Setiap pasangan suami isteri pasti teruja saat menimang cahaya mata pertama. Momen terindah ini pasti dikenang sampai bila-bila. Suami kepada pelakon popular, Farah Nabilah mempunyai cara yang tersendiri untuk menzahirkan ucapan terima kasih selepas melihat pelakon wanita yang berusia 28 tahun itu melahirkan anak sulung mereka.
Momen terindah dalam hidup pasangan ini telah dikongsi oleh pelakon drama Titian Cinta ini dalam laman media sosialnya. “One night, a few days after I delivered Andre in KPJ Ampang Puteri, my husband organized a surprise dinner for me! With the help of the nurses, I had a wonderful candle light dinner with pantang food, of course!” coret ibu kepada Andre Omar bin Mohamed Amirul yang lahir 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442 ini.
Farah Nabilah turut mencadangkan kepada para suami untuk menghadiahkan isteri mereka seperti yang telah dilakukan oleh suaminya. “So, husbands, if you’re looking for ways to say “thank you” to your wives to appreciate their sacrifice of carrying your babies for 9 months and for going through the pains of labor, this can be one of it,” tulisnya lagi.
Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohamed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara. Sebelum ini, pelakon drama Cik Reen En Ngok Ngek itu pernah berkongsi destinasi bulan madunya yang begitu indah di sebuah kepulauan Maldives. Dikatakan harga semalam resort ini hampir RM10,000 semalam.
Melihat kulit wajah Farah Nabila yang sentiasa cantik walaupun sedang berpantang, timbul rasa cemburu. Kesempatan bertemu dengan pelakon ini dalam suatu majlis dahulu, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air.
IKLAN
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.
Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih mesra disapa Puan Sri Nisa Bakri gemar memasak dan menjamu rakan-rakan dengan pelbagai masakan tradisi.
Prinsip Puan Sri Nisa hanya satu sahaja iaitu memasak makanan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas kerana ia menghubungkan jiwa sesama manusia selain memberi kepuasan kepada diri sendiri.
Puan Sri Nisa pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mementaskan keunikan air tangannya di salah satu kota fesyen dunia terkenal dunia iaitu London, England.
Pada Minggu Fesyen London 2018 lalu beliau diberi kesempatan menghidangkan pelbagai masakan Malaysia asli dan unik kepada semua hadirin yang terdiri daripada golongan VVIP di pentas fesyen yang berprestij itu.
Puan Sri Nisa telah berkongsi resipi istimewa berasaskan buah kurma. “Saya ingin berkongsi resipi kek kurma untuk anda, terutama jika masih ada baki kurma di rumah,” katanya.
Kek Semanis Kurma Semerah Ceri
Bahan-bahan:
180gm tepung kek
25gm serbuk badam
150gm mentega
50gm selai ceri (masak ceri segar hingga empuk dan memekat).
100gm gula kastor (kerana ceri dan kurma sudah sedia manis adunan ini boleh disesuaikan dengan cita rasa anda)
100gm buah kurma – dicencang kasar
3 biji telur asingkan kuning telur dan putih telur
1 sudu teh vanilla
Pati beetroot merah (atau pewarna merah) sesuaikan warna
Secubit garam
Cara Memasak;
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan selai ceri, pati beetroot, sedikit garam serta esen vanilla dan pukul serata.
4. Ayak tepung dan serbuk badam. Gaul tepung campuran halus tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan di atas sehingga sempurna rata.
5. Masukkan juga kurma cincang tadi dan gaul lagi.
6. Pukul putih telur sehingga kembang sempurna di bekas berasingan.
7. Gaulkan menggunakan spatula silikon, putih telur kembang itu dengan adunan kek di atas. Buat dengan lembut dan perlahan sehingga serata.
Tip; Jangan masukkan putih telur sekali gus, boleh buat secara berperingkat agar kegebuan putih telur tadi tidak hilang.
8. Alas tin kek dengan kertas pembakar dan bakar kek di dalam oven 170 Celcius sehingga masak (oven berbeza jadi masa sesuaikan dengan oven anda).
9. Tunggu sejuk dan potong. Hidang dengan ceri segar.
7 Kebaikan Buah Ceri Untuk Kesihatan
1 Mencegah diabetes
Walaupun buah ceri tinggi kandungan gula tetapi rendah glycemic index. Ini boleh membantu kadar gula dalam darah pesakit diabetes.
2 Tidur lebih berkualiti
Ceri kaya dengan melatonin yang boleh membantu mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.
3 Menyingkirkan lemak di perut
Merendahkan risiko radang, mengurangkan stres dan menyeimbangkan kadar kolesterol yang terdapat dalam buah ceri ini merupakan faktor untuk menyingkirkan lemak di bahagian perut.
4 Kurangkan risiko strok
Buah ceri mengandungi bahan anti-radang yang sangat efektif untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
5 Mencegah kanser
Buah ceri kaya dengan flavonoid yang digelar Quercitrin menrupakan agen antikanser yang sangat berkesan.
6 Menghalang arthritis
Buah ceri mengandungi anthocyanins dan bioflavonoids yang membantu mengurangkan risiko penyakit arthritis.
7 Anti-penuaan
Buah ceri kaya dengan melatonin, yang berkuasa untuk mengurangkan proses penuaan.
Hubungan intim boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan. Maka mustahak untuk kedua-dua pasangan memainkan peranan untuk menceriakan lagi hubungan itu.
Mungkin perkara utama pasangan perlu lakukan ialah mengekalkan komunikasi yang telah bermula sebelum mereka berhijrah ke jenjang pelamin. Malah pasangan perlu memperluaskan lagi komunikasi mereka dengan komunikasi secara terbuka, termasuk juga perbicaraan tentang hubungan intim, termasuk tentang keseronokan dan kepuasan serta keruncingan.
Keceriaan dalam hubungan intim seksual akan tergendala apabila pemikiran dan kefahaman pasangan tidak sehala dan mereka sukar untuk bertolak-ansur. Tanpa komunikasi yang terbuka memang sukar untuk bersemuka apatah lagi untuk berbicara tentang isu dan perihal hubungan intim seksual.
Kesihatan dan kesejahteraan ialah tunjang keharmonian rumah tangga. Kedua-dua pasangan perlu amal gaya hidup sihat dan peka tentang penjagaan kesihatan masing-masing. Memandangkan hubungan intim seksual suatu aktiviti lasak, maka mustahak untuk pasangan mengekalkan kecergasan tubuh badan dengan mengamalkan senaman yang berkala.
Tanpa stamina dan kecergasan tubuh badan memang sukar untuk menjayakan apa-apa aktiviti berdaya lasak dan ini termasuk hubungan intim seksual.
Senaman secara berkumpulan atau yang dilakukan secara bersama lebih menceriakan kerana tidak membosankan dan jika dilakukan bersama, sudah tentu dapat meningkatkan lagi keseronokan dan keceriaan.
Pendek kata, mustahak untuk pasangan mengamalkan gaya hidup sihat. Kawal berat badan ke peringkat unggul. Pastikan makan makanan yang seimbang termasuk cukup serat dan air kerana kedua-dua elemen ini dapat mengeluarkan bahan toksik dalam badan.
Amalan makan suplemen seperti vitamin dan zat galian membantu menstabilkan metabolisme pemakanan dalam badan dan mencergaskan sistem reproduktif dan fungsinya.
Amalan tidak sihat seperti merokok, menghisap shisha dan minum minuman keras dan pengambilan najis dadah seperti ganja perlu dielakkan.
Punca Kedinginan
(a) Rokok
Rokok mengakibatkan anggota kelamin lelaki cepat kecut dan kecil dan tidak bertahan lama atau mati pucuk begitu juga dengan shisha.
(b) Minuman beralkohol
Manakala minuman beralkohol pula melemahkan minda dan mengakibatkan individu hilang daya kawalan diri dan ini termasuk kawalan fungsi syahwat lelaki.
(c) Dadah
Pengambilan dadah seperti ganja dan pelbagai menekan sistem kawalan syahwat dan membuatkan pengamalnya rasa hebat dalam hubungan seks, yang secara langsung membuatkan sistem kawalan syahwat menjadi lemah.
(d) Stres
Stres atau tekanan mengancam hubungan intim seksual jika tidak dapat dikawal. Stres mengakibatkan perasaan gemuruh dan berderau (debaran jantung yang luar biasa) dan ini membuatkan perjalanan darah dalam anggota kelamin tergendala dan mengganggu pencapaian ereksi untuk lelaki.
Pengurusan rumah tangga, kehamilan, kelahiran, penjagaan anak dan kerjaya memberi tekanan yang khusus. Keletihan, kelesuan boleh menimbulkan keresahan dan tekanan dalam keharmonian rumah tangga dan mengancam suasana intimasi yang telah terjalin. Ini tidak bererti yang intimasi sudah hilang. Jika pasangan dapat menguruskan semua cabaran itu dengan permuafakatan, keadaan yang tegang akan menjadi tenang dan keceriaan intimasi akan kembali dengan bergelora.
Keresahan, tekanan dan kemurungan boleh ditangani dengan pasangan bekerjasama. Sentuhan, pelukan, kucup dan belaian membantu melegakan minda dan tekanan fizikal serta menghidupkan kembali suasana intimasi.
Bimbingan dan rawatan
Dengan amalan pemeriksaan kesihatan secara tahunan, mereka akan dapat mengetahui kedudukan kesihatan mereka dan mendapat nasihat, bimbingan dan rawatan daripada doktor di peringkat awal lagi. Sebelum penyakit itu mengganggu kesejahteraan kesihatan seksual mereka. Penyakit kronik seperti peningkatan kolesterol, peningkatan gula dalam darah (diabetes) dan peningkatan tekanan darah mengancam fungsi seksual lelaki.
Bagi lelaki, penyakit tersebut boleh menyebabkan kelemahan daya kawalan ejakulasi (ejakulasi pramatang) atau mati pucuk. Apabila fungsi anggota syahwat mula menunjukkan disfungsi, hubungan intim tergendala akibat hilang upaya atau kurang daya seperti gangguan ereksi.
Sebenarnya hubungan intim seksual kekal selama-lamanya. Ia tiada batasan atau sempadan. Pelukan, kucup, urutan dan belaian ialah sebahagian daripada pendekatan intimasi.
Intimasi bukan seks penetratif sahaja. Intimasi seksual boleh dibentuk mengikut keselesaan, kemampuan kesihatan dan kemampuan fizikal kedua-dua pasangan. Sedangkan pasangan yang kurang upaya juga perlukan intimasi. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan kekal ceriakan selalu hubungan intim untuk selama-lamanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Biarpun usianya sudah mencecah 55 tahun, namun figura ini masih kelihatan sihat, muda dan anggun. Tidak dimakan usia, ramai yang menjadikannya sebagai sebuah inpirasi dalam aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan.
Nama Datin Sri Tiara Jacquelina tidak perlu diperkenalkan dengan pengenalan yang panjang. Setiap lakonan mahupun sentuhan karya seninya seringkali mendapat tempat di hati masyarakat. Wanita ini yang juga popular dengan lakonannya sebagai Puteri Gunung Ledang berkongsi rahsia cantiknya agar dapat dijadikan rujukan kepada seluruh kaum wanita di luar sana.
Berbicara soal penjagaan aspek kecantikan, Tiara memastikan waktu tidurnya sentiasa cukup untuk memberi kesegaran pada wajah dan tubuh badan.
Kualiti tidur kita amat penting kerana ia merupakan salah satu kunci untuk menjadikan badan sihat. Tidur selama tujuh jam pun sudah memadai.
Melihat dari perkongsiannya di laman Instagram, ternyata wanita ini masih bertenaga, lincah menguruskan hal kerjanya. Memiliki jadual yang padat, Tiara menyatakan bahawa dia akan memastikan kehidupannya sentiasa sibuk dan itulah peluangnya untuk kekal aktif dan cergas.
“Ramai juga yang bertanyakan rahsia kekal bertenaga biarpun sudah lanjut usia. Sebenarnya, semuanya bermula dari corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan. Saya peka dengan kehendak tubuh badan saya,” tambahnya.
Mengenai aspek pemakanan, isteri tercinta kepada Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini mengamalkan kubis bunga sebagai gantian kepada nasi.
Saya mula mengubah corak pemakanan sejak umur 40 tahun. Oleh kerana itu, saya menukar nasi biasa kepada nasi kubis bunga. Lebih sihat dan mengenyangkan. Saya juga seringkali menjadikan pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai nasihat penting iaitu jangan makan sehingga rasa kenyang, dan makan ketika perut tidak kosong.
Malah, Tiara juga sering mengamalkan minum jus buah-buahan yang dihasilkannya sendiri.
Bagi Tiara, definisi cantik itu agak luas untuk diterokai. Namun, semuanya datang dari diri sendiri. Cantik dalaman mahupun luaran bergantung kepada cara penjagaan tubuh badan.
“Jujurnya, bagi saya, cantik dalaman lebih penting kerana ia menyerlahkan lagi cantik luaran. Namun, lain orang lain pendapat. Apa yang penting, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan,” ujarnya.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...