Tahukah anda, gandingan teh dengan pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia mampu melahirkan citarasa antarabangsa yang eksotik dan rasa penuh kemewahan?
Ads
Dilmah Tea, jenama teh dipelopori oleh keluarga pengeluar teh terkemuka dunia telah memberi penghormatan terhadap hasil bumi ini dengan menganjurkan Hari Penghargaan Teh di samping turut memperkenalkan konsep serba baharu bagi minuman teh Dilmah kepada para profesional daripada industri hospitaliti serta pengguna dan penggemar teh di Malaysia.
Bertemakan “Crafting a 21st Century Luxury Tea Experience”, Dilmah yang telah pun mempelopori ciptaan teh Ceylon yang asal terus didorong untuk menjaga asal-usul dan kesegaran teh serta memperkukuhkan dengan inovasi teh yang baharu. Sememangnya teh Dilmah sudah tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia. Dilmah membawa revolusi baharu dalam secawan teh dengan memperkenalkan pelbagai kegunaan rangkaian teh premium yang enak jika digandingkan dengan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuklah nasi lemak dan sate ayam.
“Dalam bentuk bumi, tanah sehinggalah ke daun teh, kami mempercayai tenaga alam semula jadi dapat mempengaruhi setiap rasa dalam teh yang dihasilkan di Dilmah,” ujar Dilhan C. Fernando, penanam teh serta Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea.
Antara pilihan rangkaian teh premium ini termasuk:
Tea Makers Private Reserve: Koleksi eklektik teh yang jarang dijumpai, dipilih sendiri oleh Pengasas Dilmah, Merril J. Fernando, menjadikannya antara pilihan teh terbaik dan paling eksklusif di dunia. Tea Makers Private Reserve boleh didapati dalam daun teh longgar atau pek makanan secara pukal.
Silver Jubilee Gourmet Tea: Pilihan campuran daun teh Gourmet Black, Green, White dan Infusions ini disediakan untuk meraikan warisan jenama Dilmah; semangat dengan tujuan penubuhannya. Herba teh ini telah menerima sentuhan abad ke-21, membentuk pilihan cita rasa teh gourmet seperti infusi elderflower bersama epal, ros Ceylon dan pudina dan banyak lagi. Rangkaian teh ini boleh didapati dalam pek makanan secara pukal, uncang, atau daun teh longgar.
Ads
t-series Designer Gourmet Tea: Rangkaian teh ini merupakan gandingan sempurna untuk setiap emosi, sesuai untuk dinikmati pada waktu berbeza dalam sehari. Ia merupakan koleksi eksklusif dan sangat jarang ditemui kerana ia merupakan hasil daripada fenomena bermusim yang hanya berlaku dua kali setahun.
Ads
Dilmah Exceptional: Ia merupakan campuran infusi herba yang elegan, penuh dengan rasa dengan sentuhan lembut dan wangian yang halus dan menyenangkan.
Yum Teas & Infusions: Merupakan gabungan sempurna keenakan teh dan herba, penuh dengan antioksidan. Setiap teh dibungkus secara individu dalam uncang teh terbiodegradasi 100%.
Seorang pakar pembancuh turut hadir untuk menampilkan beberapa resipi koktel dan mocktail baharu, masing-masing dengan rasa unik tersendiri.
Dilmah turut berinovasi dengan meneroka pelbagai cara teh boleh dinikmati sebagai pencuci mulut! Teh boleh dicampur dengan coklat dan pencuci mulut biasa, atau ia juga lazat sebagai pencuci mulut yang berasaskan teh. Di acara itu juga, sesi gandingan makanan ini turut menggandingkan teh t-series Dilmah dengan pencuci mulut yang lazat seperti fudge coklat, biskut dan aiskrim krim, serta pai epal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Andai anda penggemar hidangan stik dan udang kara segar, restoran Kay’s Steak & Lobster sudah pasti menjadi lokasi pilihan yang memenuhi selera. Tidak cukup dengan variasi menu serba lazat dan disaji serba mewah, tiga premis restoran berkonsepkan semi fine-dining ini sememangnya memberikan pengalaman istimewa.
Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, dua lagi i dua cawangan dibuka di Liberty Arc, Ampang pada 2021 dan setahun kemudian premis di IOI Conezion, Putrajaya diperkenalkan.
Pengarah Urusannya, Aizuddin Khalid berkata pihaknya tidak pernah berkompromi dalam pemilihan bahan utama hingga kepada pengajian hidangan sebagai faktor untuk menarik pengunjung datang kembali menjamu selera di Kay’s Steak & Lobster.
Katanya, citarasa Malaysia tetap diketengahkam dalam senarai menu restoran mereka mengikut selera tempatan, tanpa melupakan keenakan sajian asal terbabit. “Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia.
“Menu popular antaranya adalah tomahawk dan daging wagyu juga memandangkan setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan begitu ‘juicy’.
“Memang pujian dari segi rasa serta keindahan seni hiasan setiap hidangan hasil air tangan chef berpengalaman membuatkan kami yakin kepuasan pelanggan berada pada tahap maksima,” katanya.
Bukan itu saja, dekorasi premis yang ‘cosy’ menjadikan setiap suapan dan gigitan lebih nikmat sekaligus mengujakan untuk berkongsi pengalaman indah di Kay’s Steak & Lobster di laman sosial. Pada masa sama, Aizuddin berkongsi berita baik mengenai keputusan mengekalkan sajian Beef Wellington dalam menu kekal untuk dinikmati pengunjung.
“Kami memperkenalkan Beef Wellington ini sekitar Disember tahun lalu untuk mencuba sambutan selain sepatutnya ditawarkan pada tempoh tertentu. Nampaknya, menu ini semakin menjadi pilihan popular pengunjung yang memuji kelazatannya sekaligus meminta kami mengekalkan hidangan ini dalam menu harian.
“Kini orang ramai boleh menikmati sajian terbabit apatah lagi kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium bagi setiap menu,” katanya.
Sementara itu, sempena Ramadan Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi yang sebelum ini hanya disediakan pada bulan puasa. “Memang hari biasa tiada nasi. Namun setiap kali Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik serba enak,” katanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar makanan Korea dan Cina, jangan lepaskan peluang menikmati aneka sajian enak di cawangan CU seluruh Malaysia. Mengambil inspirasi Tahun Baharu Cina, CU dengan kolaborasi Cef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob memperkenal rangkaian juadah sedia dimakan terkini.
Yang pasti, pilihan sajian di CU kali ini lain daripada yang lain. Hasil kreativiti CU dan Dato’ Fazley Yaakob menerusi Dato’ Fazley Yaakob Creation Series ini sememangnya menambat selera anda.
Menggunakan kepakaran yang ada, Dato’ Fazley menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan sajian unik untuk CU.
Menurut Dr Blake Dang yang juga Pengarah MYCU Retail, “Di CU, kami sentiasa berusaha menyediakan produk berkualiti terbaik dan pengalaman unik buat pengguna dan pembeli.
Kerjasama dengan Dato’ Fazley ini bermula dengan daya inovasi beliau sebagai seorang cef, sejajar dengan nilai teras kami di CU iaitu untuk menyediakan pengalaman segar dan menyeronokkan buat pelanggan.”
Melalui juadah Dato’ Fazley Yaakob Creation Series, pelanggan mempunyai lima pilihan juadah premium iaitu Sandwic Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis, Roti Bandung Strawberi, Laksa Negeri Sembilan, Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren dan Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah.
Kunjungi cawangan CU berdekatan dan nikmati keenakan hidangan fusion tersebut!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali memikirkan menu seimbang dan berkhasiat untuk sarapan pagi, pasti hidangan berasaskan oat menjadi pilihan. Namun begitu, oat jika dinikmati begitu sahaja pastinya mempunyai rasa yang hambar dan kurang menarik untuk dinikmati. Jadi, untuk menambahkan keenakan hidangan berasaskan oat, apa kata tambahkan kurma sebagai bahan tambahan.
Sememangnya kurma mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Tahukah anda, kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan usus? Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.
Resipi Oat Kurma yang dikongsikan oleh Tania Pawanteh ini boleh dicuba untuk menu sarapan pagi yang berkhasiat dan baik untuk sistem pencernaan dan jantung. Selamat mencuba!
OAT KURMA
Bahan-bahan:
2 cawan oats
3 ½ cawan air
½ cawan buah kurma (dipotong kasar)
1 sudu makan gula perang
secubit serbuk kayu manis
Cara Membuat:
Masukkan oat bersama air ke dalam periuk. Masak di dalam api yang kecil sehingga oat menjadi masak. Tambahkan kuah kurma yang telah dipotong kasar ke dalam periuk. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula perang. Kacau sehingga sebati. Untuk menghidangkannya, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Makan ketika ia masih panas.
Tip Masakan: Masak oat selama lebih kurang 15 minit. Tetapi ia harus sentiasa dikacau agar oat masak sekata dan tidak kembang.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal...