Dakwaan tentang Johnny Depp yang tidak mengambil berat soal kebersihan diri serta mempunyai masalah nafas berbau, menjadi punca aktres Angelina Jolie enggan melakonkan adegan bercium dengannya. Uh, memang ‘turn off’ sebenarnya kalau terpaksa berdepan orang yang hidapi masalah ni!
Ada juga orang yang berasa rendah diri, tidak kurang juga yang tersinggung sekiranya ditegur oleh mereka yang rapat tentang masalah bau nafas.
Ada juga yang segan untuk bercakap dengan orang lain. Soal tidak mengambil berat soal kesihatan dan kebersihan mulut boleh membawa padah!
PUNCA NAFAS BERBAU
(1) BAKTERIA
Punca utama nafas berbau adalah daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang terselit di celah gigi, lalu merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
Kebanyakan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Maka sebab itulah bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan antaranya ialah celah gigi, poket gusi di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi serta di celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga sukar untuk mendapatkan bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selesema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau tonsil seterusnya melekat di situ. Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mengalami masalah gusi dan tulang gigi yang kronik ia juga boleh menyebabkan nafas berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan sukar dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga sememangnya tempat bagi bakteria anaerob membiak.
(2) KURANG PENGHASILAN AIR LIUR DAN MULUT KERING
Air liur adalah bahan pembilas mulut semula jadi. Ia membilas mulut sepanjang masa. Secara tidak langsung ia membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Ketika tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau nafas yang kurang enak setelah bangun dari tidur.
Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, sukar untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?
This website uses cookies.