Emma Maembong merupakan antara selebriti tanah air yang memiliki rupa paras cantik dan susuk tubuh menawan. Selamat bergelar isteri kepada juruterbang kacak bernama Shazli Dato’ Azhar pada tanggal 20 Februari lalu, Emma rupa-rupanya tidak terkecuali mengalami masalah berat badan hingga mencecah 69 kilogram suatu ketika dulu. Perkara itu didedahkan empunya diri sewaktu sesi fotografi bersama Nona sekitar penghujung tahun lalu.
Melihat susuk tubuh ideal yang dimiliki Emma pasti ramai yang tidak menyangka wanita cantik ini pernah bertarung untuk menurunkan berat. Saat ditanya mengenai hal tersebut, ini reaksi spontan Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, “Ya, saya pernah alami berat badan sampai 69kg! Saya pun terkejut. Mujur saya ni jenis yang kalau nak kurus memang saya akan betul-betul all out. Maknanya saya akan mula disiplin jaga makan dan minum. Alhamdulillah, sekarang dah dapat berat badan ideal 49kg.
Kalau ada yang kata memang saya dah dilahirkan cantik tu sebenarnya tak betul jugak. Orang nampak yang cantik je realitinya kita ni struggle nak maintain. Kena jaga makan, jaga tidur dan diet. Ikutkan, saya ini ‘hantu nasi’. Dalam sehari mesti akan makan nasi sebab saya tak suka western food. Macam burger dan spageti pun jarang makan.
Biasanya saya akan makan nasi dalam portion yang sedikit tapi kerap. Kalau tengah sibuk sangat, saya cuma makan sehari sekali je. Lagi-lagi bila sibuk shooting, makan waktu petang sekali je lepas tu dah tak makan dah. Bukan sebab nak kurus pun tapi memang jenis yang tak berselera sangat nak makan.”
Mengakui seorang yang mempunyai daya ketahanan diri yang rendah, Emma bagaimana pun kini lebih prihatin dengan penjagaan kesihatan diri. “Dulu, banyak benda yang saya tak suka dan tak nak buat. Tapi bila usia makin meningkat dan atas nasihat kakak, saya mula ambil supplement. Dari kecil lagi antibodi saya rendah dan mudah jatuh sakit atau berjangkit dengan orang yang selesema dan sebagainya.
Bagi saya pengambilan supplement penting. Tambahan pula saya ada low blood, tak minum susu, tak makan sayur… jadi kena jaga kesihatan dalaman bukan jaga kecantikan luaran semata-mata.
Bab kecantikan kulit pula, saya akan pastikan minum air secukupnya dan elak makanan berminyak. Paling penting bila nak tidur, muka mestilah bersih. Jangan sesekali tidur dengan mekap. Penat macam mana sekalipun saya akan tetap cuci muka, pakai moisturizer dan face mask. Face mask ini penting. Bila konsisten buat baru akan nampak
perubahan di kulit kita,” ujarnya.