Tumpang gembira bila mendapat perkhabaran tentang suami kepada selebriti bersuara lunak, Datin Salwa Abdul Rahman dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
IKLAN
Tanpa membuang masa terus NONA menghubungi penyanyi era 1980-an yang popular dengan lagu seperti Cubit-Cubit Sayang, Satu Dua Kau, Rindu Merindu dan Bohong Ah Bohong ini lantas mengucapkan tahniah kepada wanita yang kekal awet muda ini.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul RahmanFoto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
“Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka. Syukur kerana jasa Abang Bad pada negara dihargai,” ucap Datin Salwa yang tetap membahasakan dirinya sebagai Kakwa walaupun sudah memegang gelaran Datin.
Datuk Subadron Abdul Aziz merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kuala Lumpur, telah dikurniakan Darjah Kebesaran membawa gelaran Datuk di Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2022.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
Pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu, seramai 59 individu menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Turut menerima PNW ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Datuk Leong Mun Yee.
Bila ditanya kepada Datin Salwa tentang perasaannya apabila suami tercinta mendapat gelaran tersebut, jawabnya, “Alhamdulillah, rasa terharu dan bangga dengan pencapaian Abang Bad sehingga dikurniakan penganugerahan ini.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
Abang Bad sangat cintakan sukan bola sepak. Bola sepak ni dah macam darah daging buat suami. Saya bersyukur bila segala jasa dan pengorbanan Abang Bad dalam bola sepak dihargai,” tutur Datin Salwa tentang dedikasi suaminya terhadap dunia bola sepak.
Sebagai seorang isteri Datin Salwa begitu kagum dengan semangat juang suaminya. “Waktu mewakili pasukan Kuala Lumpur dan Kebangsaan Abang Bad sangat menentang rasuah. Beliau berjuang bermati-matian untuk menang dalam setiap perlawanan.
IKLAN
Setelah bersara, Abang Bad buka akademi bola sepak beliau sendiri sehingga mendapat anugerah akademi terbaik pada tahun 2016. Suami sanggup beli 4 ekar tanah semata-mata untuk buat padang bola sepak dan stadium sendiri.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
Matlamatnya supaya boleh melatih serta mencurah sepenuh ilmunya pada anak-anak yang berminat agar cemerlang dalam sukan bola sepak.
Abang Bad tak mahu anak remaja berkeliaran, kurang pelajaran dan menganggur. Sekurang-kurangnya kalau anak-anak lemah dalam pelajaran tapi berminat bermain bola suami boleh melatih mereka sehingga berjaya.
IKLAN
Atau menghantar mereka bermain untuk pasukan Kuala Lumpur atau mana-mana negeri. Itu cita-cita Abang Bad,” ucap Datin Salwa tentang suami tercinta.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Salwa Abdul Rahman
Sebagai seorang isteri sudah tentu menjadi tanggung jawabnya untuk menyokong apa sahaja yang diusahakan oleh suami. “Saya sebagai isteri sentiasa berada di belakang menyokong memberi semangat. Cita-cita Abang Bad besar. Beliau ingin melihat pasukan kebangsaan berjaya, bermutu dan disegani.
Anak-anak pula sangat bersyukur dan bangga dengan kesungguhan serta semangat papa mereka. Kami melihat perjuangan Abang Bad daripada awal dan sentiasa menjadi bapa contoh yang berjaya,” bicara Datin Salwa mengakhiri perbualan.
Ringkas tulisan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah. Seperti terngiang-ngiang ayat pesanan beliau di sidang media tempoh hari tentang situasi di ICU yang kian kritikal.
Peniaga merungut rugi. Ibu bapa merungut anak ketinggalan pelajaran. Yang di bandar merungut rindukan kampung halaman. Yang suka berjalan merungut rindukan tempat percutian. Kebelakangan ini media sosial banjir dengan rungutan.
Semua pihak merungut apabila PKP 3.0 berkuat kuasa. Majoriti rakyat tuding-menuding jari, semua orang salah, semua ini sandiwara dan kerajaan gagal buat kerja… kata mereka.
Tapi jari yang menulis kata nista, bukan jari-jemari yang bekerja keras menyelamatkan nyawa. Jari-jari yang berlumur darah, peluh dan sanitizer, silih berganti mengubat pesakit yang tinggal nyawa-nyawa ikan di ICU.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham
Ini Perjuangan Kita
Pagi tadi, terasa lain benar hantaran hero negara kita yang baru saja melangkah ke usia 58 tahun ini. Beberapa keping foto frontliners lengkap bersut PPE di muat naik, seolah membayangkan situasi cemas di hospital.
“Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM atau frontliners yang lain. Kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dgn PKP kendiri dgn duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP.
InshaAllah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19.” Noor Hisham Abdullah
Beliau juga turut berkongsi foto suasana di ICU, dimana ke semua katil telah dipenuhi oleh pesakit COVID-19 yang menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sila duduk di rumah, kerana jika anda dan keluarga dijangkiti COVID-19 mungkin akan sampai masa kita tidak ada katil ICU yang mencukupi.
Kalau terpaksa keluar rumah kerana urusan penting, patuhilah kepada segala SOP, elakkan 3S dan amalkan 3W.
Bantulah kita untuk membantu anda sekeluarga.
Dalam pada itu, pengorbanan frontliners lain seperti pihak Polis Kuala Lumpur yang berjuang mempertingkatkan operasi pematuhan PKP 3.0 pada bulan Ramadan ini juga membuktikan komitmen terhadap kesihatan rakyat.
Semoga jihad para petugas barisan hadapan ini akan menerima sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT.
Tanamkan di fikiran bahawa ini adalah perjuangan kita semua. Sama-samalah kita mematuhi segala saranan KKM demi masa depan yang lebih baik.
Teman-teman mula menegur bentuk badan lebih besar daripada biasa. Apabila tersentak melihat jarum mesin penimbang semakin meningkat perasaan takut datang tiba-tiba. Apa yang perlu dilakukan untuk kembali langsing seperti selalu. Cara yang mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kandungan kalori yang masuk ke dalam tubuh. Jangan lupa untuk menambah input bersenam dalam gaya hidup agar kadar metabolisme tinggi untuk membakar lemak dalam badan.
Tukar ini : Dressings yang diproses
Ambil ini : Minyak zaitun dan balsamik
Salad adalah makanan yang paling sesuai untuk mereka yang mahu berdiet. Gabungan sayur-sayuran pelbagai warna dapat memenuhi keperluan diet. Cuba gunakan bahan semula jadi pada dressing berbanding bahan yang diproses.
Tukar ini : Gula
Ambil ini : Serbuk kulit kayu manis
Kopi adalah minuman yang sedap diminum panas atau sejuk. Kita boleh kurangkan kalori kopi dengan menukarkan gula kepada serbuk kulit kayu manis. Bukan sahaja boleh kurangkan kalori malah menambah perisa. Boleh juga ditabur pada oat.
Tukar ini : Lempeng bersama sirap
Ambil ini : Lempeng bersama buah-buahan
Lempeng yang tidak mengandungi gula adalah sarapan yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan kalori. Namun jangan ditambah dengan sirap yang kaya dengan gula sebaiknya tabur dengan buah-buahan.
Tukar ini : Daging berlemak
Ambil ini : Daging tanpa lemak
Daging boleh diambil sekali-sekala tetapi perlu memilih daging yang tidak berlemak. Untuk mendapat protein tanpa lemak pilih daging ayam berbanding daging lembu.
Ambil ini : Jus buah segar
Tukar ini : Jus buah dalam tin
Buah-buahan kaya dengan vitamin dan garam galian bagi memenuhi keperluan tubuh. Tukar tabiat mengambil air buah yang telah diproses berbanding dengan jus buah yang dibuat sendiri.
Ambil ini : Sayur bayam
Tukar ini : Iceberg lettuce
Gantikan iceberg lettuce kepada sayur bayam dalam salad. Sayur bayam kaya dengan vitamin K, vitamin A, kalsium dan besi.
Ambil ini : Roti kismis
Tukar ini : Muffin beri biru
Anda boleh mengurangkan hampir 100kcal jika menukar muffin beri biru kepada roti kismis. Lebih sedap lagi apabila roti kismis dimasak sendiri.
Ambil ini : Daging panggang
Tukar ini : Daging digoreng
Daging kaya dengan sumber protein tetapi cara memasaknya juga perlu diambil kira. Seelok-eloknya masak daging dengan cara memanggang untuk mengelak minyak terlalu banyak secara goreng. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi…
Menyedari betapa pentingnya fungsi organ peranakan wanita untuk menyambung zuriat keluarga, Pakar Sakit Puan terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat berkongsi 10 cara terbaikl untuk menjaganya. Semoga ilmu yang disampaikan ini berfaedah untuk ramai wanita.
Rahim diciptakan khas untuk wanita sebagai tempat pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ serta anggota yang sempurna, sebelum akhirnya ditiupkan roh ketika berusia 120 hari.
Namun ketika ini, semakin ramai wanita yang mengalami penyakit berkaitan rahim antaranya ketumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan.
Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan yang banyak serta risiko kemandulan. Sungguh menyedihkan apabila situasi ini berlaku.
Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama, tetapi masih boleh dibuang dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
10 Cara Penjagaan Rahim
(1) Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara atau adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Berusaha untuk elakkan diri daripada faktor-faktor penyebab.
(2) Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari ketumbuhan fibroid dan adenomyosis. Ketika hamil, otot rahim membesar dan kembang hingga 1000 kali saiz normal. Selepas bersalin, ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam risiko ketumbuhan fibroid dan adenomyosis.
(3) Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesteron meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang, estrogen boleh menimbulkan pelbagai penyakit dan gangguan. Diantaranya:
Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
Kemandulan dan sukar hamil.
Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan. Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga adalah sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan semburan pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
(4) Faktor yang mengganggu keseimbangan hormon ialah tekanan fizikal dan mental serta gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet, kegemukan (obesiti) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesteron berkurangan.
(5) Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Seringkali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.
Jika menghadapi masalah lelehan atau vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, itu adalah antiseptik terbaik untuk wanita. Ambil suplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Suplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya di bahagian rahim.
(6) Kegemukan perlu dikawal daripada umur kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini, kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa melayan kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja pula dilanda kegemukan bila belajar di sekolah, kolej dan universiti.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak sempat untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula di sini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidakseimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
(7) Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak ke dalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan pelbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakan. Akhirnya rahim rosak dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
(8) Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Memang ada disebut dalam Al-Quran, wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah atau melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid akan menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.
(9) Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
(10) Banyakkan makanan yang membantu dalam menjaga rahim contohnya nanas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesteron, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti-inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyakkan makan sayur-sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, tauge dan lain-lain. Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, badam, walnat dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.
Lebihkan pengambilan ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
Amalkan suplemen multivitamin, vitamin C (1GM) dan E(400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...