Perkahwinan adalah satu hubungan dibina antara dua insan yang memerlukan pengorbanan dan ia merupakan ikatan perhubungan untuk seumur hidup. Tiada siapa yang inginkan ikatan perkahwinan dibina musnah dan berakhir separuh jalan. Tanpa kerjasama dan usaha antara dua pihak untuk menjaga ikatan yang halal ini sehingga ke akhir hayat, amat mudah untuk salah seorang bersikap curang.

Isu curang dalam perkahwinan bukan sesuatu yang baru dan memberi kesan buruk kepada sesebuah perkahwinan sehingga ada yang mengambil keputusan untuk bercerai. Tidak rela bermadu juga merupakan faktor utama kes cerai. Ya, memang setiap pasangan akan melalui cabaran yang berbeza-beza. Tetapi isu curang tidak boleh dianggap normal dalam ikatan perkahwinan. Kita tidak boleh berdiam diri dan biarkan ia terjadi kepada kita mahupun pasangan kita.

IKLAN

Ini ada beberapa cara yang boleh anda lakukan di mana anda boleh mengelak pasangan berlaku curang dan menipu anda.

1. JANGAN INGAT SUAMI TAK CURANG

Ini mungkin kedengaran agak pelik. Tapi percaya lah, tidak salah untuk meletak sedikit rasa sangsi kepada pasangan anda. Jangan terlalu percaya atau yakin yang suami anda tidak akan curang. Biar si suami tahu anda ada sedikit perasaan ragu-ragu terhadap dia. Ini kerana menurut penulis Gretchan Rubin, jika anda tidak boleh menduga suami akan curang, ketika itulah suami akan lebih mudah tergoda!

Dan anda harus ingat, ada pasangan yang luarannya ‘nampak bahagia’ dan tidak mempunyai masalah yang berat juga sebenarnya boleh curang di belakang pasangannya!

“Saya Janji Tak CURANG Sayang”, Ini Cara Jaga Suami Supaya Tak Curang Belakang Anda!

2. CEMBURU BUTA

Cemburu itu tandanya sayang. Namun, berhati-hati. Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan perasaan cemburu yang melampau atau cemburu buta kerana ini boleh merosakkan hubungan anda bersama pasangan. Perkara yang kecil-kecil pun akan ada rasa semuanya tak kena sehingga menuduh pasangan melakukan perkara yang bukan-bukan dan tak serious pun sebenanrnya.

 

3. PUASKAN KEHENDAK SEKSUAL PASANGAN

Memenuhi kehendak seksual pasangan adalah kunci hubungan suami isteri yang sihat. Inilah sebab kenapa anda perlu sentiasa mengekalkan hubungan intim bersama pasangan dan sentuhan fizikal ni memang ada magisnya. Teknik sentuhan seperti pelukan, ciuman dan mandi bersama terbukti mampu menjaga hubungan dengan lebih baik.

“Saya Janji Tak CURANG Sayang”, Ini Cara Jaga Suami Supaya Tak Curang Belakang Anda!

IKLAN

 

4. JANGAN MENGONGKONG PASANGAN

Menurut kajian dalam Journal of Personality and Social Psychology, semakin anda mengawal atau mengongkong pasangan, semakin mereka cenderung untuk bersikap curang. Ini kerana pasangan akan cuba bebaskan diri daripada anda. Perasaan rasa ‘terkurung’ dan mengawal setiap gerak-geri pasangan akan membuat mereka rasa terperangkap lalu membuatkan mereka ingin curang.

Sebagai langkah berjaga-jaga anda boleh menetapkan had atau batas, tapi jangan atur pasangan dari A to Z! Itu kerja gila.

 

IKLAN

5. HARGAI PASANGAN

Siapa yang tidak suka dengan pujian, bukan? Apa salahnya berikan pujian sebagai tanda anda menghargai pasangan. Beri pujian yang ikhlas dan lahir dari hati kerana ini akan buat dia rasa seperti disayangi dan dihormati. Jangan sesekali merendah-rendahkan pasangan anda.

Selain itu, biarkan dia tahu bahawa anda amat perlukan dia dalam hidup anda. Amat penting bagi seorang lelaki rasa diperlukan dan merasa bahawa kehadiran mereka amat diperlukan oleh seorang wanita.

 

Cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk elakkan hubungan sulit daripada berlaku ialah anda harus sentiasa untuk cuba yang terbaik kepada pasangan masing-masing. Sentiasa bincangkan sebab-sebab yang sering buat anda dan pasangan bertelagah supaya love sparks sentiasa menyala dalam hubungan.

 

sumber:asianparent

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI