol.
Malangnya, dia disahkan tidak hadir ke Piala Eropah Wanita 2022 selepas Croatia gagal layak ke pusingan akhir.
Kredit Foto: Instagram Ana Maria Markovic
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu setiap kali menonton berita mahupun rancangan televisyen kendaliannya, kita sering ‘terpukau’ dengan pesona yang dimiliki personaliti penyiaran tersohor ini. Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Kini Puan Sri Normala bebas daripada pentas glamor mahupun spotlight umum. Tenang menjalani kehidupan peribadi, isteri kepada bekas ahli politik Tan Sri Azmi Khalid ini menetap di Perlis. Hanya sekali sekala sahaja akan turun ke Kuala Lumpur jika ada urusan penting.
PERNAH HIDUP SUSAH SEMASA KECIL
Benarlah, pengalaman hidup menjadikan siapa kita pada hari ini. Banyak yang kita belajar maka banyaklah juga pengalaman yang akan kita dapat. Berikut perkongsian paling berharga daripada Puan Sri Normala Samsudin buat para pembaca.
“Ketika kecil saya sudah merasa hidup susah. Hidup membantu keluarga, melihat bagaimana ibu yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga. Saya melihat ibu seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu demi mencari sesuap nasi antaranya dengan menoreh getah, berkebun dan sebagainya.
Kalau bulan Ramadan ibu akan kerja lebih kuat. Wang hasil torehan getah, ibu akan kumpul untuk membeli kain pasang dan menjahitnya pada sebelah malam untuk dijadikan baju raya. Alhamdulillah berkat rajin belajar saya juga pandai menjahit antaranya langsir dan baju kurung Johor. Semua kerja-kerja orang perempuan saya dah belajar sejak kecil. Dalam erti kata lain persediaan saya untuk menjadi seorang isteri seperti memasak dan melakukan kerja-kerja rumah sudah dididik oleh ibu sejak awal lagi.
Saya kagum dengan ibu kerana semangatnya yang luar biasa telah menjadikan siapa saya sekarang ini. Antara kata-kata ibu yang paling terkesan dalam hidup saya ialah tentang hikmah perceraian. Ketika saya pernah gagal dalam perkahwinan, demi menjaga hati saya, ibu berkata soal jodoh Allah yang tentukan. Semua yang terjadi ada hikmah dan kita kena sabar. Ringkas saja kata-katanya tetapi penuh makna tersirat.
PANDAI MEMASAK
Bagi saya orang perempuan perlu ada usaha untuk belajar memasak. Sedap atau tidak itu bukan perkara utama. Apa yang penting adalah usaha dan sentiasa praktis walaupun tak pernah pegang senduk. Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.
Saya dan adik perempuan memang diajar untuk tahu memasak sejak kecil. Bukan hanya belajar tanak nasi atas dapur kayu dan membuat kuih-kuih kampung bahkan kami juga belajar bagaimana cara nak kukur kelapa. Selain menoreh getah, ibu juga adalah penjual kuih-kuih kampung.
Siang ibu menorah getah, malam pula ibu sediakan bahan-bahan untuk buat kuih. Sebelum Subuh kuih dah siap untuk dihantar kepada penjual. Walaupun untung tak besar namun dapatlah juga beli baju sekolah dan pensil. Lagi pun niat saya bantu ibu buat kuih nak cari duit belanja sekolah. Lama-lama jadi seronok pula bila dapat upah bantu buat kuih. Hasilnya, kita menjadi anak-anak yang sentiasa ingat kesusahan orang tua yang membesarkan kita.
RAMADAN
“Ramadan tahun ini tak banyak beza seperti tahun-tahun sudah. Selalunya sebelum Ramadan saya akan buat perancangan awal dari segi lokasi sama ada akan berpuasa di Perlis atau Shah Alam. Kalau di Perlis sambutannya lebih meriah bermula pada waktu Subuh sampailah ke sahur.
Dari segi juadah saya sendiri yang akan memasak untuk keluarga walaupun ada pembantu rumah. Saya yang akan tentukan apa yang hendak dimasak termasuklah bahan-bahan yang diperlukan. Selalunya suami dan anak-anak sukakan hidangan yang ringkas-ringkas sahaja dan tidak pedas. Kalau Ruhila selalunya akan meminta saya untuk masakkan laksa, kengsom atau masak rebus asam singgang.
