Setelah berhempas-pulas menyambung pengajian dan berkorban masa demi menimba ilmu di menara gading akhirnya Anis Suraya selamat bergraduasi pada 25 November lepas. Berkongsi momen indah tersebut di media sosial miliknya baru-baru ini, penyanyi popular berkenaan turut menzahirkan rasa syukur dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).