Sekalung tahniah buat isteri kepada Rahim Sepahtu yang selesai menamatkan pengajian baru-baru ini. Perkongsian pelawak dan penyampai radio popular itu mengenai khabar gembira suri hatinya iaitu Kolin Abdullah genggam Sarjana meraih perhatian warga maya. Sekaligus menyuntik inspirasi masyarakat.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Rahim kelihatan teruja menemani Kolin atau nama sebenarnya Norazlin Abdullah menghadiri Istiadat Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-33 pada 18 Mei lepas.
Rahim yang segak berkemeja putih dilihat membantu isteri tercinta mengenakan jubah konvokesyen dan merakam momen istimewa Kolin sepanjang sesi berlangsung. Jelas terserlah perasaan bangga dan gembira selebriti ini.
Lebih-lebih lagi apabila menyaksikan kejayaan isterinya, Kolin Abdullah genggam sarjana dan menerima skrol pengajian di atas pentas.
Ads
Kongsi Rahim, “Cinta dan keajaiban mempunyai persamaan yang besar. Kedua-duanya memperkayakan jiwa dan mencerahkan hati. Tahniah sayang.”
Pada istiadat tersebut, seramai 2,253 graduan daripada 128 program pengajian diraikan dan Kolin menjadi salah seorang daripada penerima Sarjana.
Pencapaian figura ini nyata mencetus rasa inspirasi dalam kalangan wanita. Apatah lagi, Kolin sebelum ini pernah mendedahkan sisi kehidupannya yang sukar selepas Rahim menzahirkan hasrat untuk bernikah lagi sekitar tahun 2015.
Ads
Dalam tempoh itu, Kolin mengurung dirinya di dalam bilik selama dua minggu dan kembali bangkit bersemangat atas sokongan ibu tersayang.
Berdamai dengan takdir, Kolin turut memuji sikap suami yang tidak mengabaikan dirinya selepas hidup bermadu dan sering memainkan peranan sebagai seorang suami yang baik.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jutawan terkenal yang juga pengasas Facebook dan CEO Meta Platforms, Mark Zuckerberg tak sekadar humble bahkan seorang yang suka bersederhana.
Bukan itu sahaja, di laman Instagramnya Mark Zuckerberg sering memuat naik gambar aktiviti-aktiviti hariannya.
Antara yang sering menjadi sorotan ialah gambar bersama isteri dan anak-anak tersayang. Ternyata, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan ini seorang penyayang dan family man.
Berikut 5 info menarik berserta gambar Mark Zuckerberg bersama isteri tercinta, Priscilla Chan.
Pertemuan Pertama Di Universiti Harvard
Memetik laporan People, pertemuan pertama mereka ialah pada 2003 dan ada kisah unik di sebalik kisah cinta mereka.
Mark dan Priscilla dikatakan bertemu di sebuah parti di Harvard. Ketika itu, Mark merupakan pelajar tahun kedua manakala Priscilla adalah pelajar baru. Mereka berkahwin secara rasmi pada 2012.
Bercuti Bersama
Di laman Instagram, masing-masing sering berkongsi gambar momen-momen percutian bersama.
Salah satunya, gambar Mark dan Priscilla menikmati musim sejuk berdua. Gambar dengan senyuman mereka berdua ini menunjukkan betapa bahagianya mereka.
Mark Rajin Memuji Isteri
Lelaki berusia 37 tahun ini tak pernah berselindung untuk melontarkan kata-kata pujian terhadap isterinya di media sosial.
Mark jua sering meluahkan betapa gembiranya dia memiliki Priscilla dalam hidupnya.
Membawa Priscilla ke Acara Penting
Mark sentiasa membawa isteri tercintanya ke mesyuarat penting. Seperti dalam gambar ini, terserlah kegembiraan Mark dan Priscilla ketika menghadiri sebuah acara.
Mark kacak dalam sut hitamnya, manakala Priscilla anggun dalam gaun hitamnya.
Penuhkan Instagram Dengan Gambar Isteri & Anak
Hasil perkongsian hidup, Mark dan Priscilla dikurniakan tiga anak iaitu Maxima Zuckerberg, August Chan Zuckerberg dan Aurelia Chan Zuckerberg.
Untuk info, Priscilla yang berketurunan Amerika-China merupakan bekas doktor pediatrik. Graduan perubatan dari University of California ini kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Chan Zuckerberg Initiative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
PRU14 sudah berlangsung selama empat hari. Namun, bahang pilihan raya masih terasa dan pengalaman pilihan raya tahun ini amat berbeza berbanding dengan tahun-tahun yang lain buat wanita ini. Dr. Haliza Zurah Zulkefeli, di antara ratusan rakyat Malaysia yang turut tidak mahu ketinggalan menyaksikan detik bersejarah, Upacara Istiadat Angkat Sumpah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dengan mata sendiri.
“Semangat berkobar-kobar dalam diri telah membuat saya secara spontan menghalakan stereng kereta ke Istana Negara sebaik sahaja selepas habis waktu kerja. Saya pergi seorang diri tanpa di temani oleh kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Memang lone ranger dan buat kawan dengan orang yang ada di situ dan tumpang streaming live mereka. Masa tu semua bersatu padu dan semua satu bangsa, Malaysia. Aura dia memang serius luar biasa.
Keputusan spontan saya untuk hadir ke Istana Negara semasa Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Untuk julung-julung kali setelah sekian lama saya dikelilingi oleh rakyat bersemangat patriotisme dan menunjukkan cinta kepada negara. Perasaan yang telah lama pudar kini mekar kembali dengan pelantikan Tun.
Sewaktu Tun mengangkat sumpah, kami menonton secara streaming melalui telefon bimbit dan pada masa yang sama kami menyanyikan lagu Negara ku bagi mengiringi Tun yang sedang berikrar untuk terus berbakti. Lagu Negara ku terasa begitu berbeza pada ketika itu kerana setiap yang hadir menghayati bait-bait lirik lagu. Laungan semangat yang melambangkan patriotisme disahut tanpa lelah oleh setiap yang hadir.
Secara peribadi, saya berbangga dengan pelantikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM kerana kini jawatan kedua tertinggi negara disandang oleh seorang wanita yang berkaliber. Telah lama saya memasang angan-angan tersebut. Dengan ini saya berharap, lebih ramai wanita akan berkecimpung dalam dunia politik dan seterusnya meningkatkan lagi taraf wanita dalam masyarakat kita,” tutur Dr. Haliza penuh semangat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata berkahwin pada usia muda tak menjamin masa depan. Kalau dipandang dari sudut positif, pasangan dapat merancang masa depan keluarga lebih awal seterusnya menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan matang.
YM Tengku Norhanim Tengku Othman dan suami, Faiz Hussamuddin berjaya membuktikan berkahwin pada usia muda banyak hikmahnya. Apa yang penting masing-masing perlu saling menghormati dan sabar dalam melayari bahtera rumantangga.
“Saya dan suami kenal dalam masa yang singkat. Kami berkahwin pada tahun 2012. Waktu itu saya masih menuntut di universiti dan suami pula baru tamat pengajian Diploma. Selepas berkahwin bermulah fasa mengenali hati budi masing-masing. Bergaduh dan salah faham perkara biasa dalam proses mengenali.
Maklumlah semasa bercinta lain, selepas berkahwin lain pula kisahnya. Tetapi kami cuba elak bermasam muka lebih daripada satu hari. Alhamdulillah walaupun kahwin muda, perkahwinan kami masih bertahan dan bahagia. Tahun ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan kami,” kongsi Tengku Hanim.
Tak dinafikan kahwin muda banyak dugaannya. Masing-masing ada ego tetapi suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ketenangan itulah yang menyejukkan jiwa saya. Kalau saya ada buat silap suamilah teman paling rapat. Saya seorang yang mudah menerima teguran positif. Saya juga tak pernah menyesal atau merungut dengan kehidupan kami kerana masing-masing saling melengkapi.
Selain bertolak ansur kami juga saling mempercayai dan jujur dalam perhubungan. Itulah salah satu rahsia kebahagiaan rumahtangga kami. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah berbincang secara berhemah,” ungkap anak jati Kelantan berusia 30 tahun ini yang merupakan ibu 2 anak.
SUAMI PENYAYANG & SUKA BERGURAU
“Walaupun cerewet, suami seorang yang sangat penyayang. Sikap suami yang suka berjenaka dan bergurau senda menjadi ‘penambah rasa’ dalam rumahtangga kami. Bagi saya untuk kekal bahagia, seorang suami perlu tahu apa kekuatan dalam rumahtangga.
Selain itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat faham dengan kesibukan saya sebagai usahawan. Contohnya kalau saya tak sempat memasak, suami tak pernah memaksa. Sebaliknya, suami menyediakan pembantu rumah bagi meringankan beban saya.
PENTINGKAN DIDIKAN ANAK-ANAK
Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.
“Saya dan suami sangat mementingkan pendidikan anak-anak sejak mereka kecil. Contohnya, ketika Adelea berusia 4 tahun kami hantar ke playschool. Setelah usianya 5 tahun kami dedahkan Adelea lebih kepada pendidikan. Kami juga tak akan memaksa anak-anak untuk bergelar usahawan suatu hari nanti. Terserah kepada minat mereka. Namun, saya dan suami sentiasa memberi bimbingan agar mereka menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Saya mengambil inspirasi bagaimana cara ibu saya dan ibu mertua mendidik anak. Keluarga saya sendiri lebih menitikberatkan soal agama. Latar belakang agama sangat kuat kerana ibu saya seorang Ustazah. Maka dalam mendidik ibu menitikberatkan soal agama.”
BISNES
Tengku Hanim atau nama sebenarnya, Tengku Norhanim Tengku Othman cukup bertuah kerana dalam usia muda sudah pun memiliki sebuah keluarga yang bahagia di samping bisnes sendiri iaitu NIMS Crispy Choco Tub yang kian mendapat sambutan hangat di pasaran.
“Bisnes ini nadi kepada kesungguhan saya dan suami sejak beberapa tahun lalu. Secara tak langsung, masa bersama anak-anak pun dapat dirancang dengan baik. Kami kejar betul-betul peluang yang ada di depan mata selain bekerja keras agar dapat berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan. Contohnya, memberi peluang menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Alhamdulillah produk kami menjadi sumber rezeki buat mereka yang mahu mengubah nasib diri dan keluarga kepada lebih baik,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya. Tengku Hanim dan suami menjadikan ibu bapa mereka sebagai sumber inspirasi serta idola sebenar untuk sukses dalam perniagaan. Bagi Tengku Hanim tanpa keluarga pasti mereka tidak akan ke mana.
Kredit: Instagram Tengku Norhanim Tengku Othman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.