Di sebalik kejayaan, kemewahan dan populariti yang diraih Asyalliee Ahmad rupa-rupanya tersimpan kisah silam yang mengajar usahawan ini tentang erti kehidupan. Dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang namun didikan ibu bapa telah banyak mengajarnya supaya berusaha memiliki apa yang diinginkan atas kerja keras sendiri. Tidak hairanlah pada usia Asyalliee baru meniti 24 tahun, dia sudah pun memiliki segala-galanya. Suami, anak, perniagaan, beberapa kereta mewah, rumah yang besar dan macam-macam lagi! Sesungguhnya, rezeki tidak pernah salah alamat.
Terpilih sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba terbuka menyingkap sisi peribadinya kepada umum. Ujar Asya, pendedahan ini dibuat bukan untuk menunjuk… jauh sekali riak dengan pencapaian yang diraih. Sebaliknya, dia mahu pengalaman hidup yang pernah dilalui dijadikan pembakar semangat kepada seluruh wanita untuk berjaya.
Ads
Pernah merantau di beberapa buah negeri ketika zaman kanak-kanak, ibu dua anak ini tenang membuka bicara. “Dulu saya pernah duduk di KL, Kedah, Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Mungkin sebab selalu berpindah, saya tak ada ramai kawan. Paling saya ingat sampai sekarang ialah kenangan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kedah. Masa tu arwah mak kerja restoran dan pekerja diberi tempat tinggal di bahagian atas restoran. Mak hanya bawa saya dan adik saja waktu tu dan keadaan bilik di situ kecil sangat.
Bila ada budak satu sekolah dapat tahu saya duduk di situ mereka mula mengejek dan boleh dikatakan tak ada yang nak berkawan dengan saya. Mereka gelar saya budak miskin, budak busuk, budak belemoih (berpeluh), budak tak mandi… semuanya gara-gara baju sekolah saya yang dah warna kekuningan sebab selalu pakai dan tak bertukar baru. Saya juga pernah di’pulau’kan.
Kalau ada PIBG, arwah mak akan berjalan dari restoran tempat dia bekerja ke sekolah saya sejauh dua kilometer. Dan setiap hari juga saya terpaksa pergi dan balik sekolah jalan kaki. Bila arwah mak dah meninggal, adik saya tinggal dengan kakak sulung sementara saya pula duduk dengan kakak lagi seorang,” jelas Asya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.
Selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Eboy Arbaain dan hamil anak sulung… dia sekali lagi diuji. Dek kerana salah faham yang berlaku, Asya dihentam dan dikecam teruk di media sosial. “Masa saya diuji tu saya baru beberapa minggu hamil anak sulung kami iaitu Haider. Disebabkan fitnah, ada yang mendoakan anak saya mati, anak saya cacat, saya mati semasa melahirkan anak dan macam-macam lagi.
Memang sepanjang tempoh tu saya menangis saja dan emosi sangat terganggu. Sebelum ada produk sendiri dulu, saya tampung hidup berbekalkan duit yang saya dapat daripada review di IG. Tapi sebab kejadian salah faham tersebut, kami kehilangan punca pendapatan. Bayangkan, sampai hendak makan pun tak ada duit. Mujur ada kawan baik dan kakak. Saya mengidam pun suami tak dapat tunaikan. Kami hanya makan nasi dan maggi je tiap bulan bila rasa segan dengan kawan-kawan dan keluarga.
Ads
Tak cukup dengan jual barang-barang mekap, saya jual juga segala beg tangan yang saya ada. Suami pula terpaksa jual helmet dan baju untuk dapat duit makan kami berdua tiap hari. Paling tak boleh lupa, suami jual motor kesayangannya demi saya. Duit RM6 ribu jualan motor, kami bahagikan sama rata untuk makanan dan modal berniaga. Bermula dari itu jugalah saya kuatkan semangat untuk buat Loveliee. Alhamdulillah, hingga sekarang ramai yang menggunakan produk kami termasuk di luar negara.
“Menjadi wanita yang kuat memerlukan banyak kesabaran dan perjuangan bersama. Tugas paling penting bagi seorang wanita yang kuat adalah untuk mencintai dirinya sendiri lebih dulu. Wanita yang kuat dapat membantu semua wanita cantik di sini untuk mengeluarkan ‘wanita yang lebih kuat di dalam diri awak’. Asya selalu percaya dan yakin dengan diri Asya sendiri. Walaupun kita tidaklah sempurna tetapi kita perlu bangga dengan diri kita. Keyakinan mencipta kejayaan.”
Ads
Kongsi Asya lagi, “Tujuan utama saya buat bisnes ini adalah untuk anak-anak. Supaya mereka tak hidup susah seperti saya dulu. Kedua, kerana saya nak bantu suri rumah, student yang tak ada duit simpanan supaya mereka dapat menjana ekonomi kaum wanita dan islam. Sebagai seorang leader, saya mahu mereka ini hidup senang. Cukuplah hidup senang dan tenang… tak perlu kaya kerana kaya tak jamin kebahagiaan. Saya buat bisnes ini bukan semata-mata untuk duit tapi lebih kepada ilmu dan impian untuk tingkatkan ekonomi Islam.
Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Haider Mikael dan Siti Helena Adrianna. Asya juga kini sedang hamil anak ketiga.
Kredit foto: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas menjadi wanita Melayu pertama dilantik sebagai PRESIDEN Singapura kini Halimah Yacob mencipta sejarah apabila berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai antara 50 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia selama lima tahun berturut-turut.
Presiden kelapan Singapura ini naik satu tangga daripada 37 ke 36 pada tahun ini berbanding di kedudukan ke-45 sewaktu pertama kali disenaraikan pada tahun 2018 seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian. Kagum sungguh dengan pencapaian wanita yang berusia 67 tahun ini.
Ibu kepada lima orang anak ini merupakan Speaker Parlimen Singapura ke-9 bermula sejak Januari 2013 ke Ogos 2017. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.
Halimah Yacob juga merupakan seorang ahli parlimen mewakili Parti Tindakan Rakyat selama 14 tahun bermula dari tahun 2001 ke 2015.
Kemuadian, isteri kepada Mohammed Abdullah Alhabshee ini dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari tahun 2011 hingga ke 2013.
Berikut adalah beberapa fakta tentang tugas-tugas presiden.
Presiden Singapura adalah Ketua Negara.
Sebelum 30 November 1991, Presiden adalah ketua negara dengan peranan sebahagian besar menghadiri upacara-upacara mewakili Singapura. Pada 30 November 1991, Perlembagaan Republik Singapura telah dipinda untuk menjadikan pejabat Presiden sebagai pejabat pilihan dengan kuasa budi bicara yang berkaitan dengan perlindungan rizab negara dan pelantikan kakitangan utama dalam sektor awam dan beberapa syarikat Kerajaan.
Secara umum, peranan dan tanggungjawab Presiden boleh dikategorikan seperti berikut:
Perlembagaan
Presiden Singapura bertindak sebagai penjaga berhubung dengan hal-hal tertentu seperti penggunaan rizab negara. Dia tidak mentadbir negara – yang jatuh kepada Perdana Menteri dan anggota kabinet lain yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan dan bertanggungjawab kepada parlimen.
Ceremonial
Kuasa presidensi terletak pada beberapa fungsi upacara. Presiden juga mewakili Singapura pada peringkat tertinggi dan membantu mempromosikan hubungan dua hala dan hubungan rakyat antara Singapura dan negara-negara lain yang baik.
Komuniti
Presiden boleh menggunakan pengaruh kedudukannya untuk menyokong penyebab amal dan sosial. Presiden juga boleh memainkan peranan menyatukan dengan menggalakkan, mengartikulasikan dan mewakili nilai-nilai yang menyatukan rakyat Singapura sebagai sebuah negara.
Semoga lebih ramai wanita yang melakar sejarah demi menyuntik inspirasi kepada wanita lain untuk terus sukses.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat ini demam Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan terus melanda pawagam seluruh dunia apabila filem Pathaan ditayangkan secara rasmi pada Rabu, 25 Januari 2023 lalu. Selepas empat tahun tidak aktif berlakon, kemunculan beliau kali ini tentu sekali mendapat sambutan hebat hingga berjaya meraih kutipan RM28.5 juta ketika hari pertama tayangan.
Dengan usia mencecah 57 tahun, populariti Shah Rukh Khan kekal utuh meskipun dengan kehadiran ramai pelakon lelaki baharu di India.
Aura suami kepada usahawan Gauri Khan dan bapa kepada tiga anak itu bukan hanya dirasai di negara kelahirannya malah ke seluruh pelosok Nusantara.
Shah Rukh Khan dan Gauri bergelar suami isteri selama lebih tiga dekad dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.
Masih mengekalkan senyuman yang charming serta bentuk badan sasa beliau yang ikonik, aktor Shah Rukh Khan terus menjadi pilihan utama dalam industri perfileman India.
Biarpun hero kesayangan ramai ini sudah hampir mencecah 60 tahun, namun kehebatan lakonan serta pesona fizikalnya terus menjadi igauan peminat.
Di sebalik isu kontroversi melibatkan pelakon wanita Deepika Padukone, ugutan boikot dan adegan panas yang diuar-uarkan, penampilan Shah Rukh Khan jelas masih punya jiwa tersendiri.
Filem terbaru Shah Rukh Khan ini diarahkan oleh Siddharth Anand mengisahkan tentang seorang ejen patriotik yang berjuang menentang musuh negara di India.
Menurut Hindustan Times, filem ini telah memperoleh sejumlah RM28.5 juta pada hari pertama tayangan dan bakal menyaksikan aliran menaik sepanjang hujung minggu lima hari yang dilanjutkan.
