Seronok tengok Datin Seri Zizie Izette pergi bercuti dengan lima anak kecilnya di Genting Highlands. Sudahlah comel-comel belaka, pakai baju pun sedondon dengan ibu dan adik-beradik yang lain. Cute sangat!

Namun apa yang paling mencuri tumpuan ialah kehadiran pembantu rumah yang turut menemani isteri kesayangan Datuk Seri Bung Moktar sepanjang percutian singkat tersebut. Bukan seorang dua sahaja yang dibawa bersama… tapi ada lima orang! Siap masing-masing mengenakan uniform warna yang sama dengan Datin Seri Zizie dan anak-anak lagi.

IKLAN

Perkara tersebut menarik perhatian ramai dan menjadi bualan netizen di media sosial selepas pelakon dan penerbit ini memuatnaik gambar percutian mereka di Instagram miliknya semalam. Kongsi Datin Seri Zizie, “With the kids and their nannies at Skytropolis. Tiba-tiba terflashback 2 tahun lepas when I only had Jenna.

And today, bila jalan dah penuh satu kereta. Dalam sekelip mata rasanya keluarga jadi besar. Alhamdulillah, rumah dah tak sepi lagi.”

Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak!

Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak! Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak!

Untuk kesekian kalinya, Datin Seri Zizie kembali bercuti di salah sebuah hotel mewah di Genting Highlands memandangkan tertarik dengan suasana dan cuaca sejuk di sana. Memang cukup dikenali sebagai selebriti dan ibu yang gemar melancong bersama anak-anak tidak kira di dalam mahupun luar negara… kakak kepada Shaheizy Sam ini pernah bercuti sampai ke Paris, Belanda dan Rusia.

Bahkan ketika sedang mengandungkan Aalisa Belle pun beliau masih rajin pergi melancong bersama empat anak kecil hingga ke Sepanyol! Hanya mereka yang ‘kaki melancong’ saja faham perasaan Datin Seri Zizie. Iyalah, bila sudah minat… apa cabaran pun sanggup redah.

Dilabel sebagai antara selebriti yang ramah melayan komen peminat di media sosial, ibu berusia 40 tahun ini nyata cukup terbuka berkongsi sisi peribadi bersama anak-anak dan pembantu rumah. Ketika disapa peminat yang kagum dan sependapat dengan tindakan beliau untuk menggaji lima pembantu untuk setiap anak, ini jawapan jujur Datin Seri Zizie.

Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak! Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak! Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak!

Satu Maid Jaga Satu Anak, DATIN SERI ZIZIE Hargai Jasa Maid Bantu Urus 5 Anak!

IKLAN

“Betul, diaorang masih kecil bawah dua tahun kecuali kakak (Jenna). Dah la time ni tengah lasak panjat berlari sana-sini. Bila dah besar sikit dah tak perlu ramai dah. Dua orang mungkin dah memadai.”

Tidak mahu menafi dan mengetepikan pertolongan maid, wanita berkulit putih gebu ini tidak malu mengaku rutin hariannya banyak dibantu oleh mereka berlima.

“Sudah semestinya! Tapi dengan adanya diaorang memudahkan lagi perjalanan hidup seharian tu. Kalau kita sibuk di dapur atau ada kerja lain, ada orang lain yang boleh diharapkan untuk tengok anak-anak.”

IKLAN
View this post on Instagram

✨Good morning✨#aalisabelle

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Malah, tatkala ditanya bagaimana beliau dan suami mampu menggaji pembantu rumah yang ramai… Datin Seri Zizie menjawab pertanyaan tersebut dengan sopan dan bersyukur kerana diberikan rezeki lebih untuk tujuan tersebut.

1 Mac lalu, beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang comel dan anak bongsu daripada lima beradik yang diberi nama Aalisa Belle Izette.

 

 

Kredit: Instagram Datin Seri Zizie Izette

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI