YANG AMAT MULIA TENGKU ZATASHAH

Keperibadian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya menarik perhatian rakyat. Beliau bukan hanya aktif menjayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, membantu golongan kurang bernasib baik dan mengekang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Malah cukup mengambil
berat isu pendidikan. Dikenali sebagai puteri diraja Selangor berjiwa penyayang dan gemar membaca, bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini YAM Tengku Zatashah terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum.

IKLAN

Ujarnya, “Dan kerana ia adalah Hari Guru, saya kongsikan memori ketika pertama kali melawat kanak-kanak di flat PPR. Saya berpeluang membacakan buku ilustrasi berkisar
cerita rakyat Melayu kepada kanak-kanak di sini.

Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu yang saya sebenarnya merupakan guru Bahasa Inggeris bertauliah dan menerima CELTA (Cambridge Certificate In Teaching English To Speakers of Other Languages) dari British Council KL dengan high pass B. My course was to teach real students from beginners to intermediate level English and my own teachers would be evaluating me. One of the most interesting and rewarding experiences I’ve been through. Sadly they no longer offer this course. Grateful I manage to do it. So to all the teachers out there, I salute you!”

Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
YAM Tengku Zatashah ketika melawat kanak-kanak di flat PPR
Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Tekun menyampaikan cerita kepada kanak-kanak

Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Tambah YAM Tengku Zatashah lagi, “Saya sangat mengagumi usaha keras para guru dalam merancang pembelajaran, mencipta keseoronokan belajar dan melakukan latih tubi
bergambar untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping menjaga setiap murid. Kepada semua guru di luar sana, terus memberi inspirasi dan motivasi kepada anak bangsa
terutamanya ketika lockdown ini, pasti ia bukan tugas mudah.

Saya suka menggunakan pendedahan mengajar anak-anak ini dengan memotivasikan mereka untuk rajin membaca dan gigih berusaha. Saya terangkan kepada mereka bahawa lagi banyak anda berusaha dan belajar bersungguh-sungguh, lagi banyak ganjaran yang akan diperoleh. Anak-anak ini menganggap guru mereka sebagai salah seorang insan penting dalam hidup mereka, dengar cakap mereka sebab motivasi guru inilah yang bakal memberi perubahan besar dalam hidup anda.

IKLAN
Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
YAM Tengku Zatashah di samping ibunda tersayang

Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Penglibatan YAM Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada sahaja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, kurang berkemampuan dan warga emas pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah pelindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.

IKLAN

Sebelum ini beliau pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life. Moga usaha murni Tengku Zatashah melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Puteri Berjiwa Penyayang, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19 YAM Tengku Zatashah turut menghadkan pergerakan dan hanya duduk di rumah. Selain menghabiskan masa dengan bahan bacaan kegemaran, beliau juga mengambil peluang ini untuk memasak. Berbeza daripada Ramadan tahun lalu, YAM Tengku Zatashah akan pergi mengunjungi bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka sambil membawa bersama mangkuk tingkat atau tiffin.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI