
Seawal pagi, Terminal Bersepadu Gombak sudah dibanjiri warna-warni kebaya, baju kurung, batik dan kain sarung. Sempena Hari Malaysia, Keretapi Sarong 2026 sekali lagi menemukan rakyat Malaysia dalam sebuah perjalanan yang meraikan warisan, budaya dan kebersamaan.
Namun di sebalik keterujaan bergaya dalam persalinan tradisional, satu hari yang dipenuhi aktiviti turut membawa cabarannya sendiri. Berjalan di bawah cuaca panas, menaiki tren yang sesak, menari dan bergerak aktif selama berjam-jam boleh menyebabkan peluh dan bau badan, malah kesan deodoran pada pakaian juga boleh menjejaskan penampilan serta keyakinan.


Membawa solusi kepada kebimbangan harian ini, NIVEA memperkenalkan rangkaian baharu deodoran NIVEA Black & White Invisible.
NIVEA BLACK & WHITE INVISIBLE
- NIVEA Black & White Invisible Authentic untuk wanita, dengan gabungan haruman bunga dan buah-buahan yang segar.
- NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night untuk lelaki, menawarkan haruman segar bersama sensasi dingin.

Dua Perlindungan Dalam Satu Deodoran
Pakaian hitam dan putih sememangnya antara warna yang tidak pernah lekang daripada gaya, namun kesan deodoran seperti tompokan putih pada pakaian hitam atau kekuningan pada pakaian putih boleh menjejaskan penampilan. NIVEA Black & White Invisible direka dengan teknologi Dual Shield yang memberikan perlindungan sehingga 72 jam terhadap peluh dan bau badan, selain teknologi anti-kesan yang membantu menjaga pakaian agar pemakai boleh terus bergerak dengan lebih yakin.
Menurut Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus, keperluan pengguna terhadap deodoran hari ini semakin berkembang. Bukan sekadar mencari perlindungan daripada peluh dan bau badan, pengguna juga mahukan manfaat tambahan yang dapat melengkapi rutin harian mereka, termasuk perlindungan untuk kulit dan pakaian.
“Rangkaian baharu NIVEA Black & White Invisible menggabungkan perlindungan Dual Shield 72 jam untuk kulit dan pakaian dengan haruman premium,” katanya.

Haruman Segar Untuk Setiap Gaya
Untuk wanita yang gemarkan haruman segar, NIVEA Black & White Invisible Authentic hadir dengan gabungan haruman bunga dan buah-buahan, memberikan pengalaman deodoran harian yang bukan sahaja melindungi tetapi turut membuatkan diri terasa lebih wangi dan segar.
Penyanyi Aisha Retno sendiri berkongsi bahawa faktor tersebut cukup penting buat dirinya yang sering menjalani rutin aktif dan membuat persembahan, terutama dalam cuaca Malaysia.
“Bila membuat persembahan, terutamanya di luar dalam cuaca Malaysia, saya tidak mahu risau tentang peluh, bau badan atau kesan kuning pada pakaian putih. Sejak menggunakan deodoran NIVEA Black & White Invisible Authentic, saya rasa lebih tenang dan boleh fokus pada persembahan,” katanya.


Bagi lelaki pula, NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night menawarkan haruman segar bersama sensasi dingin, sesuai untuk melengkapkan gaya harian.
Disatukan Oleh Satu Keyakinan
Kelebihan rangkaian baharu ini diterjemahkan dengan lebih kreatif menerusi The Confidence Reveal di TRX. Tidak sekadar memperkenalkan produk, NIVEA membawa situasi harian seperti peluh, bau badan dan kesan pada pakaian ke pentas menerusi persembahan berunsur teater yang menampilkan Aisha Retno, penari Zeppo Youngsterz Zapport dan koir Devokalis UPSI.
Gabungan muzik, lakonan dan gerak tari membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian. Perkara kecil seperti kesan deodoran pada pakaian atau rasa kurang segar boleh mempengaruhi cara seseorang membawa diri.
NIVEA Dekat Dengan Peserta
Kehadiran NIVEA turut dirasai sepanjang aktivasi Keretapi Sarong menerusi NIVEA Confidence Crew yang tampil dengan visual hitam putih sambil berinteraksi dengan peserta. Mereka turut mengedarkan kipas tangan dan fragrance cards, menjadikan jenama lebih dekat dengan orang ramai sepanjang perjalanan.
Di booth NIVEA pula, pengunjung berpeluang mengenali rangkaian baharu Deodoran NIVEA Black & White Invisible dengan lebih dekat, termasuk mencuba tester produk dan bergambar. Sesi meet and greet bersama Insomniacks turut menambahkan kemeriahan acara.
Bagi saya sendiri, pengalaman mencuba produk di booth selepas bergerak aktif sejak awal pagi terasa cukup relevan dengan mesej yang dibawa NIVEA. Selepas berjam-jam berjalan, berdiri dan menikmati kemeriahan Keretapi Sarong, kesegaran diri menjadi salah satu perkara yang membuatkan kita lebih selesa untuk terus bergerak.


Keretapi Sarong 2026 akhirnya menjadi ruang yang cukup tepat untuk NIVEA menyampaikan mesej ‘United by One Confidence’. Di tengah-tengah ribuan rakyat Malaysia yang bergerak, menari dan meraikan warisan dalam gaya masing masing, keyakinan menjadi sesuatu yang menyatukan.
Dengan perlindungan Dual Shield sehingga 72 jam, teknologi anti-kesan serta pilihan haruman premium, NIVEA Black & White Invisible Authentic dan NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night memberikan kebebasan untuk terus bergerak tanpa terlalu memikirkan peluh, bau badan mahupun kesan pada pakaian.
Kedua-dua rangkaian baharu ini kini boleh didapati di Watsons serta rangkaian peruncit utama termasuk farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit, selain platform e-dagang. Kerana apabila kesegaran diri dan penampilan terjaga, kita lebih bebas untuk menikmati setiap momen dan tampil yakin dengan gaya sendiri.

sekarang!

