Sanggup Redah London, Berbaris 5 Jam & Berjalan 9km, Tunku Temenggong Kedah Mahu Sampaikan Penghormatan Terakhir!

Terharu membaca pengalaman anakanda almarhum Sultan Abdul Halim, YTM Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz ketika berkunjung ke London baru-baru ini. Sebagai kerabat diraja Kedah, kemangkatan Ratu Elizabeth II pasti sedikit sebanyak menyentuh hatinya apatah lagi diselubungi suasana berkabung di bumi Inggeris tersebut.

Dalam perkongsian terkini Tunku Puteri Intan Safinaz, puteri raja ini dilihat membawa sejambak bunga dan berbaris menyertai ribuan rakyat Britain untuk memberikan penghormatan terakhir kepada monarki terlama berkhidmat di dunia itu.

“Penghormatan bunga peribadi saya kepada mendiang Ratu Elizabeth II.

Kami kebetulan berada di London pada waktu menyedihkan ini, jadi saya ingin menyampaikan sejambak bunga di atas pemergiannya.

 

 

 

Sepatutnya kami hanya memperuntukkan satu jam di sini, tetapi secara tidak sengaja terperangkap dengan ratusan ribu orang yang berada di Green Park, St James’s Park dan Istana Buckingham.

Seperti kami, semua orang berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu sebelum disemadikan secara rasminya pada 19 September (hari ini).” Tunku Puteri Intan Safinaz

 

 

 

 

 

Tunku Puteri Intan Safinaz turut menceritakan pengalaman berbaris selama berjam-jam bersama rakyat jelata Britain untuk menyampaikan bunga.

“Kami perlu berbaris dan bergerak bersama-sama dengan mereka yang berkabung, kanak-kanak, ibu bapa, pesara tentera dan wanita, warga emas, mereka yang berkemampuan sepenuhnya serta mereka yang berkeperluan khas.

Kami bergerak ke satu arah, memberi penghormatan tersendiri dengan berjalan ke kawasan penghormatan bunga.

Kami menghabiskan masa selama lima jam dan berjalan sejauh 9 km dalam versi berbaris kami sendiri. Ia adalah cara saya menyampaikan mesej terakhir kepada mendiang Ratu.

Terima kasih Ratu Elizabeth II atas semua yang telah dicurahkan kepada rakyat Tuanku dan Komanwel. Anda kini selamat pulang, berehatlah dengan tenang.” Tunku Puteri Intan Safinaz

 

 

Menyifatkan pengalaman tersebut sebagai lima jam berjalan yang memenatkan, Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) itu tetap menikmati suasana sambil membaca kad dan melihat jambangan bunga yang diletakkan untuk memperingati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Dalam lawatan beliau ke London, Tunku Puteri Intan Safinaz turut berkesempatan menemui anak-anak saudaranya iaitu Raja Sarina dan Raja Safia di sana. Beliau sebelum itu berkunjung ke Ibu Pejabat Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) di Geneva.

Tunku Puteri Intan Safinaz, 56 tahun, mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui Persatuan BSMM sejak Julai 2018. Beliau merupakan puteri bongsu almarhum Sultan Abdul Halim dan almarhumah Sultanah Bahiyah.

Tunku Puteri dikelilingi anak-anak buahnya

Sumber: @tunkuputeri

IKLAN
Share