Sekalung tahniah buat Dr Eliesmaziah Elias yang berjaya meletakkan pemakaian hijab dalam kalangan wanita Islam ke tahap yang lebih tinggi. Siapa sangka, berkat usaha dan keberaniannya bertemu beberapa anggota polis dalam sebuah pameran di United Kingdom tidak lama dulu ternyata bukan sia-sia apabila usaha murni Dr Elies mendapat sokongan pasukan keselamatan di sana.

IKLAN

Perlu tampil lebih kreatif, relevan dan selesa kerana pemakainya berdepan dengan rutin tugas yang lasak dan aktif… rekaan tudung sukan MoreSlim ilham Dr Elies ini berjaya memenuhi cita rasa polis wanita Islam di UK. Berkongsi momen indah tatkala diminta menghasilkan rekaan hijab eksklusif tersebut, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini membuka bicara.

“Saya tengok material pakaian seragam mereka tidak sesuai untuk anggota polis, saya berbincang dengan mereka dan daripada situ bermulalah perbincangan saya dengan pihak atasan mereka. Tudung sukan jenama MoreSlim saya mereka gunakan untuk polis wanita Muslim barisan hadapan yang biasa seterusnya meminta saya membantu mencipta hijab yang sesuai untuk polis wanita Muslim taktikal unit,” ujarnya yang merupakan Pengasas Instant Hijabs UK.

Rekaan Tudung Wanita Ini Jadi Pilihan POLIS WANITA ISLAM UK, Bukti Hijab Makin Dapat Tempat Di Sana!

Rekaan Tudung Wanita Ini Jadi Pilihan POLIS WANITA ISLAM UK, Bukti Hijab Makin Dapat Tempat Di Sana!

Dr Elies yang kini menetap di Manchester turut memaklumkan rekaan tudung miliknya itu juga dalam perhatian pihak bomba wanita Islam UK. Menjelaskan keunikan tudung berkenaan, “Tudung saya lain daripada segi reka bentuknya, ciri-ciri keselamatan yang paling penting tentang komposisi fabriknya yang direka khas, ada pengesahan ISO (International Organization for Standardization) EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemists and Colorists) malah sangat selesa dipakai untuk waktu yang panjang, lama atau keadaan tertekan.”

Lebih membanggakan, tudung MoreSlim sudah dipakai polis di negara itu sejak Oktober tahun lalu dan sebulan selepasnya dia diminta menghasilkan rekaan untuk pasukan taktikal unit pula. Hebat!

IKLAN
Rekaan Tudung Wanita Ini Jadi Pilihan POLIS WANITA ISLAM UK, Bukti Hijab Makin Dapat Tempat Di Sana!
Di samping suami tercinta

“Ada dua rekaan tudung untuk mereka, hanya berbeza pada lambang pasukan mengikut kontinjen. Untuk polis biasa, sama dengan tudung MoreSlim yang boleh dibeli orang ramai dan tudung yang khas pula untuk pasukan barisan hadapan.”

Ditanya reaksi dirinya apabila diminta menghasilkan tudung untuk polis wanita di sana, Dr Elies berkata tiada apa yang mengejutkan memandangkan dia sudah bekerjasama dengan mereka sejak awal lagi. “Mereka faham dan menghormati orang Islam. Ada cerita yang buat saya tersentuh, saya dihubungi seorang bos di salah satu kontinjen polis UK yang banyak berbincang dengan saya mengenai pakaian sesuai untuk polis wanita Islam terutama tudung,” terang Dr Elies yang merupakan bekas Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.

IKLAN

Untuk makluman, Dr Elies memiliki PhD Biomaterial, Biomedical Engineering dan berasal dari Melaka. Semoga pendedahan kejayaan wanita ini menjadi pencetus semangat buat rakyat Malaysia lain yang berada jauh di perantauan untuk mencipta nama di luar negara sekaligus mengangkat agama Islam di mata dunia!

 

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Instagram Dr Elies

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI