Sesibuk mana pun Datuk Mastura Yazid dengan tugas harian, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini tetap mencari masa untuk 'reward’ diri sendiri. Bagi pemimpin wanita ini, pendekatan seumpama itu penting bagi memastikan kesihatan diri terutama mental dan emosinya terjaga setelah penat bekerja.