Meskipun tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun Nurul Izzah Anwar tetap menghulurkan bantuan untuk penduduk kawasan tersebut yang meminta pertolongan daripadanya.

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

IKLAN

Menerusi perkongsiannya di Facebooknya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya mengalami kesukaran melakukan kerja harian setelah motorsikal mereka hangus dalam kebakaran baru-baru ini. Justeru, anak kepada Perdana Menteri ke 10 ini prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Beberapa hari lepas, saya menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan. Katanya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki hangus dalam suatu kebakaran. Katanya lagi, itu sajalah mod pengangkutan yang ada untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membawa ahli keluarga sakit ke hospital, dan macam-macam lagi. 😔
Penduduk yang terjejas ni semuanya dari keluarga berpendapatan rendah, justeru sukar dan tidak mampu membeli ‘kuda’ baru.

“Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya. Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian,” ujar Nurul Izzah dalam posting di media sosial miliknya.

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

Nurul Izzah telah bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok,  YB Lee Khai Loon dan menerima sumbangan ikhlas dari individu-individu yang prihatin dengan permasalahan rakyat.  Mereka berjaya mengumpul wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringakan beban rakyat yang terdiri dari golongan B40 itu.

“Alhamdulillah,berkat sumbangan pihak yang prihatin, kami  mampu meraih wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringankan beban mereka. Urusan membeli motor Modenas Kriss MR3 yang berharga RM4,000 setiap satu juga dipermudahkan apabila tuan kedai memberikan diskaun.

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

Selain proses pembelian motorsikal, Nurul Izzah dan YB Lee Khai Loon dan barisan sukarelawan, turut membantu menguruskan proses lesen, cukai jalan dan insuran kenderaan tersebut. Malah setiap motorsikal diisi dengan petrol tangki penuh untuk melancarkan perjalanan sebaik menerima pemberian tersebut.

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

Tampil dengan gaya baju kurung bersama sepasang sneakers, Nurul Izzah tidak kekok menyantuni pihak yang memerlukan bantuan meskipun dirinya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

IKLAN

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

“Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya,” ujar Nurul Izzah yang sebati dengan kerja-kerja kebajikan demi membantu rakyat yang sedang dalam kesempitan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Semoga pertolongan kecil sukarelawan ini mampu memberi manfaat dan kehidupan yang lebih baik buat para penerima bantuan!

IKLAN

 

 

Prihatin Masalah Rakyat, NURUL IZZAH ANWAR Kumpul Dana RM30,000 Bantu Beli Motorsikal Untuk Mangsa Kebakaran

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI