Gaya Hidup

Piala Dunia FIFA 2022 Disambut Meriah, QATAR Ketatkan Peraturan Pemakaian Penonton Wanita

Hari ini dunia meraikan kemeriahan Piala Dunia FIFA 2022 yang sedang berlangsung di Qatar bermula dari 18 November sehingga 20 Disember 2022. Biarpun dalam kemeriahannya, turut terpalit beberapa kontroversi yang sedikit-sebanyak memberi kesan kepada kemeriahan Piala Dunia kali ini.

Terkini, kontroversi tercetus disebabkan oleh pemakaian penonton wanita yang hadir menyaksikan acara berprestij tersebut. Isu berikut timbul disebabkan oleh ramai diantara peminat bola sepak terutamanya kaum wanita yang hadir mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat dan melanggar etika berpakaian di Qatar.

Oleh disebabkan itu, peminat bola sepak dalam kalangan wanita yang datang dari negara luar dinasihatkan supaya berpakaian dengan sopan dan tidak mengenakan persalinan yang terdedah sepanjang kempen Piala Dunia.

Ketua Pegawai Teknologi Piala Dunia FIFA 2022, Niyas Abdulrahiman menyatakan bahawa mereka tidak sesekali memberi kelonggaran kepada mereka yang melanggar undang-undang di Qatar malah akan mengenakan hukuman jika melakukan kesalahan memakai pakaian ketat dan terdedah di khalayak ramai.

Berkaitan isu pemakaian dikalangan peminat kaum wanita, kami mempunyai kamera khas resolusi tinggi bertujuan untuk memudahkan kami melihat setiap penonton di tempat duduk mereka dan membantu kami untuk melakukan sebarang siasatan.

Kali ini, Piala Dunia FIFA 2022 bermula dengan upacara pembukaan yang menarik dan begitu meriah di Stadium Al-Bayt. Al Khor di Qatar. Malah, alunan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Hujurat turut memenuhi ruang stadium dan menjadi momen bersejarah sepanjang Piala Dunia FIFA diadakan.

Bintang Hollywood, Morgan Freeman bersama YouTuber Qatar, Ghanim al Muftah juga terlibat dalam upacara pembukaan. Selain itu, anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook turut membuat persembahan.

Sumber: India.com dan Mail Online

Sumber gambar: Asia News

IKLAN
Share