Kutipan tersebut telah melebihi jangkaan penganalisis filem yang meramalkan pembukaan sekitar RM18 – 23 juta untuk filem itu.
Dengan pembukaan RM28.5 juta ini, Pathaan menjadi pembuka filem Bollywood terbesar yang pernah diterbitkan, meninggalkan filem Thugs of Hindostan arahan Aamir Khan, yang memperoleh RM26 juta pada hari pertama.
PECAH REKOD
1. Filem Pathaan yang dibintangi Shah Rukh Khan merekodkan jumlah kutipan filem tertinggi dalam sejarah untuk hari pertama tayangan. Filem-filem beliau sebelum ini yang mencatat rekod adalah filem Happy New Year (RM18 juta), Dilwale dan Raees (RM10 juta).
2. Pathaan juga melakar sejarah dalam industri filem Hindi sebagai pemegang rekod kutipan tertinggi pada hari pertama tayangannya, diikuti filem KGF2 (RM27 juta), War (RM26 juta), Thugs of Hindostan (RM26 juta) dan Bharat (RM21 juta).
3. Meskipun dilancarkan pada hari bekerja iaitu Rabu, filem Pathaan tetap memecah rekod tersendiri. Lebih bertuah jumlah tersebut makin meningkat apabila hari kedua tayangan jatuh pada pada hari cuti umum Republic Day di India.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atlet kebanggaan negara ini bukan calang-calang wanita. Beliau sememangnya layak diangkat sebagai ikon. Bukan hanya meraih kecemerlangan dalam kerjaya sukan bahkan keputusan akademik Datuk Nicol juga patut dijadikan inspirasi. Jika dihitung pencapaian anak jati kelahiran Pulau Pinang ini, memang tak terkira banyaknya. Meskipun namanya dalam industri sukan terkenal di seluruh dunia namun Datuk Nicol cukup merendah diri.
Baru-baru ini nama Datuk Nicol Ann David menjadi bualan tidak hanya di dalam negara bahkan seluruh dunia apabila beliau merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia! Menerusi undian yang dibuat secara dalam talian di laman web Sukan Dunia itu, Datuk Nicol mendapat 318,943 undi menewaskan 23 atlet lain dari seluruh dunia. Hebat!
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, Datuk Nicol merupakan anak kepada Desmond David dan Ann Marie David. Beliau mempunyai dua beradik perempuan iaitu Lianne Marie dan Cheryl Therese. Minat Datuk Nicol dalam sukan skuasy mula disedari bapanya ketika beliau berusia lima tahun. Difahamkan, ketiga-tiga beradik ini didedahkan dengan sukan berkenaan sejak kecil lagi.
Seawal usia 15 tahun, Datuk Nicol sudah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Kejayaan meraih pingat emas di Sukan Asia Pattaya, Thailand pada tahun 1998 menjadi pembakar semangat buat tokoh sukan ini untuk terus melakar pelbagai sejarah. Sebelum itu pun, Datuk Nicol telah beberapa kali memenangi kejohanan peringkat antarabangsa Terbuka Junior Scotland Under-12 dan Kejohanan Hong Kong Under-13.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet skuasy, Datuk Nicol merangkul gelaran Juara Dunia sebanyak 8 kali! Beliau kemudian mengumumkan persaraan pada tahun 2019.
Yang pasti, Datuk Nicol merupakan antara atlet yang berpendidikan tinggi. Pada tahun 2019, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Berkongsi momen istimewa itu, ujarnya, “I’m so honoured! Never thought I would get this. Thanks to USM for this Honorary Degree of Doctor of Sports Science.”
Biarpun meraih pelbagai kejayaan di pentas dunia tapi Datuk Nicol tetap setia menimba ilmu sehingga ke hari ini. Walau sudah bersara, beliau masih menjadikan ilmu sebagai keutamaan. Tambahan pula pada akhir Januari lepas Datuk Nicol berkongsi rasa teruja dan gembira selepas berjaya menamatkan pembelajaran secara dalam talian dalam Foundations of Positive Psychology, University of Pennsylvania!
“I never thought I would be studying after squash but I gave it a shot during the pandemic. I have always been interested in understanding more how our mind works for us and against us and this specialization has given me better insights and tools for understanding our thoughts better. Never too late to learn something new.”
Datuk Nicol yang meniti usia 38 tahun pernah menarik perhatian masyarakat ketika masih bergelar pelajar sekolah apabila beliau memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ramai mengagumi kepintaran jaguh sukan kebanggaan ini apatah lagi waktu itu beliau sudah mula aktif dengan skuasy. Moga kejayaan Datuk Nicol terus menjadi sumber inspirasi ramai wanita!
Kredit foto: Instagram Datuk Nicol David
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama.Malah, ada juga yang...