Setiap pasangan suami isteri punya cara yang tersendiri untuk rai anniversary atau ulang tahun perkahwinan. Rozita Che Wan juga begitu dan bukan semua orang mampu buat cara wanita tinggi lampai ini meraikan ulang tahun perkahwinannya.

IKLAN

Aktres yang mesra disapa Che Ta ini telah mengekalkan tradisi ‘bersanding semula’ sejak tahun 2019. Tahun ini Che Ta bersama suaminya sekali lagi ‘bersanding’ untuk rai anniversary mereka sambil mengayakan baju pengantin dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota.

Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan

Kongsi Che Ta tentang majlis ulang tahun perkahwinannya, “Majlis kali ini memang cukup sederhana kerana situasi semasa pandemik. Tapi tetap nak rasai mood jadi pengantin dengan mengenakan gaun rona putih.

Tahun ini sempat juga melaram dengan baju songket warna maroon rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi. Tahun lalu kalau ada yang masih ingat songket berwarna hijau rekaan pereka fesyen sama jadi pilihan,” ucap isteri kepada Zain Saidin yang terkenal dengan watak Mr Henry Middleton dalam drama Oh My English!

Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan
Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan

Tambahnya lagi, “Masa itu, fotografi dibuat di Pulau Langkawi dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung. Sampai siap diarak dengan paluan kompang. Zain pun siap bertanjak dan berkeris. Kawan baik saya ketika itu jadi ‘ekstra’ tukang palu kompang,” kata kakak kepada aktres Ayu Raudhah ini.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Che Ta turut mengakui sepanjang lapan tahun hidup bersama, ujian berumahtangga sudah menjadi asam garam dalam perkahwinan.

IKLAN
Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan
Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan

“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.

Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan
Rai Anniversary, Rozita Che Wan Kekal Tradisi ‘Bersanding Semula’ 3 Tahun Berturut-Turut
Foto: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan

Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah.

IKLAN

Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” ucap ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI