Selama ni, dia ‘menutup’ kemas rahsia hati. 15 tahun melayari perkahwinan, tak pernah sekali pun Datin Aida Yusof menjaja kisah peribadi. Apatah lagi meraih simpati khalayak meskipun memegang status isteri kepada selebriti popular, Dato’ Adi Putra.
Hanya selepas 9 bulan bercerai, Datin Aida dan Dato’ Adi sepakat untuk kembali rujuk. 18 Januari 2018 menjadi detik manis buat mereka berdua kerana dapat mengikat semula ikatan yang terputus. Betullah orang kata, ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’.
Di sebalik kegembiraan Datin Aida melalui fasa baru dalam hidupnya hari ini, rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah yang lebih mengusik emosi dan tak pernah diberitahunya kepada mana-mana pihak. “Kami dah berkahwin selama 15 tahun dan tak ada anak lagi. Tapi, jujurnya saya dah pernah buat IVF sebanyak 4 kali. Tiga kali mengandung kembar dan terakhir, triplet.
Insha Allah, this year saya akan cuba lagi sebab saya ada endometriosis dan baru selesai buat pembedahan dua tahun lepas. Berbulan jugalah saya ditahan di hospital. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu proses untuk sembuh,” dedah Datin Aida yang mengakui hanya sempat merasai nikmat hamil kira-kira tiga bulan.
“Saya tak rasa IVF tu membebankan walaupun terpaksa ambil injection setiap hari di kiri kanan perut. Sakitnya usah cakaplah. Pun begitu saya tetap tak putus asa sebab saya suka dengan kanak-kanak. Dapat seorang pun cukuplah. Selama 4 kali buat IVF ni suami memang banyak beri semangat. Selagi belum diberikan rezeki, selagi tu kami akan terus mencuba.”
Ads
Bersama anak angkat, Zara Adelia
Mengambil semangat dan kekuatan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin, Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd ini nyata mahu mengikut jejak langkah penyanyi tersohor negara tersebut menjalani rawatan IVF demi mempunyai zuriat sendiri.
Ads
“Datuk Seri Siti seorang yang sangat-sangat kuat dan kental. Dia berusaha selama 11 tahun untuk dapatkan anak. Sebagai isteri, saya pun teringin ada anak sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada saya lagi.
Saya percaya kalau tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Ads
Detik manis Datin Aida selepas kembali bergelar isteri Dato’ Adi Putra
Saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Apa yang pasti, pendedahan eksklusif ini hanya untuk dijadikan inspirasi… bukan mencipta kontroversi. “Seperti yang saya katakan awal tadi, semua wanita pun mesti nak anak. Tapi biarlah kita reda dulu dengan ketentuan Allah. Perlu ada keredaan dalam diri walaupun telah cuba buat yang terbaik ke arah itu. Moga-moga kita semua akan diberikan zuriat soleh dan solehah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sememangnya amat dikenali dengan sikap pemurah bukan sahaja terhadap kakitangannya, malah dengan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan masalah.
Kedatangan Syawal kali ini, Hafiz sekali lagi mengejutkan salah seorang kakitangannya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai RM200,000!
Hafiz turut membuat kejutan istimea untuk 70 orang kakitangannya dengan mengajak mereka untuk membeli-belah baju raya serta memberikan duit raya dan token kepada para kakitangan syarikatnya.
Memetik portal M Star, Hafiz Mahamad menjelaskan pemberian kereta tersebut diberikan kepada salah seorang kakitangan syarikatnya yang sudah berkhidmat hampir tujuh tahun di bahagian pengurusan.
Tambah Hafiz lagi, kakitangan tersebut sudah lama berkhidmat dengannya ketika syarikat masih baharu mula bertatih. Malah kakitangan tersebut pernah berkhidmat di sebuah syarikat besar tetapi tidak dihargai dan pernah memandu Uber sebelum mula berkhidmat dengannya.
“Menurutnya lagi, apabila berjumpa dengan rakan-rakan lama dia diperlekeh kerana berkodmat dengan syarikat yang kecil dan pertanyaan berlatar belakangkan mengenai syarikat kecil dan jenis kereta yang digunakan.”
Meskipun keadaan kesihatannya dirinya masih lemak akibat keracunan makanan, Hafiz menggagahkan dirinya untuk bersama kakitangannya dan berkongsi kegembiraan mereka dengan penuh kesyukuran.
Setiap kakitangan diberi duit raya berupa bonus sebulan gaji serta token. Malah Hafiz dan Aina turut membawa kesemua kakitangan membeli-belah sempena Hari Raya.
Ujar usahawan yang sentiasa meletakkan isteri tersayang sebagai salah satu punca rezeki dan kejayaan syarikat, dia banyak belajar mengenai keberkatan rezeki melalui pelbagai cara, antaranya termasuklah menggembirakan isteri.
“Kalau saya dapat belajar menggembirakan isteri, insyaAllah saya tahu bagaimana hendak menggembirakan orang lain. Dari setiap kejutan yang saya buat untuk Aina, saya juga dapat menggembirakan orang lain termasuklah pekerja-pekerja saya,” ujar Hafiz yang pernah menerima penganugerahan Digital Influencer Tergempak dan trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 Februari lalu.
Tidak hairanlah mengapa kira-kira 95 peratus kakitangan Ainaa Beauty masih setia bersama syarikat tersebut sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu dan hanya tiga pekerja pergi atas alasan peningkatan kerjaya dan seorang meninggal dunia.
Dapat dilihat sekiranya majikan menghargai kakitangan dengan sewajarnya, rezeki memang tidak pernah salah alamat.Semoga perkongsian Hafiz ini membuka mata lebih ramai majikan menilai pekerja dengan lebih telus dan menghargai setiap jerit perih kakitangan dengan sebaik mungkin!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama lebih dua dekad berbakti kepada negara, bekas atlet Datuk Leong Mun Yee kini menikmati kehidupan selepas persaraan dengan tenang dan bahagia. Biarpun tidak lagi bergelar jaguh sukan namun pengalaman luas yang diraih sepanjang menjadi atlet membolehkannya menjadi jurulatih bagi skuad terjun negara.
Kejayaan Datuk Leong Mun Yee
Kejayaan yang ditempa anak jati kelahiran Ipoh, Perak ini bukan calang-calang. Atas komitmennya dalam sukan akuatik, nama Datuk Leong Mun Yee tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak lima kali.
Lebih manis, dia berjaya menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya dwi tahunan Sukan SEA.
Bersandarkan pencapaian membanggakan itu, figura ini dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan pada Februari 2022.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, personaliti ini terbuka berkongsi amalan gaya hidup sihatnya bagi menjaga kecergasan diri.
“Untuk mengekalkan kecergasan, saya ada juga belajar shuffle dance tapi sekadar di peringkat asas sajalah. Tapi bila sudah tidak lagi bergelar atlet sepenuh masa, rutin harian berbeza sedikit tetapi saya tetap kekal aktif dengan latihan ringan seperti bermain bola tampar dengan atlet-atlet lain.”
Datuk Leong Mun Yee Bahagia Galas Tugas Ibu
Meniti usia 41 tahun, fasa kehidupan Datuk Mun Yee lebih bermakna apabila menimang cahaya mata sulung lelaki yang dikenali sebagai Lucas pada Mei 2023.
Menerusi perkongsian di media sosial jelas terserlah wajah bahagia rakan gandingan Dato’ Pandelela Rinong berkenaan menggalas tugas sebagai ibu.
Bahkan kebanyakan posting Datuk Mun Yee kini banyak berkisar mengenai anak kesayangan. Difahamkan dia mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang tidak didedahkan identitinya pada pertengahan tahun 2022.
Tidak hanya berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia dalam bidang sukan, Datuk Leong Mun Yee melakar kejayaan peribadi menggenggam Sarjana Komunikasi Korporat dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November 2022.
Semoga kejayaan diraih Datuk Mun Yee jadi inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
12 tahun dah berlalu namun aura dan lagu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif masih segar di ingatan peminat. Apa yang pasti nama Najwa Latif berada dalam kelas tersendiri dalam industri muzik tanah air meskipun dengan kehadiran ramai penyanyi baharu masa kini.
Hujung tahun lalu Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kembali menjadi siulan ramai selepas dia muncul dalam satu pesta hiburan melibatkan golongan muda. Siapa sangka selepas bergelar isteri dan tidak lagi aktif seperti dulu, aura Najwa tetap ‘berbisa’.
Malah, ribuan penonton yang menyaksikan persembahan penyanyi berusia 28 tahun ini bersorak teruja dan turut sama menyanyikan lagu-lagu popular Najwa sekitar tahun 2012 lalu.
“Kepada yang sudi, thank you for growing up with me and appreciating the songs Kak Ika wrote for me. Pasal concert ke showcase ke, Wawa belum rasa layak atau mungkin tak pernah layak pun.
But doakan Wawa habis belajar eh? Kalau ada rezeki kita jumpa dekat event mana-mana, I’ll see you when I see you.”
Najwa selamat bergelar isteri kepada penyanyi Akwa Arifin pada 11 November 2022 selepas dikhabarkan dua tahun menjalin hubungan serius.
Pada tahun 2019, Najwa tamat pengajian peringkat Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Pun begitu, dia terpaksa berhenti kerjaya sebagai pensyarah bagi memberi perhatian terhadap pengajian Doktor Falsafah (PhD).
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...