
Nama Wulan Guritno bukan lagi asing dalam industri seni hiburan di Indonesia. Tidak hanya dikenali kerana rupa paras cantik, aktres ini juga dikagumi berbakat dalam dunia lakonan.
Nama Wulan kembali menjadi bualan peminat apabila watak Rina yang digalas dalam drama ‘Norma: Antara Mertua dan Menantu’ dilakonkan dengan jayanya! Malah melonjakkan populariti Wulan hingga ke Malaysia.
Lakonan Mantap Wulan Guritno


Bersandarkan lakonan mantap Wulan dalam drama Netflix itu dia menggondol penganugerahan bagi kategori Pemeran Pendukung Wanita Terbaik di Indonesian Movie Actors Awards 2025.
Menelusuri latar belakang jelitawan ini, Wulan Guritno yang menginjak usia 45 tahun pada 14 April lalu merupakan anak perempuan kepada pasangan Joko Guritno dan Deanna Theresa Battams. Bapa Wulan berketurunan Jawa manakala ibunya pula mempunyai darah keturunan Inggeris.
Dalam kesibukan dengan jadual karier seni yang padat, Wulan Guritno tetap mengamalkan gaya hidup aktif dengan pelbagai rutin senaman seperti yoga, tenis, pickleball dan sebagainya. Malah cukup menjaga penampilan diri dengan melakukan sesi rawatan wajah secara konsisten.
Tidak hairanlah pada usia 40an, Wulan Guritno mampu mengekalkan tubuh badan ramping meskipun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.
View this post on Instagram

Selain menjaga kesihatan diri, Wulan juga aktif menjayakan misi kebajikan. Misalnya pada Februari lalu dia mengikuti Program Renovasi Sekolah dan Pembangunan Akses Air Bersih di Manggarai.
Kisah Rumah Tangga Wulan Guritno
Wulan Guritno mendirikan rumah tangga pada usia muda iaitu 17 tahun dengan Attila Arius Syach. Mereka dilaporkan menjalin hubungan cinta ketika Wulan berumur 13 tahun dan memutuskan untuk berkahwin pada tahun 1998. Namun, kedua-duanya umum berpisah pada 2002.
Dia kemudian bernikah dengan pengarah, Adilla Dimitri Hardjanto pada 27 Mac 2009 dan mengadakan majlis resepsi pada April 2009. Pun begitu, ikatan perkahwinan Wulan dengan Adilla tidak bertahan lama pada 8 April 2021.

Hasil daripada kedua-dua pernikahan itu, Wulan Guritno dikurniakan tiga orang anak iaitu dua perempuan dan satu lelaki.
Dari perkahwinan bersama Attila, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Shaloom Syach Razade kini berusia 28 tahun yang turut mengikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon.
Sementara perkahwinan dengan Adilla pula dikurniakan dua anak iaitu London Abigail Dimitri dan Jeremiah Alric Dimitri. Walau berbeza bapa namun ketiga-tiga cahaya mata Wulan berhubungan rapat dan menyayangi antara satu sama lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





