Orang perempuan kalau bahagia memang jelas terpancar pada raut wajah! Barangkali kerana perasaan bahagia itulah Datin Sharifah Ladyana kelihatan makin berseri-seri. Hampir sembilan tahun bergelar suri hati Datuk Awie, ibu berusia 36 tahun ini dikurniakan dua orang anak lelaki comel.
Datin Ladyana Isteri Cantik Datuk Awie
Kian matang melayari alam rumah tangga, isteri vokalis kumpulan Wings berkenaan dilihat setia menyokong kerjaya seni suami tercinta.
Misalnya, ketika Konsert Awie Journey yang berlangsung pada Ogos 2024 Datin Ladyana hadir memberi sokongan bersama anak-anak.
Meskipun waktu itu kira-kira sebulan bersalin anak kedua, dia tetap datang sambil memeluk permata hati kedua yang juga anak ketujuh penyanyi popular ter iaitu Putra Ahmad Arjuna.
Ads
18 Januari lalu genap empat tahun usia anak lelaki sulungnya yang diberi nama Putra Ahmad Andeeka. Telatah dan wajah comel anak selebriti ini mencuri perhatian khususnya peminat setia Datuk Awie.
Kongsi Datin Ladyana di media sosial miliknya, “Happy birthday, kiddo! Mummy love you with my whole heart.”
Difahamkan isteri Datuk Awie ini pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ads
Layan Anak-Anak Macam Kawan Rapat!
Selain memiliki rupa paras menawan, sikap Datin Ladyana yang mesra melayan anak-anak tiri meraih pujian. Dia menganggap mereka seperti anak sendiri dan cuba menjadi kawan baik kepada mereka.
Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020 dan anak kedua pada Julai 2024.
Datuk Awie merupakan bapa kepada tujuh orang cahaya mata hasil tiga perkahwinan. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Arni Nazira, mereka mempunyai dua anak iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Perkahwinan dengan Rozana Misbun pula dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.
Seronok tengok keakraban mereka sekeluarga. Kehadiran tujuh orang anak ini pastinya menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga Datuk Awie dan isteri tercinta, Datin Sharifah Ladyana. Moga ikatan suci yang dibina kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang dulu-dulu sangat berpegang kuat dengan amalan kecantikan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Selain untuk menjaga kesihatan dalaman, mereka percaya khasiat yang terkandung dalam tumbuhan tersebut mampu menaikkan seri wajah. Memandangkan kos sara hidup masa kini yang kian meningkat, apa kata anda cuba praktikkan amalan tradisi berikut. Bukan saja menjimatkan wang, malah penyediaannya juga ringkas dan mudah.
1) Kelopak mawar menyerikan wajah
Kata orang, amalan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari akan menaikkan seri wajah yang berpanjangan. Untuk bakal mempelai, amalkan petua ini 44 hari sebelum menjelang hari bahagia. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih), diikuti lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.
2) Sirih menghindari cela
Ketika menghitung angka 30 hari menuju hari bahagia, ambil segenggam daun sirih yang besar saiznya dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilas dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Lebih menarik, air rebusan sirih ini juga berfungsi sebagai pencuci keintiman wanita yang sangat baik.
3) Timun sebagai masker mata
Ramai yang sedia maklum bahawa timun mempunyai pelbagai khasiat di samping bersifat sejuk. Jadi hiriskan timun, namun jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini berkesan untuk menghilangkan lebam serta kantung di bawah mata akibat tidur lewat, mengatasi kepenatan mata serta menghilangkan rasa mata lesu dan letih. Selain itu, hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot di bawah mata.
4) Masker daripada lobak
Lobak yang kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga bermanfaat untuk melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan memarut lobak dan ratakan pada wajah seperti masker. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.
5) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan membuatkan rupa paras kelihatan sakit. Bagi anda yang berkelapangan, cari kelapa tua dan ambil airnya. Amalkan membasuh muka anda menggunakan air kelapa tua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Anda pasti beroleh kulit muka yang lebih lembap berseri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Janetira Attaskulchai mungkin agak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun di Thailand, nama keluarga Attaskulchai merupakan golongan elit dan ahli perniagaan berpengaruh di negara Gajah Putih berkenaan. Bersandarkan status itu, Janetira sering menerima tempias dunia glamor dan tumpuan khalayak.
Apatah lagi sejak dia berkahwin dengan usahawan Brunei iaitu Danial Deen Isa Kalebic.
Janetira Attaskulchai Suri Hati Danial Deen Isa Kalebic
Wanita bangsawan Thailand ini melangsungkan perkahwinan dengan Danial Deen yang juga abang kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah pada 1 Disember 2022 dan mengikat tali pertunangan pada November 2020.
Penampilan Janetira Attaskulchai ketika menghadiri majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah pada 11 Januari 2024 lalu turut meraih perhatian.
Bukan hanya Danial Deen bersahabat baik dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sejak kecil, malah mereka diibaratkan seperti sebuah keluarga. Tidak hairanlah setiap kali majlis perkahwinan diraja Brunei pasti kelibat Danial Deen dan Janetira turut kelihatan.
Difahamkan socialite jelita ini mendapat pendidikan di Regent’s University Business School. Dia pernah tinggal di Sydney, Australia dan London, United Kingdom sebelum pulang kembali ke Bangkok dan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah bagi perusahaan minuman milik keluarganya, Betagen.
Pewaris Betagen, Janetira Attaskulchai Selamat Bergelar Ibu
Janetira juga mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu Tira dan Silk Collective. Tanggal 8 Mac lalu, dia meraikan ulang tahun kelahiran ke-30.
Perkahwinan pasangan romantis ini kian bermakna apabila mereka menimang cahaya mata sulung pada Ogos 2024. Bayi lelaki Janetira dan Danial diberi nama Rayan Attaskulchai Danial Deen.
Menelusuri latar belakang Danial, dia ialah cucu kepada penasihat Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim yang diberi gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
Datuknya juga pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi dari tahun 1974 hingga 1984.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada penyakit yang serius atau kematian. Setiap buah pinggang mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks.
Foto: Instagram @septriasaacha
Buah pinggang mempunyai dua fungsi penting iaitu menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. Oleh itu, penjagaan buah pinggang amat penting untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi sebaiknya.
Namun begitu, terdapat juga individu yang hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Foto: Instagram @septriasaacha
Penyanyi dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa pernah mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyedari bahawa dirinya hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Acha, 33, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu sewaktu berusia 18 tahun ketika membuat pemeriksaan di hospital. Pelakon filem Layla Majnun ini memberitahu tabiat jarang minum air putih serta suka menahan kencing telah membongkar tentang keadaan kesihatan dirinya.
Ketika menginjak usia 18 tahun, hasil pemeriksaan USG, MRI serta CT Scan dilakukan dan hasil pemeriksaan mendapati selama ini Acha hidup dengan hanya satu buah pinggang sahaja.
“Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.
“Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh,” katanya.
Foto: Instagram @septriasaacha
Ekoran kerap pengsan, Acha mengambil keputusan ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu ginjal sahaja,” ujarnya kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Foto: Instagram @septriasaacha
Ibu kepada seorang cahaya mata Bridgia Kalina Kharisma atau lebih mesra di sapa Brie berkata keadaan kesihatannya itu juga merupakan sesuatu yang memberi kejutan bukan sahaja untuk dirinya, malah turut memberi tamparan hebat buat kedua orang tuanya.
Foto: Instagram @septriasaacha
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementelah mempunyai satu buah pinggang, bagi pelakon yang memegang watak Roekmini dalam filem Kartini di samping Dian sastrowardoyo ini tidak melihat ia sebagai kekurangan buat dirinya tetapi dia perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Foto: Instagram @septriasaacha
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban. Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya.
Foto: Instagram @septriasaacha
Sambung Acha lagi, dia tidak lagi minum sebarang minuman pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Sering berkongsi aktiviti harian dengan pengikutnya di media sosial, jelas terserlah kehidupan bahagia Acha di samping keluarga tersayang. Malah, isteri Vicky Kharisma ini juga kelihatan makin cantik jelita! Sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma pada 20 September 2017, kebahagiaan Acha sebagai ibu dan isteri semakin terserlah walaupun berada jauh di bumi kangaru.
Fakta Mengenai Buah Pinggang:
Kebanyakan orang (lelaki dan perempuan) mempunyai dua buah buah pinggang.
Buah pinggang terletak di bahagian atas dan belakang abdomen, pada sisi tulang belakang (lihat rajah). Tulang rusuk melindungi dua buah pinggang tersebut.
Buah pinggang terletak di dalam abdomen dan biasanya tidak boleh dirasa dari luar badan.
Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk kacang. Bagi orang dewasa, buah pinggang adalah kira-kira 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang adalah kira-kiranya 150-170 gram.
Air kencing yang dihasilkan dalam buah pinggang mengalir ke pundi kencing dan kemudian melalui ureter. Setiap ureter adalah kira-kira 25 cm panjang dan strukturnya adalah seperti tiub berrongga yang terdiri daripada otot-otot khas.
Pundi kencing adalah organ kosong yang terdiri daripada otot, yang terletak di bahagian bawah dan bahagian belakang abdomen. Ia bertindak sebagai takungan atau simpangan air kencing.
Pundi kencing dewasa biasanya menakung kira-kira 400-500 ml air kencing; apabila penuh, seseorang akan merasakan dorongan untuk membuang air kecil.
Air kencing dalam pundi kencing dikeluarkan melalui uretra semasa proses membuang air kecil. Bagi wanita, uretra agak pendek, sementara ia lebih panjang bagi lelaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam...