Sehebat mana pun kehidupan seorang wanita, apabila menjadi ibu terpaksa berpisah dengan anak ibarat nyawa terpisah dari badan. Sayu, sedih dan terbayang-bayang keadaan anakanda yang dirindui. Itulah yang dirasakan Sasha Saidin sepanjang berjauhan dengan anak lelakinya sewaktu pandemik lalu.

IKLAN

Semenjak berpindah mengikut suami, Sirhan Wahab bertugas di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kehidupan Sasha sebagai suri rumah seperti biasa sibuk dengan tugas-tugas rumah tangga.

Hati seorang ibu, tentu sekali keresahan sepanjang waktu kerana si anak ditinggalkan di Malaysia bersama ibunya. Mujurlah kini selesai segala urusan pertukaran sekolah dan dokumentasi berkaitan sebelum anak tunggal Sasha dijadualkan bakal menyusul ke Dubai, Ogos ini.

Resah Berjauhan, Sasha Saidin Gigih Uruskan Proses Pertukaran Anak Ke Dubai Supaya Boleh Membesar Depan Mata!
Arya, Zain dan Sasha Saidin

 

RINDU

Susulan keputusan Sasha mengikut suami menetap di Dubai sejak dua tahun lepas, wanita berusia 45 tahun ini berusaha untuk turut membawa anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarson,13, untuk tinggal bersama.

Usaha ini sebenarnya telah bermula sejak pemergian beliau ke Dubai lagi, namun tertangguh akibat masalah dokumentasi dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas berkahwin, kami pulang ke Dubai dan waktu itu pandemik baru melanda. Kerana pelbagai sekatan PKP, saya tak dapat bawa anak kerana perlu menguruskan hal pertukaran sekolah serta sebagainya.

Jadi kali ini saya dapat selesaikan semua hal dan insyaAllah anak akan tinggal bersama saya Ogos nanti.” Sasha Saidin

IKLAN

 

Peningkatan usia buat Sasha Saidin makin prihatin jaga badan, jom tonton rakaman Bual Cantik Nona bersama beliau di bawah…

IKLAN

 

 

Selain itu, Sasha juga pernah terlibat dengan Dubai Expo 2020 selama enam bulan dengan beberapa kementerian Malaysia yang datang ke sana. Mengakhiri perbualan, sempat Sasha berkongsi keadaan terkini musim panas di UAE yang mencecah 50 darjah Celcius.

“Kami tertunggu-tunggu tibanya musim Arabian Winter. Cuaca masa tu akan lebih sejuk walaupun tak bersalji dan banyak tempat tarikan pelancong akan dibuka. Sekarang ni terlalu panas, kalau keluar pun sekadar dari dalam kereta terus ke dalam kedai. Cuaca panas betul!” Sasha Saidin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI