Label Sugarscarf sebagai jenama fesyen Muslimah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bermula dengan bisnes tudung, ia kemudian bertapak kukuh hingga menembusi pasaran luar negara dengan rangkaian produk Muslimah termasuk pakaian dan kosmetik.
Menguruskan perniagaan bersama suami tercinta, Muhammad Zulkarnaen Mohd Ali, empayar Sugarscarf yang dahulunya dijalankan secara dalam talian kini diangkat sebagai salah satu jenama hijab premium.
Berasal dari keluarga susah telah mendorong usahawan wanita ini untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan. Enggan membebankan kedua-dua ibu bapa dan mahu mendapat wang saku sendiri, Pengarah Pengurusan Sugarscarf International, Nur Atiqah Sulaiman tidak segan berniaga di kalangan rakan-rakan ketika zaman persekolahan.
“Sebenarnya saya sudah mula berniaga semasa di sekolah menengah lagi. Oleh sebab saya sukakan benda yang kreatif dan unik, saya sanggup bersengkang mata menghasilkan beberapa keping kad untuk dijual kepada rakan sekelas.
Duit hasil jualan itu pula saya gunakan untuk beli keperluan diri. Mungkin sudah terbiasa pegang duit sendiri dan tak mahu susahkan mak ayah, saya bawa minat berniaga itu sehingga ke universiti.
Sewaktu jadi pelajar universiti, macam-macam barang yang saya jual. Salah satu daripadanya adalah kasut kerana saya peminat kasut termasuk baju dan aksesori wanita. Saya juga pernah masak nasi lemak ayam dan menjualnya ke setiap bilik hostel. Alhamdulillah, ramai yang membeli.
Ads
Memang seronok kalau ingat kembali detik itu dan tak timbul langsung perasaan malu sebab saya perlukan duit untuk tampung bayaran pengajian dan kos sara hidup di universiti.
Kerana tak mahu bergantung pada bisnes yang sama saja, saya cuba menjual tudung pula. Dari satu bilik ke satu bilik hostel saya ketuk selain turut menjual tudung di blog,” telus Eyqa.
Siapa sangka perniagaan sambilan ketika menuntut di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) pada tahun 2006 itu membuahkan hasil apabila pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Multimedia ini aktif mengorak langkah meluaskan perniagaan secara dalam talian.
Ads
Tanpa memohon pinjaman wang daripada mana-mana institusi perbankan, Eyqa yang ketika itu sudah berumah tangga memutuskan untuk mempunyai label tudung sendiri.
“Seingat saya waktu itu bulan Jun 2008 dan saya dan suami hanya bermodalkan RM800 untuk uruskan perniagaan ini. Kami bermula semuanya dari bawah. Mak dan ayah pada mulanya agak bimbang tetapi selepas melihat kesungguhan dan kejayaan bisnes ini akhirnya mereka akur dan sentiasa menjadi tulang belakang kami hingga ke hari ini.”
Demi memenuhi kehendak pelanggan yang sering dahagakan keluaran terbaharu, Eyqa yang tidak lepas dilanda segala macam ujian mengakui belajar tentang pasaran dan sasaran produknya melalui buku dan pengalaman. Beliau percaya jika mahu berjaya dalam industri ini, seseorang itu tidak harus terikut-ikut dengan trend sebaliknya berusaha mencipta kelainan.
Ads
“Sejujurnya cabaran paling besar dalam bisnes adalah memastikan aliran keluar masuk wang dipantau dan terjaga. Kena tahu ke mana hala duit tersebut dan bajet yang diperlukan untuk projek seterusnya. Tak boleh sedikit pun berlaku kebocoran kerana ia menjadi salah satu punca kejatuhan perniagaan.
Sebab itu saya amat menitikberatkan soal cash flow. Cabaran lain yang kami kena kawal adalah komitmen para pekerja. Walau sesibuk mana pun majikan misalnya saya perlu ambil tahu tentang kebajikan mereka supaya kekal konsisten dengan tugas yang diberi. Ada ketika saya akan hantar staf ke bengkel keusahawanan untuk menaikkan motivasi diri mereka.
Saya tidak anggap semua ini perkara sukar kerana apa yang paling utama sebenarnya mengekalkan matlamat Sugarscarf. Memang tak dinafikan ada di kalangan peniaga yang cuba untuk meniru produk peniaga lain. Benda ini sudah jadi lumrah.
Saya sendiri sudah mendaftarkan rekaan Sugarscarf dan sepatutnya peniaga yang meniru boleh dikenakan saman. Bila difikirkan balik, semua ini duniawi dan tak perlu bergaduh. Lagipun ia melibatkan proses yang panjang. Takkan sebab fesyen kita hendak naik turun mahkamah. Siapa yang bekerja keras dan bijak mengatur strategi, pada akhirnya akan menang.”
Berkat kerja keras Eyqa dan suami, butik Sugarscarf telah bertapak di empat buah lokasi seluruh Malaysia antaranya di Kuala Lumpur, Shah Alam, Bangi dan Johor Bahru. Malah, pada Oktober tahun lalu, Sugarscarf telah mengadakan peragaan tudung di United Kingdom secara eksklusif khusus untuk pelanggan setia dan blogger antarabangsa. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kemeriahan rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, pasangan selebriti ini menyambut kedatangan orang baharu dalam kehidupan mereka. Mona Allen selamat melahirkan zuriat pertamanya hasil perkongsian hidup bersama suami tersayang, Pekin Ibrahim.
Cahaya mata mungil ini diberi nama Petra Pekin kini sudah memasuki usia dua bulan. Seperti kebanyakan ibu bapa lain,Mona Allen dan suaminya turut mengabadikan momen indah si kecil untuk sesi fotografi khas buat Petra.
Mona Allen berkongsi beberapa keping foto istimewa keluarga kecilnya di laman Instagram miliknya khusus untuk tatapan para peminatnya.
“You complete me. Photoshoot bersama anakanda tercinta dengan team yang hebat,” tulis Mona.
Rata-rata warganet memuji kecomelan zuriat Mona Allen dan Pekin yang disifatkan banyak mewarisi raut wajah Mona yang berdarah campuran Melayu-Scotland.
Sejak mempunyai zuriat, Mona Allen rajin berkongsi perkembangan Petra yang disifatkan sebagai sinar yang sangat bermakna buat rumah tangga yang dibina bersama suami tersayang. Untuk rekod, Mona Allen berkahwindengan berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Antara perkongsian yang dikongsikan oleh Mona Allen termasuklah perkembangan Petra yang disifatkan sebagai seorang anak yang mudah dipelihara. Sebagai 1st time mom, Mona juga mula belajar banyak perkara tentang penjagaan bayi.
“Petra sudah mula tunjuk ragam jika hendak tidur, perlu ditepuk dan didodoi. Petra dan mula minta mommy berjaga malam sampai kebas tangan mendodinya. Tetapi tetap tidak tidur lena. Makin besar, dah makin lain perangainya,” ujar Mona Allen.
Disebalik kurang rehat dan tidak cukup tidur, Mona menyifatkan pengalaman ini banyak mematangkan dirinya dan melihat perspektif berbeza pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.
Mona pernah berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat bulan melalui proses mendapatkan zuriat atau Trying To Conceive (TTC).
Seperti pasangan lain, Mona dan Pekin mendapatkan ikhtiar melalui siri rawatan tradisional seperti perubatan Islam dan dengan izin Allah, Mona disahkan hamil.
Empat tahun jangkamasa yang diambil sepanjang bergelar suami isteri memberikan mereka masa untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang harmoni sebelum menerima kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulu, ingat tidak berlaku satu ‘kekecohan’ tidak disangka-sangka melanda industri Bollywood? Pada awal tahun 2000, nama pelakon Aishwarya Rai cukup popular dan melonjak naik sehinggalah muncul pelakon muda Dia Mirza menyebabkan ramai yang keliru dengan kehadirannya.
Manakan tidak, wajahnya saling tidak tumpah seperti Aishwarya Rai menyebabkan ramai yang berspekulasi dan beranggapan Dia adalah klon serta pengganti Aishawarya. Apatah lagi kedua-dua pelakon jelita ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Salman Khan suatu ketika dahulu.
Salah satu babak dalam filem Tumko Na Bhool Payenge bersama Salman Khan
Keanggunan Dia sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi apatah Dia juga merupakan pemenang beberapa buah pertandingan ratu cantik, di mana Dia menggunggguli Miss Asia Pacific International dan Femina Miss India Asia Pacific. Nama Dia juga cukup semakin popular selepas membintangi beberapa buah filem seperti Alag, Dum, Deewaanapan, Tumko Na Bhool Paayenge, Tumsa Nahin Dekha: A Love Story, Parineeta, Dus, Lage Raho Munna Bhai dan Salaam Mumbai.
Namun selepas seketika, nama Dia seakan tenggelam dan jarang sekali muncul di layar perak. Kali terakhir Dia berlakon dalam filem pecah-panggung adalah pada 2018 menerusi filem Sanju yang diadaptasi dari kehidupan pelakon legenda Sunjay Dutt. Dan yang pasti ramai merindui kelibat Dia di dalam filem memandangkan Dia juga bukan sekadar cantik dan jelita namun berbakat besar dan handal menari sama seperti Aishwarya Rai.
Wajah terkini Dia Mirza yang kekal jelita dan awet muda.
