DATIN SERI ZIZIE IZETTE

Mungkin ini yang dinamakan rezeki! Niat Datin Seri Zizie Izette untuk menggembirakan anak-anak dengan membawa mereka menginap di hotel terkemuka ibu negara setelah sekian lama ‘terkurung’ di rumah akibat pandemik Covid-19 menjadi momen terindah buat anak-beranak ini. Mana tidaknya, tanpa Datin Seri Zizie Izette sedar… pihak pengurusan hotel berbesar hati menaiktaraf tempahan beliau ke penginapan mewah dan eksklusif di Presidential Suite.

IKLAN

Dalam video yang dimuatnaik Datin Seri Zizie di laman media sosial miliknya, jelas kedengaran nada teruja beliau sambil mengakui terharu dengan layanan tersebut. Kongsi isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini, “It was an unexpected surprise! And it wasn’t even my birthday yet. Didn’t expect the Four Seasons Kuala Lumpur team to upgrade us to the ‘Presidential Suite’. It was definitely a sweet moment to remember. Thank you again Four Seasons Kuala Lumpur for your warm welcome and hospitality. What an unforgettable experience.”

Menerusi entri tersebut juga ibu cantik ini turut menggunakan hashtag #sponsored dan #20kpernightroom sebagai menjelaskan bahawa penginapan mewah itu adalah tajaan hotel dan bernilai RM20 ribu untuk satu malam! Wow, bukan senang dapat menginap di suite hotel bertaraf antarabangsa ini. Tambahan pula, bulan ini merupakan bulan kelahiran Datin Seri Zizie yang bakal disambut pada 30 Disember depan. Sementara anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menyambut hari lahir pada 31 Disember.

Daripada video yang dikongsikan Datin Seri Zizie, Presidential Suite yang terletak di tingkat 18 mempunyai keluasan 1,959 kaki persegi dilengkapi dengan ruang tamu luas dan moden yang menyajikan pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur, pantri, ruang makan, dua kamar tidur dan bilik mandi. Pastinya, antara paling teruja berada di suite berkenaan ialah kelima-lima anak kesayangan beliau. Malah, Datin Seri Zizie turut membawa bersama pembantu rumah untuk menemani dan menjaga anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)

Dalam video itu juga pegawai pengurusan hotel Four Seasons Kuala Lumpur dengan gembira menyatakan servis istimewa ini diberikan kepada Datin Seri Zizie dan anak-anak kerana memahami keadaan yang dialami mereka sepanjang berada di rumah dalam tempoh yang lama memandangkan penularan Covid-19 masih melanda negara. Jadi, sebagai menghargai kedatangan Datin Seri Zizie sekeluarga, pihak hotel berbesar hati memberikan perkhidmatan yang terbaik.

IKLAN

Sebelum ini Datin Zizie Izette sekeluarga menjalani tempoh kuarantin selepas pulang dari Sabah ketika sama-sama turun padang memberi sokongan kepada suami tercinta yang bertanding dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini. Dalam PRN tersebut, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

IKLAN

Lima anak kesayangan pasangan romantis ini ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.

Nak dapatkan baju kanak-kanak yang cantik dengan harga berpatutan, ada di sini!

 

Kredit foto: Instagram Zizie Izette