Hari ini negara Malaysia menghela nafas lega saat pimpinan kerajaan baru mengemudi pengurusan negara untuk kearah yang lebih baik dan maju. Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi titik tolak dalam memberi harapan baru kepada masyarakat untuk memperkukuhkan ekonomi negara.
IKLAN
Ramai yang teruja dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 itu termasuklah pelakon popular, Diana Danielle yang meletakkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Anwar.
Menurut Diana, dia melihat kejayaan Datuk Seri Anwar membaik pulih ekonomi negara sekitar tahun 90-an sebagai kunci keyakinannya terhadap Anwar untuk Malaysia menjadi lebih stabil dari sudut kewangan dan ekonomi.
Bukan itu sahaja, malah isteri kepada Farid Kamil ini juga memuji semangat perjuangan Anwar yang tidak pernah hilang untuk memberi kemudahan kepada rakyat.
Datuk Seri Anwar mampu untuk memulihkan Malaysia. Perjuangannya dari tahun 1980 hingga sekarang sentiasa konsisten dan beliau juga pernah dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik di Asia.
IKLAN
Melihat kejayaan Anuar yang juga pernah dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik oleh beberapa pertubuhan luar negara, pelakon filem Gol & Gincu 2 itu berharap agar kerajaan yang bakal dibentuk oleh kepimpinan Anwar dapat membaik pulih negara.
IKLAN
Sama seperti masyarakat Malaysia yang lain, apabila melihat keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, saya berharap agar beliau menjadi pemimpin yang bijak untuk menyelesaikan segala isu tersebut.
Berbicara soal korupsi dan unsur perkauman, Diana turut meletakkan kepercayaan kepada Anwar untuk membersihkan negara dari isu-isu tersebut.
Karakter yang dibawa Riena Diana sebagai Laila dalam drama bersiri popular Kampung People memberi kesan di hati penonton. Walau ‘demam’ Kampung People sudah berakhir namun lakonan mantap wanita cantik ini masih diingati ramai.
Terutamanya slanga Riena dalam drama tersebut yang kerap menyebut nama ‘Lailer’ hingga mencuit hati peminat.
Tak dinafikan sejak drama tersebut ditayangkan, ramai yang mula mengenali figura ini sekaligus berjaya melonjakkan populariti anak kelahiran Selangor berkenaan.
Riena mula membintangi drama Kampung People bersama pelakon handalan lain termasuk Elly Mazlein, Rashidi Ishak dan Hun Haqeem pada tahun 2019. Terdahulu, dia pernah beraksi dalam beberapa drama dan telemovie.
Antaranya Dekat Jarak Kita, Nur, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan Cinta Buat Dara bersama Syafiq Kyle.
Dilahirkan pada 3 September 1997, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal memulakan karier sebagai pelakon dan model. Dia juga baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-26.
Berkongsi wajah terkini, anak sulung daripada tiga beradik ini memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang meniup lilin kek hari lahir buat tatapan peminat. Di samping meletakkan kapsyen dengan hashtag birthday girl masih single.
Selepas kejayaan drama Kampung People, Riena menerima tawaran sebagai Penyampai Radio HOT FM pada Februari 2021.
Namun pada Julai tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerjaya tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada karier lakonan.
Namanya mula dijulang saat menjuarai program realiti masakan popular iaitu MasterChef Malaysia musim pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto atau lebih dikenali sebagai Dr Ezani wajar dijadikan inspirasi oleh seluruh wanita kerana selain bergelar Cef selebriti, Dr Ezani juga memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
IDOLA
Sejak kecil Dr Ezani sangat cemerlang dalam akademik serta bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan pendidikan sementelah bapa beliau merupakan Pegawai Pendidikan. Ibunya pula merupakan seorang Pengetua.
“Sejak kecil saya menjadikan kejayaan kakak dalam pelajaran sebagai pendorong untuk saya sukses. Dari sudut memasak pula semestinya ibu sebagai inspirasi. Semasa kecil saya sering membantu ibu berniaga makanan secara kecil-kecilan. Saya dan suami berimpian untuk membuka restoran sendiri. Sebab itulah kami sering kali menyertai festival-festival makanan. Suami juga minat memasak dan sering membantu saya di dapur.
Dalam bidang perubatan saya sangat mengagumi dan menghormati Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau memberi inspirasi buat saya untuk menjadi seorang wanita yang kuat dalam kehidupan. Sesibuk mana pun beliau tetap ada masa untuk bersama suami dan anak-anak. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah.
