Mempunyai sahabat yang ramai memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jiwa. Tetapi apa yang akan berlaku jika sahabat yang diharapkan menjadi penawar di kala suka dan duka menjadi racun dalam diam yang akhirnya boleh merosakkan hubungan serta kehidupan. 

IKLAN

Mungkin di awal persahabatan anda dengannya memang rapat. Semuanya hendak dikongsi. BFF lah katakan. Tetapi bila sampai mengajak anda berbuat perkara-perkara yang negatif atau tindakannya yang kerap meminjam duit daripada anda adakah ia sesuatu yang bagus? Mesti menimbulkan ketidakselesaan. 

Saat Sahabat Menjadi Racun, Lakukan 6 Perkara Ini!

Anda mempunyai sahabat seperti ini? Berikut cara teguran yang boleh anda lakukan.

  • BERBINCANG SECARA EMPAT MATA

Ajak dia bercakap dari hati ke hati secara berdua saja. Berterus teranglah dan ucap kata-kata yang betul dalam ketegasan namun jangan sampa tersinggung. 

  • BERSIKAP TEGAS

Usah terlalu berlembut anda juga yang rugi. Tunjukkan ketegasan anda sebagai sahabat dan katakan padanya anda dengan senang hati untuk membantu jika termampu tetapi ada batas kesanggupannya. Jelaskan padanya untuk merosakkan kepercayaan dan persahabatan hanya dengan hal-hal seperti pinjam duit liat hendak bayar. 

IKLAN
  • JIKA PERLU ELAK BERJUMPA

Jika dia benar-benar membawa pengaruh yang buruk buat anda dan tiada perubahan lebih baik elakkan bertemu. Lama kelamaan dia sendiri akan sedar mengapa seorang demi seorang meninggalkannya dan mungkin tidak mahu bersahabat dengannya lagi.

IKLAN
  • GUNA ORANG TENGAH

Jika dia mempunyai kawan lain, adik beradik atau ahli keluarga minta tolong mereka untuk cuba menasihatinya agar sedar dari sikap buruknya itu. Jika tiada yang boleh membantu, selagi bergelar sahabat anda sendirilah yang harus berusaha lagi untuk mengubahnya.

  • JANGAN TERPENGARUH

Walau pun dia menangis tersedu-sedu di hadapan anda jangan mudah terpedaya dengan air matanya! Tegarkan hati anda dan jangan mudah memaafkan serta melupakan kesalahannya jika dia sendiri tidak mahu berubah. 

  • JANGAN BERTIKAM LIDAH

Tidak perlu menerangkannya secara panjang lebar tentang keadaan anda. Seharusnya dia tahu kesalahannya. Tahan kritikan anda jika ia boleh menyakiti.Bukan saja dia anda juga boleh sakit hati dan panas jika bertikam lidah dengannya. Hanya mengeruhkan lagi keadaan jika tanpa penyelesaian.Tidak perlu takut kehilangan sahabat sepertinya namun dalam masa yang sama tidak pula mencari musuh.AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI