Ads

Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa

Anis Suraya Genggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan UPSI
Anis Suraya Genggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan UPSI

Setelah berhempas-pulas menyambung pengajian dan berkorban masa demi menimba ilmu di menara gading akhirnya Anis Suraya selamat bergraduasi pada 25 November lepas. Berkongsi momen indah tersebut di media sosial miliknya baru-baru ini, penyanyi popular berkenaan turut menzahirkan rasa syukur dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Artikel https://www.nona.my/dulu-penyanyi-kini-tenaga-pengajar-unisza-anis-suraya-kerabat-diraja-terengganu-humble/

Anis Suraya Genggam Ijazah Sarjana

Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa

Menerusi perkongsian terbaharu itu, Anis Suraya atau nama penuhnya Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman memuat naik slip keputusan peperiksaan yang memaparkan CGPA 4.00.

Kongsi pelantun lagu Cinta Tersimpul Rapi ini, “Alhamdulillah, syukur. Final result CGPA 4.00. Saya dedikasikan buat arwah abah yang tercinta.

Ads

Terima kasih kepada pensyarah UPSI atas bimbingan sepanjang pengajian, kepada suami dan anak-anak atas pengertian dan sokongan, Anis Ctr Fans, keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan yang sentiasa mendoakan saya. Semoga ilmu yang diperoleh dapat saya kongsikan dengan pelajar dan generasi pecinta seni.”

Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by APEL.Q FMSP (@apelq.fmsp)

Ads

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim selaku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan istiadat konvokesyen.

Anis Suraya menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-28 UPSI. Turut menerima ijazah sama ialah penyanyi Tomok dan pelakon veteran, Zulkifli Ismail.

Dalam pada itu, Anis Suraya turut berkesempatan membuat persembahan dengan mendendangkan lagu popular nyanyiannya pada majlis berkenaan.

Ads

Imej Bersih Anis Suraya Sebagai Penyanyi

Sejak awal pembabitan Anis dalam industri seni dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi dan mengekalkan imej bersihnya. Walau terkenal dan berstatus kerabat diraja namun Anis cukup merendah diri.

Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa Raih Keputusan Cemerlang, Anis Suraya Dedikasi Kejayaan Genggam Ijazah Sarjana Buat Arwah Bapa

Dia juga merupakan adik kepada pelantun lagu Melodi Hati, Shawn Baharin atau terkenal dengan gelaran Ricky Martin Malaysia.

Anis Suraya ialah ibu kepada lima cahaya mata iaitu Puteri Elisya Farzana, Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Dato' Seri Alha Alfa Terima Nona Best Iconic Beauty Empire Award

Dato’ Seri Alha Alfa, Dari Jurusolek Kini Usahawan Kosmetik Berjaya &...

Bermula sebagai jurusolek, keberanian Dato’ Seri Alha Alfa atau nama penuhnya Dato’ Seri Abdul Al Halim Mohd Al Fadzli melangkah ke dunia perniagaan dengan membina jenama kosmetik sendiri membuka lembaran baharu dalam kehidupannya. Bagi figura ini perjalanan sebagai usahawan dibentuk oleh pengalaman, ketelitian dalam menghasilkan produk berkualiti serta tekad untuk mengubah kehidupan di samping membahagiakan ibu bapa.