Rezeki Fazeera Nazri Azrai dapat hamil anak pertama dan kedua dengan mudah serta urusan bersalin berjalan lancar. Selamat bergelar ibu buat pertama kali pada 25 Jun 2022, isteri Fizo Omar ini kemudian dikhabarkan hamil anak kedua ketika anak sulung iaitu Wan Khaleeda baru berusia enam bulan.
Menerima baik anugerah terindah itu, Fazeera atau mesra disapa Faz selamat melahirkan anak perempuan kedua pada 19 Mei lalu. Bayi perempuan berkenaan diberi nama Wan Umaira.
Ditemui pada majlis The Enchanted Night Nona X Mirage baru-baru ini, Faz berkongsi perkembangan baharunya bersama Nona.
“Alhamdulillah second baby ni proses bersalin sangat smooth. Allah bagi ganjaran walau pun anak rapat-rapat. Bayangkan ya dalam bilik tu macam-macam perasaan but then alhamdulilah dengan sekali push je baby senang keluar.
Fizo memang dari dulu dia suka anak-anak kecil, bila anak ramai sekarang ni makin harmoni hubungan kami.
After this, insyaAllah saya akan sambung Master tapi kena rehat dululah few months fokus jaga anak, biar anak besar dulu and memang ada plan dah by next year nak sambung Masters in Psychology. Aamiin.”
Dua kali berpantang di pusat jagaan postpartum, Faz ketika diminta mengulas mengenai penjagaan selepas bersalin tersebut menyarankan para ibu berkemampuan untuk mendapatkan khidmat seumpama itu demi merehatkan minda dan fizikal mereka.
“Pada saya why not sometimes kita reward diri kita sendiri untuk dapatkan treatment yang best.
Especially bila kita dah kerja kuat semua dan pada saya ibu-ibu perlukan rehat sepenuhnya dan saya sangat sarankan kalau kita berpantang di pusat berpantang sebab everything is taking care very well including baby, mak. So kita berehat fizikal dan mental.”
Sementara itu, bercerita status diri sebagai mak tiri kepada anak sulung Fizo Omar iaitu Wan Maryam, Faz berkata dia melayan Maryam seperti anak kandung sendiri.
“Mak-mak tiri jahat tu semua dalam TV saja. Tapi sebenarnya dalam kamus hidup saya tak pernah beri Maryam layanan berbeza. Saya memang layan dia macam anak kandung saya sendiri.
Sebenarnya bonding tu lagi sangat rapat sebab Maryam dia ada adik, kawan sebab Maryam kan sebelum ni anak tunggal and daripada situlah kita boleh harmonikan keluarga ni macam satu keluarga kandung.”
Fazeera mendirikan rumah tangga bersama Fizo pada 21 Oktober 2021. Wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan bekas pramugari Air Asia dan Qatar Airways yang menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang pendidikan di UNITAR.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/kecomelan-wan-khaleeda-raih-tumpuan-fizo-omar-akui-genetik-kelantan-tewas-lebih-warisi-gen-ibu/