Di sebalik kejayaan, kemewahan dan populariti yang diraih Asyalliee Ahmad rupa-rupanya tersimpan kisah silam yang mengajar usahawan berjaya ini tentang erti kehidupan. Dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang namun didikan ibu bapa telah banyak mengajarnya supaya berusaha memiliki apa yang diinginkan atas kerja keras sendiri. Tidak hairanlah di usia Asyalliee baru meniti 23 tahun, dia sudah pun memiliki segala-galanya. Suami, anak, perniagaan, beberapa kereta mewah, rumah yang besar dan macam-macam lagi! Sesungguhnya, rezeki tidak pernah salah alamat.

Terpilih sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba terbuka menyingkap sisi peribadinya kepada umum. Ujar Asya, pendedahan ini dibuat bukan untuk menunjuk… jauh sekali riak dengan pencapaian yang diraih. Sebaliknya, dia mahu pengalaman hidup yang pernah dilalui dijadikan pembakar semangat kepada seluruh wanita untuk berjaya.

Pernah merantau di beberapa buah negeri ketika zaman kanak-kanak, ibu dua anak ini tenang membuka bicara. “Dulu saya pernah duduk di KL, Kedah, Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Mungkin sebab selalu berpindah, saya tak ada ramai kawan. Paling saya ingat sampai sekarang ialah kenangan di Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kedah. Masa tu arwah mak kerja restoran dan pekerja diberi tempat tinggal di bahagian atas restoran. Mak hanya bawa saya dan adik saja waktu tu dan keadaan bilik di situ kecil sangat.

Pernah Diejek Miskin & Tak Ramai Kawan, ASYALLIEE Kini Memiliki Segala-Galanya Di Usia 23 Tahun! Pernah Diejek Miskin & Tak Ramai Kawan, ASYALLIEE Kini Memiliki Segala-Galanya Di Usia 23 Tahun!

Bila ada budak satu sekolah dapat tahu saya duduk di situ mereka mula mengejek dan boleh dikatakan tak ada yang nak berkawan dengan saya. Mereka gelar saya budak miskin, budak busuk, budak belemoih (berpeluh) la, budak tak mandi. Semuanya gara-gara baju sekolah saya yang dah warna kekuningan sebab selalu pakai dan tak bertukar baru. Saya juga pernah di’pulau’kan.

Kalau ada PIBG, arwah mak akan berjalan dari restoran tempat dia bekerja ke sekolah saya sejauh dua kilometer. Dan setiap hari juga saya terpaksa pergi dan balik sekolah jalan kaki. Bila arwah mak dah meninggal, adik saya tinggal dengan kakak sulung sementara saya pula duduk dengan kakak lagi seorang,” jelas Asya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Eboy Arbaain dan hamil anak sulung… dia sekali lagi diuji. Dek kerana salah faham yang berlaku, Asya dihentam dan dikecam teruk di media sosial. “Masa saya diuji tu saya baru beberapa minggu hamil anak sulung kami iaitu Haider. Disebabkan fitnah, ada yang mendoakan anak saya mati, anak saya cacat, saya mati semasa melahirkan anak dan macam-macam lagi.

Pernah Diejek Miskin & Tak Ramai Kawan, ASYALLIEE Kini Memiliki Segala-Galanya Di Usia 23 Tahun!

Pernah Diejek Miskin & Tak Ramai Kawan, ASYALLIEE Kini Memiliki Segala-Galanya Di Usia 23 Tahun!

Memang sepanjang tempoh tu saya menangis saja dan emosi sangat terganggu. Sebelum ada produk sendiri dulu, saya tampung hidup berbekalkan duit yang saya dapat daripada
review di IG. Tapi sebab kejadian salah faham tersebut, kami kehilangan punca pendapatan. Bayangkan, sampai hendak makan pun tak ada duit. Mujur ada kawan baik dan kakak. Saya mengidam pun suami tak dapat tunaikan. Kami hanya makan nasi dan maggi je tiap bulan bila rasa segan dengan kawan-kawan dan keluarga.

Tak cukup dengan jual barang-barang mekap, saya jual juga segala beg tangan yang saya ada. Suami pula terpaksa jual helmet dan baju untuk dapat duit makan kami berdua tiap hari. Paling tak boleh lupa, suami jual motor kesayangannya demi saya. Duit RM6 ribu jualan motor, kami bahagikan sama rata untuk makanan dan modal berniaga. Bermula dari itu jugalah saya kuatkan semangat untuk buat Loveliee. Alhamdulillah, hingga sekarang ramai yang menggunakan produk kami termasuk di luar negara.

Kongsi Asya lagi, “Tujuan utama saya buat bisnes ini adalah untuk anak-anak. Supaya mereka tak hidup susah seperti saya dulu. Kedua, kerana saya nak bantu suri rumah,
student yang tak ada duit simpanan supaya mereka dapat menjana ekonomi kaum wanita dan islam. Sebagai seorang leader, saya mahu mereka ini hidup senang. Cukuplah hidup senang dan tenang… tak perlu kaya kerana kaya tak jamin kebahagiaan. Saya buat bisnes ini bukan semata-mata untuk duit tapi lebih kepada ilmu dan impian untuk tingkatkan ekonomi islam.

Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Haider Mikael dan Siti Helena Adrianna.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI