Hati ibu mana yang tak runsing bila si kecil tiba-tiba demam. Sudahlah suhu badannya panas, asyik merengek pula tak henti-henti. Mak mak yang bekerja pun boleh hilang fokus!

Selain rawatan di klinik, kita boleh juga cuba petua tradisional sebagai ikhtiar. Selagi tak memudaratkan anak dan bersifat luaran, apa salahnya.

IKLAN

Nona tertarik dengan satu petua yang dikongsi oleh Puan Meme Wani menggunakan telur rebus ni. Mula-mula tak sangka wanita cantik yang juga pengasas produk slimming Dolce Petite ni sudi berkongsi pengalamannya, tapi selepas berbual, dia sudi bercerita demi membantu ibu bapa lain yang mengalami masalah anak demam panas.

Saya dapat petua ni pun dari orang. Memang rasa susah nak percaya, macam tak logik pun ada guna telur rebus tu. Biar betul. Tapi bila cuba sendiri baru macam, eh… betullah kuning telur tu berbintik-bintik.

Bintik-bintik yang dimaksudkan oleh Puan Meme tu macam ni.

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!

Tambahnya, selepas berbual dengan kawan-kawan barulah dia sedar yang ramai tak tahu tentang petua tersebut. Lalu tergeraklah hati untuk berkongsi pengalamannya selepas suhu badan si anak menurun. Nak dijadikan cerita, sebelum ni dia dah bagi ubat demam yang dibekalkan doktor.

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!
Baby dah makin sembuh dan boleh discaj.

Si comel Puan Meme bernama Hazeeq ni sebenarnya dah berumur setahun lebih, asalnya dulu premature baby tapi sekarang dah membesar dengan sihat. Sesekali tu biasalah, budak-budak nak membesar mestilah ada demamkan? Jom baca sharingnya ni.

PETUA TRADISIONAL ANAK DEMAM PANAS

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!
Ni telur biasa. Bukan yang viral dapat berpuluh juta like tu.

Sian baby macam dah susut sikit sbb last week dah warded. Keluar hospital tetiba demam panas on off pulak. Ni antara ikhtiar Meme buat dan alhamdulillah panas dia memang kebah.

(1) Rebus telur

Basuh telur. Kalau boleh lebih daripada sebiji untuk spare sebab nanti takut tak jadi dan sebab anak sibuk nak makan telur tu. Rebus sampai masak. Lepas tu kupas dengan berhati-hati. Jangan sampai pecah, terkopek atau tercuil (ni antara sebab kena rebus lebih).

(2) Bungkus telur yang dikopek

Kalau masih terlalu panas bungkus dengan napkin atau towel nipis dan golekkan di kepala anak atau bahagian yang panas. Macam tuam-tuam kepala tu.

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!

IKLAN

(3) Baca selawat

Sambil buat tu, jangan lupa baca bismillah dan selawat. Sambil golekkan telur sambil berdoa pada Allah mohon demam anak disembuhkan cepat.

(4) Golek-golekkan telur

Bila telur rebus tu dah kurang panas, boleh tanggalkan daripada napkin atau towel tu dan terus golekkan telur kat kepala dan badan anak. Siap. Lepas tu perlahan-lahan cuba kopek telur tu dan tengok telur kuningnya. Uolls mesti terkejut!

Pesan Puan Meme, telur tu kena buang tau jangan dimakan pulak! Kemudian cuba check suhu anak lepas buat petua ni. Mesti ada turun sikit.

IKLAN

Petua ni kena ulang buat jangan buat sekali je. Selain untuk anak, petua ni pun boleh dibuat kat bapak budak dan kita sekali.

Inilah rupa telur kuning selepas Puan Meme buat petua ni. Ada banyak bezakan?

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!

Kalau mengikut kepercayaan perubatan Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.

Kiranya ini sekadar perawatan alternatif saja. Kalau nampak kondisi kesihatan anak makin membimbangkan, harap segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan. Semoga perkongsian Puan Memem ni memberi manfaat!

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!

Sumber: Instagram @memewani

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI