Macam pelik je kan bila dapat tahu yang bra atau pakaian dalam wanita pun ada tarikh luput. Mungkin ada yang anggap perkara ni lucu tapi ia sangat penting untuk menjaga tahap kesihatan. Masih ramai antara kita yang tidak sedar sebenarnya ada beberapa barangan lain di rumah kita yang mempunyai tarikh luput dan harus diganti.

Nona kongsikan kepada anda beberapa barangan rumah yang mempunyai expired date! 

IKLAN

 

1. BANTAL

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Apabila cecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, bantal akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tak langsung ia menjadi punca utama masalah kesihatan anda dan memberi kesan buruk terutamanya pada leher.

 

2. TUALA

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Walaupun anda membasuh tuala dengan kerap, namun masalah pembiakan kuman tidak akan selesai. Malahan, tuala akan mula menjadi nipis dan kehitaman. Keadaan tuala yang sentiasa basah dan lembab akan menyebabkan wujudnya bakteria yang memberi masalah pada kulit badan. Sentiasa tukar tuala yang baru setiap 1-2 tahun sekali.

 

3. BERUS GIGI

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Doktor gigi mengesyorkan untuk menukar berus gigi setiap 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi. Selain itu, ganti berus anda setelah anda baik daripada batul atau selsema untuk mengelakkan mendapat penyakit yang sama berulang kali.

 

4.PUTING BAYI

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Ganti puting bayi anda setiap 2-5 minggu setelah digunakan tidak kira keadaanya masih elok ataupun tidak. Ini kerana bayi sangat sensetif dan mudah terkena penyakit atau jangkitan kuman.

 

5. SIKAT RAMBUT

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Mesti ramai yang tak sedar sikat rambut pun ada tarikh luput kan? Sikat perlu diganti selepas usia penggunaannya mencapai satu tahun. Sebaiknya sikat rambut direndam dengan air panas seminggu sekali.

IKLAN

 

6. BRA

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Ganti bra anda paling kurang setahun sekali. Namun apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai, ia petanda untuk anda menukarnya tanpa perlu tempoh masa setahun. Bra yang telah lama digunakan tidak baik untuk kesihatan payu dara anda dan juga keselesaan yang kurang untuk urusan seharian anda.

 

7. EXTENSIION PLUG

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Boleh dikatakan hampir di setiap rumah akan menggunakan penyambung wayar ini bagi membekalkan tenaga elektrik kepada pelbagai jenis peralatan atau mesin. Namun, tahukah anda bahawa penyambung wayar yang telah digunakan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan risiko berlakunya litar pintas dan kebakaran. Jadi, tukar penyambung wayar baru setelah dua tahun menggunakannya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

IKLAN

 

8. REMPAH RATUS

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Rempah ratus yang digunakan untuk memasak seperti bunga cengkih dan buah pelaga akan mula hilang aromanya bila disimpan lebih daripada 1-3 tahun.

 

9. KASUT SUKAN

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Jika anda rajin bersukan atau bersenam pasti tahu kasut sukan pun mempunyai tarikh luput. Setelah kasut digunakan untuk larian 400 kilometer hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda.

 

10. SPAN MANDIAN

Selain Bra & Sikat Rambut, Ini 9 Lagi Barang Yang Ada TARIKH LUPUT!

Span mandian yang digunakan hari-hari untuk menyental kotoran pada badan pastinya akan menjadi tempat pembiakan bakteria lagi-lagi apabila sentiasa berada dalam keadaan lembap. Untuk memastikan span mandian anda tahan lebih lama, bilas dan keringkan setiap kali selepas span digunakan.

Jadi, selepas ni boleh periksa semula barangan rumah anda dan jangan lupa untuk menggantikan yang baharu tau!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI