Menjadi impian setiap wanita khususnya suri rumah untuk melihat ruang dapur sentiasa bersih, kemas, selamat dan kreatif walaupun terletak di sudut yang terlindung. Buat mereka yang mahu berpindah ke kediaman baru atau masih tercari-cari idea untuk menjadikan ruang dapur menarik bolehlah merujuk kepada tip ini.

PERHIASAN

IKLAN

Hiasi meja dengan pasu berisi bunga segar. Selain itu, gantunglah sesuatu di dinding dapur seperti jam dan gambar yang menarik agar suasana lebih ceria. Hias juga dengan langsir sesuai.

PENCAHAYAAN & PENGUDARAAN

Pastikan lampu berada di posisi tepat agar cukup terang untuk anda melihat segenap ruang dapur. Pemilihan lampu dan susun aturnya juga menyerlahkan ruang dapur yang luas dan kemas. Pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara agar alirannya lancar.

RUANG DAPUR Pun Perlu Nampak Kreatif, Begini Caranya!

KESELAMATAN

Dekorasi juga harus mentikberatkan soal keselamatan agar dapat mengurangkan risiko. Contoh, tempat letak peralatan tajam seperti pisau di kedudukan yang selamat agar tidak mudah dicapai oleh si kecil. Utamakan keselamatan dalam berkreativiti.

MATERIAL

Material bagi permukaan lantai dan dinding mestilah mudah dicuci. Paling penting di dinding dan sinki. Tile merupakan pilihan terbaik. Begitu juga dengan kabinet dapur. Pastikan materialnya tahan kepanasan dan kebasahan serta tahan lasak di samping mudah dicuci.

IKLAN

RUANG DAPUR Pun Perlu Nampak Kreatif, Begini Caranya!

PERALATAN DAPUR

Apa yang diperlukan hanyalah sedikit sentuhan kreativiti agar kedudukan peralatan ini di lokasi berdekatan dan ada ruang selamat bagi memudahkan pergerakan. Pilih peralatan mengikut keperluan dan keluasan dapur agar dapur anda tidak nampak sempit.

IKLAN

WARNA

Pilih warna yang dapat menyembunyikan kekotoran. Warna-warna terang sering menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur. Sebenarnya, tiada warna khusus dalam mendekorasi ruang dapur. Usah ragu bermain dengan warna. Ikut citarasa anda.

KESELESAAN

Jika anda berasa selamat dan selesa ketika bekerja di dapur, itu bermakna anda berjaya mencipta kreativiti. Jangan terlalu banyak meletakkan barangan terdedah di luar, atas meja dan kabinet dapur. Sebaiknya ia tersorok namun mudah diakses.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI