Siapa kata berkahwin pada usia muda tak menjamin masa depan. Kalau dipandang dari sudut positif, pasangan dapat merancang masa depan keluarga lebih awal seterusnya menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan matang.
YM Tengku Norhanim Tengku Othman dan suami, Faiz Hussamuddin berjaya membuktikan berkahwin pada usia muda banyak hikmahnya. Apa yang penting masing-masing perlu saling menghormati dan sabar dalam melayari bahtera rumantangga.
“Saya dan suami kenal dalam masa yang singkat. Kami berkahwin pada tahun 2012. Waktu itu saya masih menuntut di universiti dan suami pula baru tamat pengajian Diploma. Selepas berkahwin bermulah fasa mengenali hati budi masing-masing. Bergaduh dan salah faham perkara biasa dalam proses mengenali.
Maklumlah semasa bercinta lain, selepas berkahwin lain pula kisahnya. Tetapi kami cuba elak bermasam muka lebih daripada satu hari. Alhamdulillah walaupun kahwin muda, perkahwinan kami masih bertahan dan bahagia. Tahun ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan kami,” kongsi Tengku Hanim.
Tak dinafikan kahwin muda banyak dugaannya. Masing-masing ada ego tetapi suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ketenangan itulah yang menyejukkan jiwa saya. Kalau saya ada buat silap suamilah teman paling rapat. Saya seorang yang mudah menerima teguran positif. Saya juga tak pernah menyesal atau merungut dengan kehidupan kami kerana masing-masing saling melengkapi.
Ads
Selain bertolak ansur kami juga saling mempercayai dan jujur dalam perhubungan. Itulah salah satu rahsia kebahagiaan rumahtangga kami. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah berbincang secara berhemah,” ungkap anak jati Kelantan berusia 30 tahun ini yang merupakan ibu 2 anak.
SUAMI PENYAYANG & SUKA BERGURAU
“Walaupun cerewet, suami seorang yang sangat penyayang. Sikap suami yang suka berjenaka dan bergurau senda menjadi ‘penambah rasa’ dalam rumahtangga kami. Bagi saya untuk kekal bahagia, seorang suami perlu tahu apa kekuatan dalam rumahtangga.
Selain itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat faham dengan kesibukan saya sebagai usahawan. Contohnya kalau saya tak sempat memasak, suami tak pernah memaksa. Sebaliknya, suami menyediakan pembantu rumah bagi meringankan beban saya.
Ads
PENTINGKAN DIDIKAN ANAK-ANAK
Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.
“Saya dan suami sangat mementingkan pendidikan anak-anak sejak mereka kecil. Contohnya, ketika Adelea berusia 4 tahun kami hantar ke playschool. Setelah usianya 5 tahun kami dedahkan Adelea lebih kepada pendidikan. Kami juga tak akan memaksa anak-anak untuk bergelar usahawan suatu hari nanti. Terserah kepada minat mereka. Namun, saya dan suami sentiasa memberi bimbingan agar mereka menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.
Saya mengambil inspirasi bagaimana cara ibu saya dan ibu mertua mendidik anak. Keluarga saya sendiri lebih menitikberatkan soal agama. Latar belakang agama sangat kuat kerana ibu saya seorang Ustazah. Maka dalam mendidik ibu menitikberatkan soal agama.”
Ads
BISNES
Tengku Hanim atau nama sebenarnya, Tengku Norhanim Tengku Othman cukup bertuah kerana dalam usia muda sudah pun memiliki sebuah keluarga yang bahagia di samping bisnes sendiri iaitu NIMS Crispy Choco Tub yang kian mendapat sambutan hangat di pasaran.
“Bisnes ini nadi kepada kesungguhan saya dan suami sejak beberapa tahun lalu. Secara tak langsung, masa bersama anak-anak pun dapat dirancang dengan baik. Kami kejar betul-betul peluang yang ada di depan mata selain bekerja keras agar dapat berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan. Contohnya, memberi peluang menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.
Alhamdulillah produk kami menjadi sumber rezeki buat mereka yang mahu mengubah nasib diri dan keluarga kepada lebih baik,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya. Tengku Hanim dan suami menjadikan ibu bapa mereka sebagai sumber inspirasi serta idola sebenar untuk sukses dalam perniagaan. Bagi Tengku Hanim tanpa keluarga pasti mereka tidak akan ke mana.
Kredit: Instagram Tengku Norhanim Tengku Othman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum, pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina, yang pernah popular menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an telah setahun lebih memeluk agama Islam pada 26 September 2023 sebaik bergelar isteri kepada pelakon veteran, Sabri Yunus.
Lebih menarik lagi, Ardini Angeline Tan merupakan nama Islam yang dipilih oleh Sabri sendiri khusus buat isteri tercinta apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.
Angeline Lebih Mudah Jelaskan Kewajipan Tutup Aurat Kepada ‘Non-Muslim’
Ketika diminta mengulas tentang bagaimana Angeline menangani persoalan ‘non-muslim’ tentang aurat wanita islam, beliau menjelaskan bahawa dirinya mempunyai pendekatan lebih mudah untuk menjelaskan tentang kewajipan menutup aurat kepada mereka.
“Islam bukan sahaja panduan hidup tetapi ia juga menjaga dan mengajar para wanita untuk menjadi lebih kemas, bersih dan berketerampilan.
“Untuk orang lain yang mungkin tak faham keperluan memakai tudung, saya ceritakan pada mereka begini,
“Dengan orang bukan Islam, apabila bercakap mengenai tutup aurat, mereka kurang faham kerana saya dahulu pun begitu. Saya sangat faham apa yang mereka fikir.
“Saya katakan kepada mereka, sekarang saya rasa lebih kemas, kalau dulu kena fikir soal rambut tapi sekarang pakai tudung semua jadi. Bukankah ini satu fesyen yang cantik?” katanya.
Baju Lengan Panjang Bagus Untuk Lindungi Kulit Wanita
Dalam masa yang sama, isteri aktor dan pengarah Sabri Yunus itu juga turut memberikan pemahaman mudah tentang mereka mengenai pemakaian menutup aurat.
“Ada pula yang tanya, ‘sekarang sudah kena pakai baju berlengan panjang?’
“Saya kata padanya, pakaian berlengan panjang sangat bagus sebab akan melindungi kulit wanita,” katanya.
Aktres berusia 56 tahun itu turut menasihati para muslimah agar menutup aurat mereka dengan baik.
“Wanita Sangat Berharga Kerana Itu Islam Menjaga Wanita” – Ardini
Malah, beliau turut memberikan analogi wanita umpama coklat mewah dalam bungkusan eksklusif.
“Coklat yang mahal lagilah kena balut dengan cantik.
“Dalam Islam wanita sangat berharga dan kerana itu Islam sangat menjaga wanita.
“Jadi, jagalah dirimu baik-baik dan tutuplah aurat kamu,” katanya.
NONA mendoakan agar Ardini Angeline Tan dipermudahkan segala urusan untuk mendalami agama Islam, seterusnya kekal istiqamah dalam pemakaian hijhab hingga akhirnya mampu menutup aurat dengan sempurna, memenuhi keperluan syariah dan memberi manfaat kepada orang lain!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sekali imbas sepertikan tidak percaya usia wanita ini sudah memasuki 56 tahun. Berkat minatnya dalam sukan bolasepak dan dilantik pula sebagai Pengerusi pasukan kebangsaan Thailand, penampilan Nualphan Lamsam atau ‘Madame Pang’ terlihat sungguh awet muda. Namun di sebalik kecantikan itu, siapa sangka beliau adalah usahawan berjaya dan digelar Crazy Rich Thai!
Tuah anak emas dan dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Nualphan Lamsam adalah keturunan generasi kelima keluarga Lamsam Thai-Cina yang mengasaskan Bank Kasikorn.
Dengan nilai aset terkumpul keluarga mencecah AS$100 bilion, wanita ini juga merupakan pemimpin disegani dalam dunia insurans.
Wajah sosialit berusia 56 tahun ini cukup terkenal di Negara Gajah Putih. Wanita lulusan Sarjana Muda Pemasaran Universiti Chulalongkorn dan Sarjana Pengurusan Universiti Boston Amerika Syarikat itu merupakan ibu kepada seorang anak perempuan bernama Nuanwan Phanchet.
USAHAWAN
Selain bekerja meluaskan empayar Muang Thai Insurance PCL sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madame Pang juga menerajui Port Football Club, pasukan bolasepak kebangsaan Thai sebagai Pengerusi.
Madame Pang memulakan kerjayanya sebagai pengasas Saint Honorè iaitu pengedar sah jenama Hermès di Thailand. Tidak lama kemudian, beliau terus mengembangkan koleksi beg dan pakaian mewahnya sendiri dari pelbagai himpunan maison Perancis.
Menurut Prestige, Madame Pang melihat Hermès lebih daripada sekadar objek fesyen. Baginya, jenama yang sinonim dengan rona oren dan kereta kuda itu adalah karya seni yang sebenar.
“Saya suka membeli-belah dan membelanjakan banyak wang untuk membelinya.
Ambil Birkin, sebagai contoh – ia mengambil masa tidak kurang daripada 16 jam untuk dihasilkan.” Madame Pang
Madame Pang juga menyenangi barangan kemas. Beliau sering tampil dengan barangan kemas yang indah dan tepat di setiap acara yang dihadiri.
Graduan Universiti Boston itu juga gemar menghabiskan masa mengunjungi bandar Chiang Mai untuk menjamu selera. Kata Madame Pang kepada Prestige, beliau adalah seorang penggemar makanan panas, masam dan pedas.
