“Sebenarnya saya dah menjaga kesihatan sejak muda lagi, usia remaja saya dah amalkan makan jamu.
“Memang dah ikut mak makan jamu tapi biasalah masa tu muda lagi kan, makan malam pun badan tak pernah naik. Metabolisma badan pun tengah tinggi,” ujarnya.
Berhenti Minum Ais & Kurangkan Gula
Menurut Watie Sadali, dia mula lebih menjaga kesihatan selepas bersalin. Sejak itu, dia berhenti minum ais dan mengelak minuman manis.
“Saya memang dari dulu lagi tak suka minum manis. Amalan itulah yang mungkin menyelamatkan saya sekarang, bebas penyakit,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, pesanan arwah nenek banyak memberi kesedaran untuknya menjaga tubuh sejak muda.
“Saya ingat lagi arwah nenek kata, kau kena jaga sekarang kalau tidak nanti badan akan sakit-sakit.
“Kesannya tak akan nampak sekarang, bila dah berumur nanti mulalah sengal-sengal urat. Itu sebab masa muda kita kena jaga,” jelas Watie Sadali.
Selain menjaga pemakanan, Watie turut menasihatkan kaum wanita agar tidak terlalu stres.
Katanya, stres boleh menjadi punca kepada banyak penyakit termasuk kanser.
Ads
“Itu yang paling penting. Stres itulah yang akan jadi penyakit. Itulah juga punca kanser, kita kena mengawalnya,” katanya lagi.
Watie Sadali turut berkongsi tentang gaya pemakanannya.
“Apa yang saya makan, itulah yang suami dan anak saya makan. Di rumah saya cuma makan ikan dan sayur. Daging saya dah berhenti makan sejak bersalin dulu. Ayam pun makan kalau dah tiada pilihan.”
Bahagia Bersama Suami
Bergelar isteri kepada seorang pelawak memberi kelebihan buat Watie. Hidupnya sentiasa ceria dengan usikan serta jenaka yang pastinya mengeratkan lagi kebahagiaan suami isteri.
Ads
“Orang yang kenal saya akan selalu nampak saya gelak, dapat suami pula macam tu (ketawa)..secara tak langsung dapat hilangkan stres.
“Jadi, kita kena sentiasa happy dan selalu bersama dengan orang yang selalu menyenangkan kita.”
13 tahun mendirikan rumahtangga, Watie dan Joey jarang bergaduh. Ini kerana Joey bukan seorang yang tidak suka bergaduh berpanjangan.
Untuk info, mereka mendirikan rumahtangga pada 2012.
Kecilkan Circle
“Nasihat saya, jagalah kesihatan. Jangan stres-stres. Setiap orang diuji berlainan. Saya juga diuji tapi dengan cara yang berlainan.
“Sentiasa berdoa, kena kuat dan kita kecilkan circle. Kita lebihkan lagi dengan keluarga kita. Itulah yang membuatkan kita rasa bahagia.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.
Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.
KONGSIKAN SEDIKIT MENGENAI STAIL ANDA
Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.
BAGAIMANA ANDA MENJAGA PENAMPILAN AGAR TAMPAK STAILO & TRENDY?
Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.
SIAPAKAH IKON FESYEN PILIHAN ANDA?
Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.
KONGSIKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI TIP MEKAP DAN SOLEKAN
Bagi pendapat saya, mekap atau solekan perlu ditetapkan terlebih dahulu mengikut tempat atau majlis yang kita mahu pergi. Paling penting, perlu try & error produk tertentu untuk mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan kulit kita. Perkara ini penting kerana tidak semua produk-produk yang ada diluar sana sesuai dengan keadaan kulit kita. So it’s you who needs to figure out apa yang sesuai.
APAKAH TIP PENJAGAAN KULIT ANDA AGAR SENTIASA TAMPAK SIHAT & CANTIK?
Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zoe Saldana, superstar yang tidak asing lagi dalam arena seni lakonan Hollwood. Dari satu naskah ke satu naskah lakonannya mendapat tempat di hati peminat dengan pulangan yang cukup lumayan sehingga memecahkan rekod di carta filem Box Office, dan kini Zoe Saldana digelar Ratu Box Office. Bayangkan, Zoe mencipta sejarah box-office sebagai pelakon pertama membintangi empat filem yang mencatatkan kutipan lebih AS$2bil (RM8.56bil) di seluruh dunia.
Bulan lalu, filem Avatar: The Way Of Water yang dipasarkan oleh Disney dan 20th Century Studios berjaya mendapatkan kutipan AS$2bil menjadi ianya filem keempat dibintangi Zoe yang berjaya mencapai kutipan tersebut.
Empat filem Zoe dengan kutipan tertinggi ialah Avatar 2009 (AS$2.87 bilion), Avengers: Endgame 2019 (AS$2.8 bilion), Avengers: Infinity War 2018 (AS$2.05 bilion) dan Avatar Air: The Way of Water 2022 (AS$2bilion). Bertahun lamanya Saldana dilihat cuba membuktikan kemampuan dirinya sebagai salah seorang bintang filem moden yang paling prolifik di dunia, muncul dalam francais filem blockbuster termasuk Avatar, The Avengers, Guardians Of The Galaxy, Pirates Of The Caribbean dan Star Trek.
Apatah lagi perjalanan karierya bukan mudah memandangkan asal usulnya berkulit hitam, memberikan cabaran tertentu buat dirinya mencipta nama apatah lagi perlu bersaing dengan pelakon kulit putih.
Bintang Hollywood berusia 44 tahun itu bukan sahaja membuka pintu yang lebih luas untuk wanita berwarna kulit lain untuk mendapat tawaran di skrin besar tetapi Zoe juga berjaya menggunakan kemasyhuran dan pengaruhnya untuk menjadi advocate bagi hak DREAMers dan keluarga pendatang.
Sebagai aktivis yang aktif, Zoe juga banyak memperjuanlan tentang hak wanita, gaji yang sama, mempertahankan gerakan Time’s Up, dan kepentingan mengundi dalam pilihan raya 2020.
Di laman sosial Instagram, Zoe juga cukup lantang bercakap tentang ketidakadilan kaum dan layanan kejam terhadap pendatang di pusat tahanan sempadan, antara isu sosial yang lain. Beliau juga mengasaskan platform media BESE bagi mengukuhkn suara masyarakat yang telah diabaikan daripada wacana arus perdana, mempromosikan kepelbagaian dan keterangkuman.
Zoe dan suaminya.
Walau sudah popular dan kaya raya, Zoe Saldana ternyata lambang wanita yang kuat, lantang dan berpendirian.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri.
Dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 40 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.
Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.
Sembilan Bulan Tolak Nasi, Demi Badan Langsing!
Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri.
Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.
“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya.
Minum Air Putih Secukupnya Kembalikan Keremajaan Kulit!
Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.
Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram.
Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di SINI!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.