Ramai wanita kadang-kadang ambil mudah perkara ini lebih-lebih lagi yang bertudung. Alasan mudah, pakai tudung boleh cover bau rambut yang dah dua hari tak cuci. Salah tu! Semakin dibiarkan rambut tidak dicuci, semakin berbau rambut anda. Silap haribulan, kulit kepala berkerak tebal. Jangan tunggu lama, jom amalkan petua ini.
Cuci rambut setiap hari!
Bagi wanita bertudung, anda perlu mencuci rambut setiap hari. Mungkin anda bimbang rambut menjadi kering dan kurang bermaya sehinggakan terus buat keputusan untuk membiarkan rambut terus berbau. Kan boleh gunakan perapi atau aloe vera untuk terus mengekalkan helaian rambut yang berkilau.
**media[177507]**
Tukar anak tudung lembap
Setiap kali mencuci pakaian, pastikan ia dijemur di bawah terik matahari. Sekiranya hujan, pastikan baju disidai di kawasan yang kering. Begitu juga apabila hendak menyarungkan anak tudung. Pastikan ia betul-betul kering untuk mengelakkan bau masam mengekori anda sepanjang masa.
Ads
**media[177503]**
Tak perlu sembur minyak wangi
Sudahlah rambut tidak bercuci, kononnya semburan minyak wangi mampu menyembunyikan bau rambut. Itu tindakan yang salah. Terdapat beberapa tempat yang sesuai anda semburkan minyak wangi; belakang telinga, leher dan pergelangan tangan. Semburan yang hanya tertumpu pada tudung akan menyebabkan bau hapak yang menarik lebih perhatian.
Ads
**media[177502]**
Gunakan tuala
Selepas mencuci rambut, gunakan tuala mandi untuk mengeringkannya. Ulangi sehingga rambut betul-betul kering. Bagi anda yang ingin menjimatkan masa, gunakan pengering rambut sebelum mula menyarungkan tudung.
Ads
**media[177505]**
Kawal stres
Mengapa? Stres boleh menyebabkan seseorang cepat berpeluh. Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Kalau masih berpeluh, rajin-rajinlah mencuci rambut. Pilih syampu dan perapi yang sesuai dengan kulit kepala anda.
**media[177504]**
Tip ringkas untuk anda…
Biarkan rambut anda ‘menikmati’ udara dingin. Paling mudah, penghawa dingin atau kipas. Biarkan kutikel rambut terbuka untk membebaskan bau hapak.
Gunakan syampu kering dan taburkan pada rambut. Selain menjimatkan masa kerana ia tidak perlu dibilas, syampu kering juga mudah di bawa ke mana-mana.
Untuk anda yang bertudung, bawa extra anak tudung atau selendang. Andai tiba-tiba anda berpeluh atau terasa kepala mula berbau, cari tandas dan tukar tudung lain. Paling penting, pastikan tudung extra tidak perlu digosok ya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya hidup serba moden dan pantas memerlukan penghuni domestik bergerak sistematik, praktikal dan selamat. Pilih kelengkapan yang praktikal mengikut gaya hidup bagi memastikan ia sesuai dan selesa mengikut konteks penggunaan harian.
Mencipta dapur yang indah memainkan peranan penting menaikkan semangat yang positif dan keselesaan. Begitu juga kekemasan dapur dapat memupuk keceriaan penghuni kediaman. Pastikan kerja-kerja di dapur dipermudah dengan penggunaan inovasi teknologi gajet dapur terkini.
Hiasi permukaan di ruang dapur dengan magis penulen air yang menampilkan kualiti gaya hidup premium menerusi JIKSOO Hyper Rose Gold edition. Muncul sebagai elemen hiasan kediaman yang elegan, penulen air ini hadir dengan edisi terbaharu menampilkan warna vibrant, rose gold penuh pesona.
INOVASI
JIKSOO satu-satunya penulen air menggunakan inovasi teknologi terbaharu pertama seumpamanya yang membolehkan air diminum tanpa bertakung di mana-mana tangki.
Keadaaan gelap, suhu lembap dan kehadiran ruang udara dalam tangki air hanya akan menjadi kolam pembiakan bakteria dan alga. Sumber air bertakung juga akan menyebabkan air minuman tidak bersih dan mewujudkan bahan tercemar sehingga boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Teknologi tanpa tangki JIKSOO dicipta dengan sistem penapisan teknologi Nano. Sistem penapisan Nano ini berupaya menapis virus, alga, mikroorganisma dan logam berat sementara hanya membenarkan mineral penting sahaja. Ini bermakna hanya air tulen, bersih dan penuh mineral dihasilkan menerusi penulen air ini.
Hidup lebih berkualiti dan mudah dengan adanya JIKSOO Hyper Rose Gold edition tanpa tangki air dan menjadikannya bebas pencemaran.
Menggunakan paip 304 keluli tahan karat pada setiap saluran yang tiada tandingan belum ada saluran air sepertinya. Malah, menggunakan besi tahan karat sebagai bahan utama untuk saluran di dalam penulen air terutama ketika menyalurkan air panas.
SOFISTIKATED
Reka bentuknya yang sofistikated lagi minimalis berpadanan dengan ruang kehidupan bandar yang serba pantas juga diilhamkan bagi memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan.
Menyedari kepentingan minum air yang bersih dan segar, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic mengilhamkan penulen air dengan rekaan terbaharu dan minimalis serta kompak.
Menampilkan fungsi lebih mudah dan praktikal juga mesra pengguna sesuai untuk ruang kecil di dapur. Malah dapat menyalurkan kualiti air yang terbaik serta kaya mineral untuk seisi keluarga terutama si manja yang masih menyusu.
Miliki air bersih, tulen dan bermineral bak dari pergunungan;
Penjimatan
Menerusi JIKSOO teknologi, penulen air ini dapat menjimatkan elektrik kerana menggunakan jumlah elektrik yang rendah tidak melebihi 530Wh setiap hari. Pengguna dapat menikmati penjimatan elektrik sehingga RM0.12 setiap hari dan hanya RM3.73 setiap bulan dalam setiap bil elektrik.
Lebih istimewa, teknologi tanpa tangki ini juga mampu menjimatkan penggunaan air. Ini kerana penulen air tidak memerlukan jumlah air tambahan untuk disimpan dalam tangki.
Suhu Optimum
Hidup lebih mudah dan pantas kerana model ini menyediakan air tanpa tangki yang menapis air tanpa had untuk 7 jenis suhu air.
Isipadu Auto
Dilengkapi fungsi untuk memilih jumlah isipadu air yang diingini. Hanya dengan 1 butang isipadu air yang ditetapkan akan keluar dan berhenti secara auto. Butang pintar ini memberi kebebasan kepada pengguna memilih jumlah air 120ml, 550ml dan 1000ml hanya dengan satu sentuhan.
Ciri Keselamatan JIKSOO Hyper Rose Gold edition dilengkapi dengan ciri keselamatan Butang Mesra Kanak-kanak agar mereka dapat menggunakannya dengan selamat. Penulen air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik dan apabila diaktifkan hanya air bersuhu sejuk dan suhu persekitaran sahaja disediakan bagi mengelakkan kemalangan.
Pensterilan UV
Dilengkapi dengan pensterilan UV 99.9 peratus dan akan beroperasi setiap 2 jam bagi memastikan tiada pembiakan kuman dan bakteria pada penulen air.
Sebagai peneraju produk penulenan air tanpa tangki, SK magic komited memenuhi keperluan dan permintaan air bersih dengan harga yang berpatutan. Pengguna boleh memilih belian secara tunai atau sewa beli dengan harga pengenalan hanya RM125 sebulan.
SK magic menyediakan lebih banyak perkhidmatan selepas jualan yang efisen selain menawarkan produk berkualiti terbaik kepada semua pelanggan. Dengan rekaan eksklusif dan elegan, model penulen air JIKSOO Hyper berupaya memenuhi keperluan harian semudah ABC.
Adakah anda masih minum air daripada sumber penulenan yang tak sempurna atau menjerang air cerek? Sudah tiba masanya untuk katakan ‘Goodbye Old, Hello Rose Gold!’.
Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak kira apa jua yang berlaku sepanjang tahun lepas, Zara Zya nekad enggan menoleh kisah silam dan mahu membuka ‘buku’ baru. Meskipun baru beberapa hari melangkah ke era tahun baru namun selebriti cantik ini sudah pun merencana masa depan dan hala tujunya. Bergelar anak seni dan juga usahawan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berhasrat menjadikan tahun 2020 sebagai platform untuk melangkah lebih jauh dan berubah ke arah yang lebih baik.
Ditanya bagaimana dia mampu cepat ‘move on’ daripada insiden yang menimpa tahun lalu dan nampak tenang saat diuji, aktres berbakat besar ini lantas menyusun bicara. “Sebenarnya bukan dari tahun lepas saja. Saya memang macam ni… jenis yang suka berdiam diri dan hanya orang terdekat dengan saya saja tahu apa yang telah dan sedang saya lalui. Ada masanya pun, saya selesa tak beritahu sesiapa walaupun mereka rapat dengan saya.