Saya menganggap beliau sebagai srikandi kerana ketika masih bergelar pelajar perubatan di universiti beliau berkahwin namun tetap cemerlang dalam pelajaran dan bergelar pelajar terbaik. Beliau seorang yang sangat impresif. Beliau juga tersohor dalam bidang motivasi dan perniagaan,” bicara Dr Ezani yang kini bergelar duta Scotchbrite Malaysia dan Nestle CERELAC.
PERUBAHAN
“Saya merupakan graduan jurusan pergigian di Universiti Adelaide, Australia. Sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saya menyertai program realiti MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro.
Sebenarnya semasa belajar di luar negara pun saya gemar memasak. Rakan-rakan ramai yang menyokong saya untuk menyertai program tersebut. Tawaran menyertai MasterChef Malaysia datang serentak bersama surat panggilan KKM untuk berkhidmat di Sabah.
Saya memohon penangguhan jawatan selama setahun dari KKM atas alasan terikat dengan program MasterChef Malaysia,” kongsi anak jati Muar, Johor ini.
Percaturan ibu kepada seorang anak ini tidak sia-sia apabila beliau menjuarai program MasterChef Malaysia musim pertama. Nama Dr Ezani semakin popular sekali gus mengubah kehidupannya secara total.
Sering berkongsi hobi mencipta resipi baharu bersama kakak dan ibunya, doktor muda ini turut menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Selain mengagumi kepetahan dan kemahiran Datuk CHef Wan dalam dunia masakan. Menyentuh obsesi dan kemahiran yang dimilikinya, Dr Ezani mengakui gemar menghasilkan pastri dan pencuci mulut.
TUGAS HAKIKI
Pada tahun 2013 Dr Ezani bergelar Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan UPM Serdang. Bermula secara kontrak akhirnya kini beliau bertugas secara sepenuh masa di universiti tersebut.
“Tugas saya sebagai doktor gigi bermula pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya bertanggungjawab membantu pesakit menyelesaikan masalah berkaitan. Kebanyakan pesakit atau klien terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti UPM. Setakat ini saya gembira dengan kerjaya ini dan tiada stres.
Hujung minggu saya peruntukan untuk aktiviti berkaitan masakan seperti program televisyen, fotografi dan sebagainya. Saya bersyukur suami turut membantu menjaga anak kerana masanya fleksibel. Suami merupakan Doktor Sakit Puan dan Pensyarah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” kongsi Dr Ezani.
“Cabaran kerjaya saya ialah bagaimana menyelesaikan masalah pesakit. Cari punca mengapa giginya sakit di samping menerapkan kepentingan pemeriksaan secara teratur selain menitikberatkan penjagaan sendiri. Cabut gigi tiada masalah tetapi sebagai doktor saya perlu tahu prosedur dan risikonya terhadap pesakit,” akhiri Dr Ezani dengan senyuman. Dr Ezani turut memiliki produk sendiri iaitu Supreme Belgian Chocolate Cookies keluaran Pastri Bella by Dr Ezani. AMYMOHD
Merancang kehamilan bukan seperti rancangan kehidupan biasa. Walaupun langkah-langkah boleh diambil untuk meningkatkan kesuburan anda, kadangkala kehamilan tidak mengikut perancangan yang sepatutnya. Usah melengah-lengahkan waktu kerana kadar kesuburan boleh menurun apabila usia meningkat.
Statistik menunjukkan bahawa kadar kehamilan di kalangan pasangan Malaysia telah merosot semenjak beberapa tahun ini. Fenomena ini turut berlaku di seluruh dunia kerana terdapat peningkatan masalah fertiliti. Anda hendaklah berjumpa doktor sekiranya:
Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba.
Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba.
Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya.
Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.
5 Makanan Yang Meningkatkan Kesuburan
(1) Beri terutamanya beri biru dan raspberi. Kumpulan beri ini adalah sumber antioksidan yang penting untuk kualiti sperma dan telur.
(2) Pisang adalah sumber vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan menjejaskan perkembangan telur serta sperma.
(3) Kacang walnat kaya dengan omega-3 yang penting untuk pembentukan sperma berkualiti. Ia juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.
(4) Kacang hazel mengandungi vitamin E yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghidapi PCOS.
(5) Buah sitrus seperti oren dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang di dalam wanita. Hamizatul Maizan Mohamed