Mengintai di laman sosial Instagramnya, NONA cukup teruja melihat Dia yang kekal aktif mal sibuk dengan aktiviti hariannya sejak bergelar seorang ibu dan aktivis. Dia dilihat telah banyak terlibat dengan Cancer Patients Aid Association dan Spastics Society of India, malah cukup aktif menyebarkan kesedaran HIV, pencegahan racun kaki wanita, PETA, CRY dan terbaru NDTV Greenathon – usaha untuk mencari solusi terhadap pencemaran alam sekitar.
Selain itu, Dia juga dilantik sebagai Duta Muhibah Alam Sekitar PBB untuk India pada 2017 dan pada 7 Mei 2020, tempoh perkhidmatannya dilanjutkan sehingga 2022. Dia turut dilantik oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penyokong Matlamat Pembangunan Mampan. Dia juga kini bergelar blogger dalam misinya menyelamatkan alam sekitar dan mewujudkan kesedaran.
Kredit foto: Instagam @diamirzaofficial via @feminaindia
Walaupun sibuk dengan tugas hakikinya sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata di mana salah seorangnya merupakan anak pra-matang yang diberi nama Avyaan Azzad, dan seorang lagi merupakan anak angkat, Samaira Rekhi, Dia juga dilihat kekal anggun dan jelita, malah wajahnya cukup awet muda di usia 41 tahun, malah Dia bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Dunki pada tahun ini.
Semoga yang baik-baik saja buat Dia dan keluarga. Mesti ramai yang rindu nak lihat Dia Mirza kembali aktif berlakon dan muncul di layar perakkan?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kejelitaan Engku Aleesya Engku Emran, 11 tahun mewarisi kejelitaan ibunya, Primadona Erra Fazira. Khabarnya, puteri tunggal Miss Malaysia World 1992 ini telah menerima banyak tawaran dalam industri seni terutamanya lakonan iklan.
Walau bagaimanapun pelakon dan penyanyi yang berasal dari Rawang Selangor ini sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang dipilih oleh puteri kesayangannya itu. Cuma buat masa sekarang Engku Aleesya perlu mendapat restu daripada bapanya terlebih dahulu.
Foto: Instagram @errafazira
Teringat kala bertemu dengan pelakon filem Sembilu ini bercerita tentang anak kesayangannya ini di sebuah majlis dahulu. Cerita Erra Fazira tentang Engku Aleesya, “Saya jaga Aleesya tiga hari dan empat hari seterusnya bersama ayahnya.
Saya berbicara dengan Aleesya macam orang dewasa tapi ada juga masa untuk bermanja. Apabila saya nak menjelaskan sesuatu tu saya kena ada fakta, saya bagi contoh untuk buka minda dia. Jadi di situ saya cerita bagaimana kehidupan dewasa nanti apa expectation kita.
Cantik macam mana pun kalau perangai tak elok orang tak suka. Walaupun saya nampak muka dia macam tak berapa faham tapi itu tanggungjawab saya. Saya fikir dalam pada saya ‘simbah (siram) air’ sedikit sebanyak ada penyerapan,” ujar Erra Fazira.
Mendidik anak remaja bukan suatu tugas yang mudah lebih-mebih lagi membesar di era teknologi ini. Erra Fazira juga mengakui turut menghadapi masalah yang sama. “Saya dah mula merasa bahang bila anak meningkat remaja ni makin mencabar tugas sebagai seorang ibu. Bila kita cakap sepatah dia ada jawapan dia, dulu masa kecil hanya “yes mom“.
Foto: Instagram @errafazira
Tapi itu cabaran saya juga, saya pun tidak sempurna. Saya belajar daripada pengalaman dan dalam masa yang sama, saya rasa tanggungjawab ibu zaman sekarang kena banyak membaca, cari pengetahuan atau ilmu parenting untuk mendidik anak.
Saya ada buku saya yang saya beli macam mana nak mendidik anak. Jadi, itu semua saya ambil kira. Sebab masa saya terhad dengan dia. Dalam tiga hari itu lah masa saya nak mendidik, marah dan nak bermanja,” ulas wanita yang berusia 47 tahun ini.
Ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Engku Alesya dan adakah ibunya sudah mengajar untuk menjaga kecantikan? “Memang saya dah mula didik Aleesya jaga kecantikan. Macam-macam saya beli untuk dia tapi, being budak dia buat apa dia nak buat. Bila tanya dah pakai, dah bila tengok tak pakai pun.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Saya dulu pun macam tu bila mak membebel kita belum tentu nak pakai tapi bila ada kesedaran baru kita tahu, dulu mak suruh pakai tapi tak pakai kan. Jadi, sekarang ni tiba masa saya membebel dekat Aleesya dan besar harapan saya satu hari dia ada kesedaran untuk menjaga kecantikan,” kata Erra yang mahu beri pendidikan seimbang buat anak tersayangnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...