Pendek kata, saya seorang very secretive. Saya tak suka berkongsi hal-hal peribadi dengan sesiapa saja. Tambahan pula, sebagai seorang public figure saya kena tunjuk diri saya kuat dan positif sebab kalau saya tunjukkan kelemahan dekat orang di luar sana termasuk peminat, itu lagi akan melemahkan diri saya.
Jadi untuk tahun 2020, saya mahu lebih berjaya, lebih gembira, lebih kuat dan lebih bersemangat! Target buat masa ini saya nak fokus dengan diri sendiri dan kerja dulu,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin 2019 ini.
Bijak membahagikan masa di antara kerjaya seni dan perniagaan, Zara yang juga usahawan kecantikan khabarnya turut merancang membuka kiosk makanan tidak lama lagi. Kongsinya, “Sebelum ini pernah ada kedai makan tapi kakak yang sepatutnya jaga kedai tersebut kena pindah pula. Terpaksalah tutup. Ikutkan hati memang teringin hendak ada kedai makan sendiri tapi memikirkan jadual lakonan yang dah padat tahun depan mungkin saya akan buka kiosk saja.
Yang penting, saya takkan berhenti berniaga sebab itu minat saya sejak kecil lagi. Mengenai lakonan pula, saya dah habis shooting drama Seadanya Aku yang mula ditayangkan pada 18 Januari lepas.”
Dilabel seorang selebriti yang suka menghabiskan masa di dapur, Zara mengakui minatnya dalam bidang memasak terutama jika ada waktu terluang. “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak. Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Walau gemar berada di dapur dan memasak namun Zara akan pastikan bau pakaiannya segar sepanjang hari. Rahsianya, dia menggunakan TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi yang memiliki keharuman semula jadi.
“Kalau baju yang dicuci dengan TOP Plush letak dalam almari, tak berbau kepam. Sibuk mana pun, saya tetap basuh baju. Yang penting kalau ada TOP Plush buat laundry senang dan jimat masa. Baju yang dah lama pakai pun tetap bau wangi sebab keharumannya sehingga 100 hari.”
TOP Plush diformulasikan dengan teknologi cucian termaju dari Jepun iaitu FibreTech yang melembutkan tekstur baju selembut sutera dan Scent Micropod meninggalkan keharuman yang menyenangkan dalam baju supaya baju anda sentiasa segar sepanjang hari. Malah, TOP Plush tiga kali lebih pekat berbanding pelembut fabrik biasa.
Satu penutup penuh sudah cukup untuk anda menikmati kelembutan dan haruman bagi setiap cucian biasa. Ia didatangkan dalam lima haruman menarik menerusi variasi warna berbeza iaitu Spring Blush, Morning Breeze, Scarlet Passion, Glamourous Magnolia dan Soothing Care.
Percaya pakaian yang bersih dan harum mampu membangkitkan aura positif dalam kehidupan, Zara dalam nada teruja berkata dia menjadikan kekuatan diri sendiri sebagai sumber inspirasi untuk terus berjaya pada masa hadapan.
Kata orang, memasak itu terapi untuk meredakan tekanan. Nampaknya, kenyataan tersebut turut diakui oleh Zara Zya yang sememangnya menjadikan aktiviti memasak sebagai terapi buat dirinya untuk berehat di rumah sekiranya tidak terikat dengan jadual penggambaran. Menerjah instagram miliknya, ternyata @zarazya sememangnya pakar memasak & gemar berkongsi pelbagai menu masakannya bersama pengikut instagramnya.Dalam sibuk memasak, soal keharuman pakaian yang dikenakan turut menjadi fokus utama Zara apatah lagi dalam mengekalkan haruman fabrik selepas memasak di dapur. Zara bijak memilih pewangi fabrik yang mengekalkan haruman sehingga 100 hari! Haruman Top Plush menjadi sebahagian gaya hidup Zara!#nonatopplush#sayidotoplush#100daysfreshness#topplush#majalahnona
“Sumber inspirasi saya dalam kehidupan dan kerjaya ialah diri saya sendiri sebab saya rasa kalau kita percaya dengan diri, percaya kemampuan diri sendiri itu adalah lebih baik daripada meletakkan harapan kepada orang lain. Tak perlu ikut atau jadi orang lain dan berbanggalah jadi diri sendiri.
Bagi saya, dalam apa juga keadaan keluarga adalah keutamaan. Selain meletakkan diri saya sebagai inspirasi, saya juga selesa menjadikan keluarga sebagai idola kerana mereka yang sentiasa beri kata-kata semangat, nasihat dan sokongan kepada saya,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.