“Saya suka berjalan-jalan mencari tempat makan yang lazat. Antara makanan kesukaan saya adalah Isaan, larb (salad daging yang dipotong dadu pedas dengan sayur-sayuran) atau somtam (salad betik hijau).”
PENGERUSI PASUKAN BOLASEPAK
Sering dilihat mengenakan persalinan Hermès daripada seluar jeans kepada gaun mewah, Madame Pang juga dikenali sebagai seorang dermawan.
Antara kerja kebajikan yang sering menjadi sebutan adalah ketika Madame Pang menerbitkan buku autobiografinya pada tahun 2017. Menurut The Nation, beberapa peratus daripada hasil jualan buku itu telah disalurkan kepada Yayasan Orang Buta di Thailand.
Malahan ketika bergelar pengurus besar pasukan bola sepak kebangsaan wanita Thailand dahulu, Madame Pang berbesar hati menghadiahkan pelbagai hadiah lumayan kepada para pemain, antaranya jam tangan Rolex, iPhone dan beg berjenama. Seronoknya!
Foto: Instagram @panglamsam
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, posting Instagram cef selebriti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sering berkisarkan perkembangan ibunya, Noraini Abdullah atau Cik Ani yang semakin uzur akibat beberapa penyakit termasuklah Alzheimer, dimentia dan kanser.
Good morning after feeding my mom her breakfast is time for a slow walk about 2 to 3 times even in the house in the day so that it help her blood circulation and muscle from being stiff.
Off course she not happy we have her do all this excercise and abit of persuading too.
U can see by her unhappy pissed off face but we need to still encourage her to walk.
Some children just leave their parent to sit infront of the TV or lie down on the bed all day and that is not going to help as their leg will become swollen as their no blood flowing after a while.
I tell u caring for a 90 year old dimentia person is never easy.
Worst with Alzheimer diseases and cancer on top of that.
Their brain that normally function to tell them to pick up even simple thing like the spoon to feed themselves they cannot do that as in my mother case now.
At time she just stared at the plate and do nothing.
That because the brain that sent the signal to pick the spoon and eat is no longer functioning anymore.
All her personal toilet job has to be done by us both.
She no longer know what to do.
Even nak ikat kain sendiri pun dia tak tahu.
These are all the advance stage of dimentia and Alzheimer that made us all suffering totally useless and having to depend on others assistants.
My mom is right now at these stage..
Eventually she might not even recognised any of us by then.
Thank god despite all this that is happening to her life she is not in what so ever pain.
By i have several strong pain killer that the Dr has given to me to help her manage her pain.
So belum lagi.
I told some of my sister and bro about her condition that they should spent some quality time with her.
As always masing2 pun start pointing fingers that so and so should also be asked to jaga mother.
Mcm2 excuse…..its always the same simblings.
I am like….suka hati kau orang la.
Bila time emak punya birthday party berduyun duyun yang sampai.
Bila time mcm ini baik emak bapak atau anak2 mereka tak kan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu?
Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata.
This happened in so many other families.
Some even worst!
They need to WAKE UP!
Melalui posting di Instagram, Chef Wan memaklumkan keadaan ibunya semakin memburuk sehingga ke tahap tidak mampu untuk menyuap makanannya sendiri. Malah urusan ke tandas juga perlu dibantu oleh dia dan pembantunya.
“Dalam kes ibu saya sekarang, dia sudah tidak mampu menyuap makanannya sendiri. Dia hanya merenung pinggan dantidak buat apa-apa. Itu kerana otaknya yang memberi isyarat untuk memilih sudu dan makan sudah tidak berfungsi lagi.”
Tambah Chef Wan lagi, ibu tersayang sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri termasuklah hendak mengikat kainnya sendiri. Namun begitu, sebagai anak, Chef Wan sentiasa berada di sisi ibu tersayang dan sering berkongsi perkembangan ibu tersayang di laman Instagram miliknya. Malah Chef Wan berkongsi video ibu tersayang melakukan senaman ringan di halaman rumahnya sambil dibantu oleh jururawat peribadinya.
Tambah Chef Wan lagi, penghidap Alzheimer sememangnya terpaksa bergantung dengan orang lain kerana mereka tidak mampu untuk mengruuskan diri sendiri.
Untuk rekod, antara personaliti atau pemimpin negara yang turut berhadapan dengan penyakit Alzheimer termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Team NONA mendoakan semoga urusan Chef Wan menjaga ibu tersayang dipermudahkan. Sesungguhnya besar pahala anak yang menjaga ibubapa mereka. Syukur kerana di beri peluang merasai nikmat menjaga ibu bapa selagi mereka masih ada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebahagiaan seorang ibu ialah apabila dia melihat kejayaan anak tersayang. Seperti kaum ibu lain, Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had juga tidak terkecuali...