Sejak mengumumkan berita kehamilan anak kedua pada pertengahan Mac lepas, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail terbuka berkongsi mengenai khabar gembira tersebut.

Ditemui dalam majlis berbuka puasa baru-baru ini, kedua-duanya bersyukur anak sulung mereka Muhammad Bilal tidak meragam apabila bakal mendapat adik tidak lama lagi.

IKLAN

Menepis persepsi sesetengah pihak yang beranggapan anak akan berubah sikap apabila ibu mereka hamil lagi, Neelofa melihat perkara itu mitos dan tidak berlaku kepada mereka.

“Alhamdulillah, Bilal ok. Sekarang pun saya tak banyak dukung Bilal. Banyaknya ayah dia yang in charge dan uruskan.”

“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa
“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa
“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa

Sementara itu, Haris yang setia di sisi isteri tercinta melahirkan rasa kagum dengan pengorbanan Neelofa sebagai isteri dan ibu dalam menguruskan keluarga.

“Mana-mana pasangan pun memang kena ada waktu sebab tu orang baru kahwin ni orang akan tanya. Tidur cukup tak? Saya dulu pun tak faham. Tapi memang betul tidur tak berapa cukuplah. Other than that, ok semua.”

Mengulas perubahan diri terutamanya mengidam sewaktu mengandung, usahawan Nunha dan Naelofar ini bertuah kerana tidak terlalu mengidam.

“Saya memang tak ada (mengidam). Masa first pregnancy pun tak ada mengidam. Makan makanan yang biasa makan tu adalah. Tak ada yang pelik-pelik.

Saya rasa saya lebih energetic this time around, lebih sihat, lebih bertenaga, lebih easy. Alhamdulillah Allah mudahkan banyak this second time.

Tak tahulah sebab ada pengalaman kea tau setiap pregnancy berbeza. Tapi apa yang saya lalui, ini lebih mudah.”

“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa
“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa
“Saya Memang ‘Hantu’ Vitamin,” Neelofa Ambil Nutrisi Lengkap Bagi Ibu Hamil Puasa & Sahur Menu Sihat!
Kredit Instagram @neelofa

Diaju situasi berpuasa dalam keadaan hamil, jelas wanita berusia 34 tahun ini, “Saya memang ‘hantu’ vitamin. So my supplements memang complete cover semua, kalsium, fish oil, B complex. Semua tu memang cukupkan sebab kalau kurang especially masa hamil ini memang tak berdaya.

Satu lagi kalau bersahur tu kena something yang memang kita tak suka seperti oat, benda healthy. Blend sendiri di rumah dan terpaksa telan untuk kesihatan dan juga tenaga.

IKLAN

Bulan puasa ini saya tak banyak program macam suami. Cuma berkaitan dengan bisnes saja. Lagipun saya banyak berehat di rumah sebab sekarang pun dah merasa kepenatan.

Baca https://www.nona.my/sambut-anniversary-ke-2-neelofa-haris-bahagia-kehadiran-bilal-serta-bakal-timang-anak-lagi/

Setiap ibu ini dia ada banyak cerita, banyak cabaran, ada mudah dan tidak mudah. Yang lebih penting sekarang, mak dan anak sihat, proses kelahiran dan selepas bersalin nanti berjalan lancar.

Proses nak sembuh lepas bersalin tu banyak cabaran. Jadi doakan semuanya berjalan lancar.”

IKLAN

27 Mac lalu merupakan ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Haris yang kedua. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang lahir pada 29 Januari 2022.

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI