Alahai, comelnya anak perempuan Fasha Sandha dan Aidil Aziz! Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama pada 7 Ogos lepas, gelagat dan telatah comel Aisha Amaira nyata menambat hati para peminat Fasha dan Aidil.
Berkongsi foto terkini sempena sambutan hari lahir Aisha di Instagram, jelas terpancar reaksi gembira anak bongsu dari tiga beradik tersebut. Aisha yang mengenakan gaun beropol merah jambu tampil sedondon dengan ibu, ayah dan kakak serta abangnya.
Memandangkan situasi negara yang masih berada dalam Fasa Pemulihan Negara ekoran pandemik Covid-19, hari lahir Aisha disambut meriah walau pun sekadar diraikan di rumah saja. Turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah ibu Aidil dan adik Fasha, Elisya.
Sementara itu, Fasha meluahkan rasa syukur atas kurniaan anak ketiganya ini. “Love of my life Aisha Amaira. Anak yang tak banyak ragam. Alhamdulillah, bijak. Semoga membesar dengan sihat sayang. Kasihan sayang ibu, dilahirkan ketika PKP sekarang dah setahun masih PKP. Walau pun hanya kita, tetap kena bergambar kenangan for your birthday. I love u Anje ibu.”
Luahan rasa syukur turut dizahirkan Aidil buat permata hatinya. “Aisha Amaira dah setahun. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Hari ini hari yang special untuk Aisha, kami raikan Aisha dengan situasi norma baharu. Yang penting Aisha happy sebab dia tak faham apa-apa lagi pasal birthday.
Kepada keluarga dan teman-teman, doakan yang terbaik untuk birthday girl ni ok. Itulah senjata yang merapatkan hati kita walau tak bersua muka. InshaAllah ada rezeki, tahun depan kita celebrate dengan keluarga tercinta.”
Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dengan sekali lafaz. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal, 7 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun.
Kredit foto: Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz