Ads

Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman. Begini Caranya Memilih Yang Sesuai

Selain kabinet, dinding, lantai dan perabot, pencahayaan lampu juga antara unsur utama dalam tata hias kediaman. Penggunaan lampu adalah minimum pada waktu siang kerana kita lebih banyak menggunakan cahaya natural.

Waktu malamlah kita bergantung sepenuhnya terhadap cahaya lampu khususnya dalam rumah. Maka, pentingnya untuk tahu cara menggunakan peralatan lampu. Selain sebagai perhiasan, elemen pencahayaan lampu juga membentuk gaya hidup pemilik.

Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman. Begini Caranya Memilih Yang Sesuai

TIP MEMILIH LAMPU

Ads

Jika anda sedang mengubah suai rumah namun mempunyai bajet yang terhad, mulakan pemilihan lampu di ruang makan atau ruang tamu.

Pilih lampu meja dan lampu berdiri sekurang-kurangnya 2-4 biji bagi memudahkan anda untuk melakukan quick makeover di ruang rumah. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut kehendak.

Ads

Jika anda mahukan tarikan pada dinding, gunakan sebiji lampu dinding yang cantik agar dapat memberikan pancaran cahaya lampu yang kreatif dan unik pada dinding.

Ads

Salah Pilih Lampu Boleh Jejaskan Dekorasi Kediaman. Begini Caranya Memilih Yang Sesuai

Jika almari pakaian anda kelihatan gelap atau suram, lekatkan sahaja bal LED tap-on agar mudah untuk anda melihat barang-barang di dalamnya. Ia mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa aliran elektrik. Maka, anda boleh menjimatkan kos pemasangan lampu di almari.

Kini, semakin kurang pemilik rumah yang menggunakan siling plaster dan lampu sorot ke bawah atau downlights kerana lampu tetap di siling lebih nampak hebat. Jika anda mahukan pencahayaan lampu yang lebih cerah, tambahkan sahaja lampu meja atau lampu berdiri.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Amyra Rosli Bahagia Di Sisi Amar Baharin

Hampir Sedekad Kahwin & Tanpa Kontroversi, Amyra Rosli Bahagia Di Sisi...

Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.