Secara realitinya masyarakat kita sekarang bergelut dengan amalan budaya membaca yang sangat kritikal. Kepesatan telekomunikasi yang mendesak membuat masyarakat bersandar kepada sumber maklumat yang terpapar di media sosial.

IKLAN

Namun, kesahihan dan kejituan sumber kadang-kadang meragukan dan adakalanya demi meraih perhatian semata-mata.

Melihat lawatan Mazlina Abd Kadir ke Korea baru-baru, tumpuan mata tertangkap dengan sebuah koc yang dinaikinya melawat ke salah sebuah daerah di Korea. Koc kereta api tersebut telah dipenuhkan buku-buku untuk penumpang menghabiskan masa dengan membaca. Terdapat banyak buku-buku yang disediakan mengikut minat penumpang yang berbeza.

IKLAN

Tindakan murni perkhidmatan kereta api tersebut mewujudkan galeri membaca ini sangat terpuji dan patut dicontohi oleh negara kita yang memerlukan masyarakat tinggi maklumat jika mahu menjadi negara maju suatu hari nanti.

Kuasa buku sangat luar biasa kerana mampu membawa pembaca ke dimensi berbeza. Malah buku juga mampu melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin tidak dapat dirasai dalam kehidupan seharian.

IKLAN

Buku bukan sahaja merangsang intelektual dan IQ semata-mata, malah boleh merangsang aspek psikologi, kognitif dan EQ pembaca.

Kekuatan Masyarakat Membaca

  • Masyarakat yang komited terhadap amalan membaca dan menguasai ilmu akan terus maju dan gemilang.
  • Semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca dalam kehidupan seharian.
  • Budaya membaca yang aktif mampu memberikan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi.
  • Ibu bapa juga memang dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan mendidik zuriat yang dilahirkan dengan sebaik-baiknya.
  • Mulakan dari sekarang, jadilah diri sebagai contoh untuk menjadikan anak-anak juga berminat untuk membaca sekaligus melahirkan generasi yang maju dan berjaya.