Nama Hakim Danish jadi bualan hangat peminat sukan tanah air selepas kejayaannya melakar sejarah dalam arena Moto3 di Litar Mugello, Itali baru-baru ini. Pelumba muda berkenaan meraih podium sulung musim ini dengan menduduki tempat ketiga di Grand Prix (GP) Itali pada 31 Mei lepas.