Antara kenangan malam raya paling manis ialah ketika saya dan adik beradik perempuan sama-sama membuat kuih raya, lemang dan ketupat. Selalunya selepas dengar pengumuman raya barulah kami akan pergi menangkap ayam peliharaan keluarga kemudian disembelih untuk dijadikan rendang. Momen ini paling seronok kerana kami sangat teruja untuk menyambut raya.
NASIHAT
“Doa ibu sangat penting kepada anak-anak. Saya sering mengingatkan anak-anak perempuan tentang persediaan dan tanggungjawab sebagai isteri. Dalam rumahtangga perlu banyak bersabar dan berkompromi. Walaupun adakalanya kita rasa kita betul tetapi cuba bercakap secara baik dengan suami. Kalau di tempat kerja kita seorang ketua, di rumah kita tetap seorang isteri dan ibu. Sentiasa berdoa agar suami mudah lembut hati.
Wanita zaman dulu lebih banyak bertenang dan sabar. Selalunya orang-orang yang lebih tua akan sentiasa ada untuk memberikan nasihat. Contoh ibu saya, walau macam mana pun kehidupannnya dalam rumahtangga ibu tidak pernah bising atau tunjuk depan anak-anak. Tidak bercerita sana sini.
Sebaliknya pula yang berlaku pada zaman ini. Ada masalah sikit terus kongsi di media sosial. Ini sebenarnya satu ‘penyakit’ merbahaya. Bagaimana buruknya keadaan rumahtangga atau terguris hati dengan suami jangan sesekali memuat naik status di media sosial. Saya sendiri tak menyokong perbuatan ini.
Bagi saya tanpa ilmu seseorang itu tak akan mampu pergi lebih jauh. Sebagai wanita juga kita perlu bekerja. Jangan terlalu bergantung kepada duit suami terutama pada zaman sekarang. Harus ada prinsip ‘saya perlu bekerja’. Maka, setiap anak perlu dididik dengan pelajaran. Sekurang-kurangnya dengan adanya ilmu mereka tahu untuk handle kehidupan yang kian mencabar.
Sekarang ini saya banyak menguruskan kerja-kerja di rumah termasuk berkebun seperti menanam ulam ulaman, pokok pisang, pokok rambutan dan sebagainya. Memandangkan anak-anak pun dah besar maka masa saya lebih banyak di Perlis. Selain itu, saya juga aktif dengan aktiviti hiking.”
Kredit Foto: Instagram @normalasamsudinofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pereka fesyen ternama Rizman Nordin baru-baru ini menitipkan ucapan penuh bermakna di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Nurida Suraya.
Kapsyen yang ditulis dalam Bahasa Inggeris cukup menyentuh jiwa.
Dalam hantarannya itu, Rizman turut memuat naik koleksi gambarnya bersama isteri tersayang menzahirkan kasih sayang yang mendalam antara pasangan ini.
“A Love letter to my beautiful wife, Happy birthday to you my love, the woman who carries my heart in her smile and my world in her hands.”
Rizman turut meluahkan bahawa Nurida Suraya bukan sekadar isteri malah dia juga sumber inspirasi, sahabat terbaik serta kompas hidup saat dirinya tersasar dari landasan hidup.
Bagi Rizman Nordin, Nurida Suraya adalah ibu paling penyayang buat anak-anak mereka. Keperibadian lembut namun tegas menjadikan Nurida Suraya contoh wanita yang kuat dan berjiwa besar.
“You are not just my wife. You are my muse, my best friend, my compass when I lose my way, and the most loving mother to our little angels. Every part of my life breathes because of you.
“There was a time I thought I would never have a complete life but with you, I finally do. You fill every gap, every silence, every dream with meaning. You’ve given me purpose, strength, and the courage to build the life we once only imagined.”
Suraya dianggap seorang isteri dan ibu yang penyayang namun tegas. Dia juga bercita-cita tinggi namun penuh kasih. Rizman Nordin bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan seorang isteri yang baik dan sempurna sehingga merubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik.
“You are the finest example of what it means to be a human being, kind yet strong, graceful yet grounded, ambitious yet full of love. I am a better man because of you, and every day, I thank Allah for choosing you for me.”
Untuk info, selama enam tahun usia perkahwinan mereka telah dikurniakan dua anak perempuan yang sangat comel.
Anak sulung diberi nama Rizqaa kini berusia lima tahun manakala anak kedua, Rainaa, berusia setahun. Keluarga kecil ini sering mencuri perhatian netizen dengan keakraban dan kasih sayang mereka yang jelas terpancar di media sosial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!