Selain nama Krisdayanti dan Rossa, Indonesia dikenali dengan ramai lagi barisan penyanyi wanita hebat. Antaranya Raisa Andriana atau Raisa, selebriti popular berusia 31 tahun yang cukup terkenal dan sukses.

Tidak sekadar diminati kerana paras rupanya yang cantik, kisah rumah tangga Raisa bersama Hamish Daud, sering diangkat sebagai ‘couple goals’.

Dilahirkan pada 6 Jun 1990 di Jakarta, Indonesia, ratu pop dan R&B itu mula menempa nama melalui lagu ‘Serba Salah’. Bekas siswazah Bina Nusantara University (BINUS University) tersebut juga banyak menerima pelbagai anugerah di atas pencapaiannya dalam bidang muzik.

IKLAN

Raisa dan Hamish menikah pada tahun 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Zalina Raine Wyllie.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Menariknya sewaktu pandemik dan ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, pasangan Raisa dan Hamish memutuskan untuk berpindah ke Pulau Bali.

Meskipun jarang berkongsi tentang kediaman mewah mereka, namun pasangan tersebut pernah membuat video house tour di sekitar hunian baru itu.

Persis villa, barangkali cukup untuk membayangkan keindahan rumah dua tingkat yang dihias gaya minimalis resort itu.

Sebagai isteri arkitek, tentu sekali Raisa sangat bertuah kerana suaminya memberi tumpuan khusus kepada reka bentuk dan beberapa sudut tertentu kesukaan mereka.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

SUASANA

Sesuai dengan iklim dan geografi Bali yang kehijauan, Raisa mengekalkan suasana rimbun di rumah ini. Banyak pepohon serta tanaman hiasan di sekeliling rumah, sekaligus memberi kesan redup dan nyaman.

Rumah Raisa juga direka dengan jendela besar bagi memaksimumkan kemasukan cahaya dan peredaran angin ke dalam rumah. Pasti santai dapat menghirup angin yang bertiup, apatah lagi rumah ini dilengkapi balkoni yang luas.

Sering terlihat, Raisa dan Hamish menghabiskan waktu bersantai di ruang balkoni, menghamparkan pandangan ke halaman hijau sembari menghilangkan penat. Romantisnya!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

IKLAN

INTERIOR

Sebagai pencinta seni, sentuhan Raisa dan Hamish juga bisa dilihat menerusi garapan interior di dalam rumah mereka.

Mengetengahkan konsep moden minimalis, pasangan ini memilih perabot sofa rona krim yang selesa di ruang keluarga. Tumbuhan hijau turut menyerikan suasana disamping meja kayu yang menyerlahkan aura semula jadi.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Paling menarik, tentu sekali jantung kediaman ini iaitu dapur. Raisa memilih kabinet dapur rona hijau zamrud bersama elemen kayu di bahagian kaunter. Kemasan marmar putih pula dijadikan permukaan atas dapur yang mewah.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

IKLAN

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Tumpuan dekorasi turut diberikan pada kamar mainan anak mereka, Zalina. Terdapat sudut khas yang disusun dengan pelbagai permainan si kecil mulai dari dapur mini dan buku-buku cerita.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Rumah penyanyi popular di Bali ini turut dilengkapi sebuah kolam renang. Tidak ketinggalan sebuah tub mandi mewah milik Raisa yang dikatakan berharga menyamai sebuah kereta.

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Persis Resort Villa, Cantiknya Rumah Penyanyi Terkenal Indonesia RAISA & HAMISH – Nyaman Betul!

Memang cantik dan selesa sangat kediaman baru penyanyi Indonesia ni. Sesuai sangat untuk membesarkan anak-anak dalam suasana nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota yang membingitkan!