Dua tahun lalu anak gadis kepada seorang Billionaire dari Rusia ini telah mencipta sejarah ketika mengadakan acara gilang-gemilang majlis perkahwinannya. Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang mencecah jutaan ringgit dengan wedding dress saja bernilai RM800 ribu pasti menjadi buah mulut.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

IKLAN

Ramai yang memuji keberuntungan gadis ini dapat menikmati sebuah majlis yang sangat dicemburui oleh gadis lain yang sebaya dengannya. Namun, itu adalah anggapan orang luar yang hanya melihat keindahan hidupnya. Khabarnya, Irina Chigirinskaya, gadis muda yang berkahwin ketika berusia 18 tahun itu berkahwin semata-mata untuk memenuhi keinginan orang tuanya.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Setelah enam bulan melayari bahtera perkahwinan khabarnya hubungan anak billionaire Rusia ini sudah retak menanti belah. Irina Chigirinskaya sudah merancang untuk memfailkan perceraian bersama suami yang tidak dicintainya, Moris Mirelli.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Mengimbau perkahwinan gemilang pasangan ini yang diadakan di sebuah kelab golf, Agalarov Golf And Country Club milik seorang teman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Perkahwinan tersebut juga mendapat liputan pelbagai media antarabangsa dan 1,500 tetamu dijemput untuk memeriahkan majlis yang bukan calang-calang hebatnya bahkan terlalu mewah.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Kalau tengok dekorasinya, memang perkahwinan tersebut menjadi idaman setiap wanita di atas muka bumi ni! Mana tidaknya, kek perkahwinan enam tingkat dihias dengan bunga segar, baju perkahwinan yang direka khas dan tetamu yang hadir juga dihiburkan oleh persembahan artis-artis Rusia yang terkenal. Macam konsert pun ada tau.

IKLAN

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Menurut sumber, Irina merupakan anak perempuan billionaire pembinaan Alexander Chigirinsky, 55 yang juga rakan kepada pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich. Manakala suaminya, Moris merupakan anak bekas Timbalan Gabenor di Rusia.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Tidak mengejutkan jika keseluruhan perkahwinan dianggarkan sekitar $1.6 juta, iaitu lebih daripada RM6 juta. Wedding dress Irina direka khas oleh pereka Zuhair Murad, yang bernilai $219,000, lebih RM800 ribu! Wow, mewahnya!

IKLAN

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Irina juga dilaporkan sudah biasa hidup dalam kemewahan sejak dari kecil dan pernah mendapat hadiah jam tangan Rolex ketika baru berusia 10 tahun. Bagi Irina, hadiah jam tangan yang mahal dan terbang menggunakan jet peribadi merupakan perkara biasa baginya.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Mesti seronok kalau dapat jadi anak jutawan bukan? Apa saja keinginan mesti dapat. Kereta mewah, rumah mewah, beg mewah dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Baru hidup sentiasa bahagia.

Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Anak Billionaire Rusia Ini Khabarnya Hanya Bertahan 6 Bulan Saja

Sumber: instagram, harpersbazaar, dailymail. Co dan woman.forumdaily.com

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI