Baru-baru ini gadis cantik berketurunan kerabat Diraja Kelantan ini memuat naik 2 gambar Bondanya semasa muda di laman Instagram bersempena ulang tahun kelahiran Bondanya itu yang ke 52 tahun.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaCantik sungguh rupa paras Bondanya, Nik Safuanah Mohd Hashim yang berasal dari Kelantan dan Perak.

IKLAN
Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Bonda Puteri Annisa semasa di majlis perkahwinannya. Sangat cantik!

Terbukti raut wajah Puteri Annisa Amir atau mesra digelar sebagai Puteri ini saling tak tumpah seperti Bondanya ketika muda. Lebih menarik lagi, Puteri juga berketurunan Melayu-Cina-Uzbekistan. Patutlah cantik!

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaSelain kini bergelar kakitangan kerajaan, Puteri juga aktif sebagai model sambilan.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaRAPAT DENGAN BONDA
Puteri sangat rapat dengan Bondanya yang digelar sebagai Mama. Puteri juga bertuah kerana dikurniakan seorang ibu berjiwa luhur dalam menjaga kebajikan insan yang memerlukan.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Puteri Annisa bersama Bondanya yang kini berusia 52 tahun.

“Saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan paling rapat dengan Bonda. Kami sering memasak bersama-sama. Kalau duduk berdua kami suka berbual mengenai fesyen terkini termasuk tentang masakan.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Potret Puteri Annisa ketika kecil. Comelnya!

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaSelain anak-anak, Bonda juga menjadi kesayangan ramai antaranya di kalangan anak-anak saudara, rakan sekolah serta rakan sekerja Bonda.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Manisnya Puteri Annisa bertudung.

Apa yang paling saya inspirasikan tentang dirinya ialah Bonda sangat berdikari, gemar melakukan kerja-kerja amal dan sukarela. Selain itu, Bonda juga aktif dalam persatuan di Kota Bharu, Kelantan.”

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Bonda Puteri Annisa seorang yang sangat aktif dalam persatuannya.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaKe mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mewarisi jiwa luhur Bondanya, Puteri turut aktif menyertai aktiviti amal bersama Persatuan Kerabat Diraja Kelantan antaranya pengurniaan zakat buat anak-anak tahfiz dan yatim, serta pengurniaan zakat buat golongan asnaf dan lawatan ke rumah orang-orang asli Kelantan.

IKLAN

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaSaling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaPENARI ISTANA
“Bonda bergelar penari istana sejak usianya 19 tahun. Menurut Bonda, setiap anakanda kerabat Diraja Kelantan akan diasuh untuk membuat persembahan di majlis-majlis keraian istana.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa Muda
Bonda Puteri bergelar penari istana semasa usianya 19 tahun.

Antara pengalaman Bonda ialah membuat persembahan Taridra Cik Siti Wan Kembang ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang di Kelantan. Selain itu, Bonda juga pernah membuat persembahan di luar negara,” kongsi Puteri yang dilahirkan di HUSM Kubang Kerian. Puteri turut mendedahkan Bondanya mengidam buah delima ketika mengandungkannya.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaAIR TANGAN BONDA
“Antara air tangan Bonda paling saya gemari ialah Gulai Cik Banding menu tradisi Kelantan. Petua masakan yang sering Bonda kongsi ialah sebelum memulakan apa-apa masakan didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah,” ungkap Puteri.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaSejak usia 6 tahun lagi Puteri juga sudah menunjukkan minatnya terhadap dunia masakan apabila gemar membelek buku-buku masakan milik Nendanya, Y.M Tengku Anisah@Zainab Binti Y.M Tengku Muhammad.

IKLAN

PETUA YANG DIPERTURUNKAN
“Petua sihat cantik yang diperturunkan oleh Bonda ialah selalu amalkan tidur dan rehat yang cukup. Di samping minum air suam dan lebihkan pengambilan ulam-ulaman seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk paku dan pegaga.

Bagi saya ulam adalah suplemen semula jadi terbaik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Petua ini juga amalan turun temurun keluarga saya. Bonda turut berpesan sentiasa berfikiran positif dan elak prasangka buruk.

Saling Tak Tumpah, YM PUTERI ANNISA Mewarisi Kecantikan Bondanya Semasa MudaBonda juga berpesan buat anak-anaknya, sentiasa menghormati orang di sekeliling tidak kira tua atau muda. Memaafkan adalah cara terbaik daripada menyakiti.

Bercakap tentang impian perkahwinan saya semestinya berkonsepkan Melayu klasik tradisi Kelantan. Ini termasuklah para tetamu yang hadir ‘wajib’ menyarungkan baju tradisional Melayu termasuk kehadiran rakan-rakan berbilang kaum.”

Kredit Foto: Instagram @puteri.annisa.amalin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI