Tak puas tengok muka isteri Faiz Sabari, Rozana Mumtaz. Sekali pandang mesti toleh berkali-kali. Peluang bertemu dengan pasangan suami isteri perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor pada tahun 2019 lalu masih segar di ingatan. Kedua-duanya bukan hanya mesra dan berjiwa kreatif malah saling melengkapi di antara satu sama lain.

Terkenal dengan kreativiti dan hasil kerja yang mengagumkan sebagai perancang perkahwinan mewah di kalangan VVIP, Mumtaz dan suami merupakan pasangan yang bersederhana dan tidak bergantung kepada barangan berjenama mewah.

Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan pergi bercuti. Lazimnya, mereka memilih destinasi percutian yang berbeza daripada sebelumnya.

Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan!
Credit Instagram @rekateemor
Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan!
Credit Instagram @rekateemor
Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan!
Credit Instagram @rekateemor
Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan!
Credit Instagram @rekateemor

“Kami suka travelling sebab sebagai designer Faiz perlu sentiasa jalan untuk lihat apa yang baru di luar sana. Kami jarang shopping (baju dan aksesori) sebenarnya. Shopping kami adalah dengan membeli barang-barang atau aksesori yang boleh digunakan untuk rumah atau wedding.

Kami cuba pergi ke pantai atau laut untuk dapat inspirasi ketenangan, dalam masa sama dapat kenal warna biru yang berbeza-beza untuk perbaiki hiasan alam semula jadi yang kami buat.

Orang Malaysia ni suka garden, suka nature. Sebab itu kami selalu fikir macam mana nak hasilkan hiasan taman yang lain daripada biasa.

Berkongsi gaya hidup dan fesyen pilihan, ini jawapan jujur Mumtaz. “Kami tak shopping sangat. Ada juga beli barang jenama dalam satu atau dua tapi tak ada sampai satu almari. Saya masih belajar untuk mendalami dunia kecantikan.

Cuma saya akan pastikan apa yang dipakai minimalis dan on point. Tak perlu yang mahal-mahal. To us pakai yang classic dan tak melampau. Kami pentingkan lifestyle. Make sure klien selesa dengan kita. How we dress, tengok occasion. Pakaian ikut tempat itu penting, tak semestinya mahal tapi biarlah elok dan kemas.”

Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan! Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan! Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan! Romantik Macam Baru Kahwin, MUMTAZ & FAIZ 2 Dekad Jadi Suami Isteri & Cukup Hargai Pasangan!

Tahun ini merupakan tahun ke-18 Mumtaz dan Faiz bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Dhiya Batrisya Norfaiz berumur 16 tahun.

Ditanya bagaimana dia menjaga keharmonian rumah tangga, wanita berdarah kacukan Pakistan dan Afghanistan ini berkata suatu ketika dulu perkenalan mereka pernah dihalang keluarga.

“Pada awalnya saya sendiri tidak menaruh minat pada Faiz. Tetapi selepas mengenali latar belakangnya, saya mula jatuh hati dan mahu membawanya bertemu keluarga saya.

Waktu itu mereka menolak tapi Faiz nampak bersungguh-sungguh mahu berumah tangga. Kesungguhannya sangat menyentuh hati.”

Selain itu, Mumtaz dan suami turut diuji apabila disoal mengenai zuriat memandangkan mereka mempunyai seorang cahaya mata yang sudah meningkat dewasa. “Bila nak tambah lagi, inilah antara soalan yang selalu ditanya. Sebenarnya bukan tidak mencuba tapi mungkin tidak ada rezeki.

Kami sendiri sudah berusaha mendapatkan rawatan namun belum berhasil. Saya percaya setiap percaturan Allah itu cukup indah. Alhamdulillah kami dimewahkan dengan rezeki dalam bidang perniagaan. Malah kami juga diberikan rezeki keluarga yang sentiasa menyokong kuat kehidupan kami walaupun kami hanya ada Dhiya.

Bahkan Dhiya juga seorang anak yang hebat walaupun kami jarang berada di sisinya. Sebab itu rutin harian saya bermula dengan jadual bersamanya di dalam kereta. Bagi saya, yang penting adalah kualiti bersama keluarga. Bukan kuantiti.”

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI