
Cerita tentang pengasas jenama Modvier, Sarah Shah Nor menjalani proses IVF untuk mendapatkan anak kedua menyuntik inspirasi kepada setiap wanita. Walaupun kos untuk menjalani IVF ini tinggi tetapi terdapat pelbagai cara dan usaha seperti sokongan kewangan daripada badan-badan yang tertentu.
Kelahiran bayi IVF, Nadyne Zulfa setahun yang lalu telah melengkapkan kehidupan pasangan suami isteri ini disamping Rafiq Zulkarnain yang kini berusia 9 tahun.
Pengorbanan seorang isteri yang perlu menempuh ujian demi ujian serta rawatan yang berkaitan sepanjang proses IVF tidak perlu dipertikaikan. Namun, suami juga turut menjadi penyokong kuat isteri dengan sokongan moral yang tidak bertepi. Ashrul Rizal sanggup meninggalkan jawatan dengan gaji lumayan semata-mata mahu menjaga isteri sepenuh masa sepanjang meneruskan rawatan IVF ini.
“Membina keluarga perlukan komitmen di antara suami dan isteri. Doa kami berdua dimakbulkan dan kami melalui laluan yang mudah dengan perancangan Sang Pencipta yang begitu cantik. Dahulu ketika anak pertama saya tidak pernah menemani isteri sepanjang proses kehamilan kerana tugas saya yang banyak dihabiskan di offshore. Dia pergi buat check-up bulanan di hospital pun sendiri.

Saya fikir sudah tiba masanya saya berhenti kerja demi menyokong isteri. Walaupun tidak sebesar mana pengorbanan yang saya lakukan tetapi saya cukup bangga kerana dapat menemani detik sukar yang dilalui oleh Sarah. Apabila melihat kesukaran yang dilaluinya baru kita mengerti dan menghargai besarnya pengorbanan seorang isteri untuk suami dan keluarga.
Dahulu saya tidak tahu menjaga anak sebab sekali-sekala sahaja pulang ke rumah. Sekarang Nadyne memang melekat dengan saya berbanding anak pertama dahulu. Begini agaknya Sarah membesarkan anak seorang diri dahulu,” gurau Ashrul Rizal yang kini membantu isteri menguruskan syarikat mereka ini.
Tambahnya seorang suami perlu memberikan komitmen dalam usaha mendapatkan zuriat. Tidak boleh membiarkan sahaja isteri menerima rawatan tanpa sokongan fizikal dan juga mental.
Perasaan malu segelintir wanita mendapatkan anak bukan secara normal masih menebal. Terdapat juga wanita malu jika orang tahu mendapatkan anak menggunakan kaedah IVF, tetapi tidak pula pada Ashrul.
“Saya langsung tidak rasa malu bila orang tahu saya menggunakan kaedah ini. Anugerah anak melalui IVF juga merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Walau apa pun kaedah yang kami suami isteri cuba, ia tetap anak kami berdua.
Malah, Nadyne Zulfa yang kini telah berusia setahun lebih adalah anugerah yang sangat berharga buat kami. She’s grown into this amazing young girl. Perfection di mata kami berdua,” jelas Sarah yang berusia 34 tahun ini sambil mata melirik kepada suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Yang pasti, inilah dia wanita yang menjadi sumber kekuatan dan tulang belakang kepada kejayaan Mo Salah hari ini. Tanpa dirinya, pemain dari Mesir tersebut tidak akan pernah menjadi sehebat seperti sekarang. Magi atau nama sebenarnya Maji Mohammed Sadiq dilahirkan di Mesir sama seperti suaminya dan mula mengenali ketika zaman remaja. Kedua-duanya mendapat pendidikan di sekolah yang sama di sebuah perkampungan di Basion, Gharbia.

Selain wajah cantik dan penampilan yang disifatkan ‘berbeza’ daripada situasi biasa bagimisteri pemain bola sepak, Magi juga seorang wanita yang malu berada di depan khalayak. Bayangkan, hampir sedekad Mo Salah berkecimpung dalam pentas bola sepak… hanya empat kali sahaja kelibat Magi muncul di sisi suami tercinta.
Magi Salah juga ‘lari’ daripada tipikal isteri atlet sukan bola sepak. Tidak sekadar memiliki keperibadian yang unik, misteri dan merendah diri… Magi juga sebenarnya seorang yang berpendidikan dan mempunyai kerjaya sebagai ahli bioteknologi. Pendapatan yang diterimanya juga bukan calang-calang. Pun begitu, dia tetap mahu kekal low profile.






