Payu dara yang cantik dan terletak sememangnya menjadi dambaan wanita.  Selepas proses melahirkan cahaya mata, pasti wanita akan berhadapan dengan masalah payu dara yang tidak anjal. Tambahan pula jika semakin meningkat usia, payu dara mula kelihatan kendur dan menggeleber.

IKLAN

Jika rahsia keindahan payu dara Marilyn Monroe dan Tyra Banks disebabkan rutin tidur mereka memakai coli, ia seolah-olah memberi gambaran gaya hidup memainkan peranan yang penting perlu diikuti demi mendapatkan payu dara yang terletak cantik.

Sudah tentu amalan tersebut diamalkan untuk memastikan payu dara tidak kendur, sekali gus membuatkan wanita sentiasa berkeyakinan dan bebas menggayakan apa saja pakaian tanpa dibayangi perasaan rendah diri.

Rahsia payu dara anjal dimiliki selebriti itu kemudiannya, menjadi ikutan dan dipraktikkan kebanyakan wanita kerana percaya ia mampu membuatkan payu dara mereka cantik.

IKLAN

Pun begitu,  apabila usia semakin meningkat dan telah pun beberapa kali melalui proses kelahiran dan menyusukan anak pasti akan berlaku perubahan-perubahan pada aset wanita tersebut. Jika tidak dijaga dengan baik, akan menyebabkan payu dara kelihatan tidak menarik lagi.

IKLAN

Jika anda tidak selesa untuk mengenakan coli semasa tidur seperti yang diamalkan oleh Marilyn Monroe mahupun Tyra Banks, petua tradisional boleh diguna pakai untuk mendapatkan payu dara yang anjal dan montok.

  • Banyakkan melakukan aktiviti riadah seperti berenang kerana aktiviti ini akan dapat melatih otot sekitar payudara.
  • Lakukan teknik urutan menggunakan minyak atau krim. Lakukan 10 minit setiap hari.
  • Tekap payu dara dengan daun sirih yang dilayurkan sedikit. Apabila daun sirih tersebut sejuk, ganti dengan yang baru. Lakukan berulang kali sehingga  5-6 helai sirih. Lakukan seminggu sekali atau jika ada banyak masa boleh lakukan setiap hari.
  • Lakukan senaman tangan, buatlah apa jua senaman yang akan menggerakkan bahagian bahu, lengan dan dada. Buat regangan dan pergerakan yang melibatkan bahagian atas, sekerap mungkin.
  • Amalkan pengambilan jamu atau suplemen tambahan.
  • Pakai pakaian dalam yang menyokong payu dara supaya sentiasa terletak kemas.
  • Duduk dalam posisi yang betul setiap masa supaya badan sentiasa menyokong bentuk payu dara dan mempengaruhi bentuk dan saiz. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI