Teruja mencungkil rahsia Puan Sri Tiara Jacquelina yang kekal cantik dan energetik. Begitu sinonim dengan gelaran Gusti Puteri ketika membintangi watak Puteri Gunung Ledang, wanita ini sangat menitikberatkan soal pemakanannya.

IKLAN

Memilik sebuah resort mewah, Tiarasa Escape Resort di Janda Baik, Puan Sri Tiara kongsi ketika ditemui dalam satu majlis kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus baru-baru ini tentang pesan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkenaan pemakanan.

Puan Sri Tiara Tukar Nasi Kepada ‘Cauliflower Rice’, Ingat Pesan Tun M Tentang Pemakanan
Foto: Koleksi Majalah Nona

“Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.

Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.

Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur.

Puan Sri Tiara Tukar Nasi Kepada ‘Cauliflower Rice’, Ingat Pesan Tun M Tentang Pemakanan
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Memandangkan sekarang bulan Ramadan, saya memang tak boleh miss sahur. Saya akan buat milk shake yang dicampur dengan pisang dan kurma serta diletakkan psyllium khas.

Inilah yang akan menjadi amalan saya sepanjang bersahur kerana cepat siap dan mudah bangun pagi waktu sahur terus minum,” tutur wanita yang suka warna merah ini.

IKLAN

Puan Sri Tiara juga merupakan seorang pencinta kucing. Ini boleh dilihat melalui perkongsian Puan Sri Tiara di laman media sosial milik peribadinya. Comel-comel belaka kucing peliharaan wanita ini. Selain itu Puan Sri Tiara juga suka suka berkuda.

Puan Sri Tiara Tukar Nasi Kepada ‘Cauliflower Rice’, Ingat Pesan Tun M Tentang Pemakanan
Foto: Instagram @tiarajacquelina
Puan Sri Tiara Tukar Nasi Kepada ‘Cauliflower Rice’, Ingat Pesan Tun M Tentang Pemakanan
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Kagum melihat semangat dan jati diri dalam diri wanita yang murah dengan senyuman ini yang sentiasa mahu membawa imej tanah air ke persada dunia.

IKLAN

Walaupun sudah 17 tahun filem Puteri Gunung Ledang mencetus fenomena namun ingatan kepada filem ini masih utuh.

Puan Sri Tiara Tukar Nasi Kepada ‘Cauliflower Rice’, Ingat Pesan Tun M Tentang Pemakanan
Foto: Instagram @tiarajacquelina

Figura ini terbuka bercerita tentang rahsia kekal cantik dan energetik. “Rahsia saya nampak selalu energetik adalah sentiasa berfikiran positif dan bekerja dengan orang yang positif.

Satu lagi saya bekerja dengan golongan muda dan energetik jadi kita pun sama berjangkit dengan energi mereka,” tutur isteri kepada Tan Sri Dato Seri Effendi Norwawi ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Baca juga; Diet Ketika Puasa, Tak Perlu Paksa Diri Cuma Amal Pemakanan Yang Betul

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI