Mewahnya macam istana! Kagum betul dengan idea tuan rumah. Ruang dapur tu nampak cantik sangat dan selesa. Hari-hari masuk dapur untuk masak pun tak mengapa kan?

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman

IKLAN

Elemen mewah dan eksklusif diadaptasikan pada setiap ruang banglo ini. Sejak dulu hingga kini gaya klasik Inggeris dan Eropah sentiasa menjadi pilihan tuan rumah yang juga pemilik syarikat hiasan dalaman My Home Gallery, Emma Khalid. Emma turut menjadikan rumahnya sebagai ruang pamer bagi memudahkan klien mendapatkan khidmat rundingannya sebagai pereka hiasan dalaman. Secara tak langsung mereka dapat melihat, menyentuh dan merasai sendiri keseluruhan elemen dekorasi yang diterapkan.

Dengan kepakarannya selama 12 tahun dalam bidang interior, Emma berjaya menterjemahkan idea kreatifnya yang cukup ‘mahal’ dan tersendiri. Setiap ruang diberikan olahan berbeza namun masih mengekalkan mood elegan seiring dengan karakter Emma.

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman“Saya memilih gaya klasik Inggeris dan English kerana ia tak lapuk dek zaman dan tak membosankan. Kalau nak ikut trend pun biasanya saya cuma bermain dengan warna berbanding konsep.

Kebanyakan item dalam rumah ni custom-made seperti sofa, langsir dan kertas dinding. Saya sendiri yang buat rekaan dan pilih fabriknya, kemudian hantar kepada carpenter. Saya suka custom-made kerana rekaannya lebih tersendiri dan eksklusif.

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman

Rumah ini turut diubah suai secara keseluruhan. Salah satunya saya buat french window yang memberi tampilan baru dan segar. Tapi dalam masa yang sama saya tetap mengekalkan konsep klasik Inggeris dan Eropah bagi setiap ruang.

Apa pun kombinasi warna hitam, beige dan krim sentiasa nampak elegan dan diguna pakai untuk apa jua konsep, mood serta zaman. Saya banyak beri tumpuan kepada ruang tamu termasuk ruang dapur basah dan dapur kering.

IKLAN

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan ZamanSaya juga menyediakan powder room untuk kegunaan tetamu yang terletak di tingkat bawah bersebelahan ruang makan.

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman

Bersebelahan ruang tamu Emma Khalid menempatkan ruang makan dilengkapi set meja makan bersaiz dempak. Di sini Emma Khalid menerapkan motif sedikit sarat dengan penggunaan kertas dinding rona gelap. Penggunaan langsir rona terang dan cermin besar di dinding menjadikan ruang ini terlihat lebih luas.

IKLAN

Rona putih yang mendominasi ruang dapur kering sangat memberi ketenangan. Di sini Emma Khalid turut menyediakan ruang keluarga dilengkapi sofa dan televisyen bagi memudahkan ahli keluarga berkumpul.

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan Zaman

Untuk bilik anak perempuan, saya menerapkan warna ungu. Manakala konsep bilik tidur anak lelaki bersesuaian dengan statusnya sebagai anak bujang. Untuk anak kembar pula saya gabungkan warna biru dan pink.

Walaupun saya memberi kebebasan untuk mereka memberikan idea tetapi idea utamanya daripada saya sendiri.

Pilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan ZamanPilih Gaya ENGLISH CLASSIC, Pemilik Kediaman Kongsi Idea ‘Mahal’ Yang Tak Ditelan ZamanUntuk bilik tidur utama setiap dindingnya dipenuhi dengan cermin menjadikan ruang ini lebih luas. Ia turut dilengkapi ruang wardrobe yang membiaskan aura mewah serta ekslusif.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI